AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, August 15, 2017

Anime Review 2017 – Part 10


Since perasaan acah-acah rajin ni tengah ada dan belum menghilang, aku gunakan sebaik mungkin untuk update post seterusnya. Lagi sekali aku ingatkan, ini bukan review terbaru. Kalau nak tengok review terkini, boleh terus ke akaun instagram aku, @animereviewmelayu. You will find plenty of new reviews there.

Anime yang aku update review kali ni adalah: Sengoku Basara Season 1 & 2, Persona 4: The Golden Animation, Darker Than Black, Akatsuki no Yona, ACCA: 13-ku Kansatsu-ka, Sengoku Basara The Movie: The Last Party, Sengoku Basara: Judge End, Kuroko no Basket (All Seasons), Fate/Stay Night, Amnesia, Darker Than Black: Ryuusei no Gemini, dan Baccano!.




SENGOKU BASARA SEASON 1 & 2


Genre: Historical, Action
Episode: 12 (Season 1), 12 (Season 2)
Sumber: Video Game (by Capcom)
Studio: Production I.G
Tahun Disiarkan: 2009-2010
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Date Masamune
Anime Info: Klik Sini

I'm not so fond with historical things. Masa sekolah dulu pun rasa boringnya belajar sejarah ni, hewhew. Tapi tak bagi anime bertemakan sejarah. Sebab ianya dipamerkan dalam cara yang menghiburkan dan senang untuk diingati. Begitu juga dengan siri Sengoku Basara ni. Walaupun tak faham tentang sejarah Jepun yang sebetulnya (sebab sis malas nak belajar sejarah Jepun), tapi aku faham jalan cerita anime ni. Aku tak tahu siapa sebenarnya watak-watak dalam anime ni walaupun ianya menggunakan nama sebenar feudal lord zaman dahulu kala Jepun. Yang aku tahu, contohnya, he is Date Masamune from Sengoku Basara. Jangan suruh aku research pemegang nama ni, sebab aku memang malas. Art bagi aku biasa je, tapi adegan aksi sangat menarik dengan kesan khas yang gempak. Suka juga tengok bila Yukimura bergaduh dengan Shingen. Comel je aku rasa,hihi. Masa mula-mula dengar Masamune bercakap, aku rasa macam nampak Zoro (One Piece) pakai helmet je, haha. Suara sebiji. Mentang-mentang seiyuu sama, huhu. Nasib masuk season 2 aku dah boleh beza. Ending for both season macam tergantung. Dan yang aku pelik kan, aku rasa Ieyasu dah mati dalam season 1 lepas dia betray Nobunaga sebab Mitsuhide yang bunuh dia. Tapi kenapa in the end of season 2 dia ada balik? Dan kali ni lebih kacak pula tu. Ahli keluarga yang menyamar jadi dia ke? Bingung aku.



 PERSONA 4: THE GOLDEN ANIMATION


Genre: Action, Supernatural, Mystery, Fantasy
Episode: 12
Sumber: Video Game (by Atlus)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 2/10
Fav Character: Narukami Yuu
Anime Info: Klik Sini

Siri ni mempunyai plot lebih kurang dengan siri Persona 4: The Animation. Cuma yang berbezanya adalah penambahan watak, iaitu Marie, perempuan yang hilang ingatan dan tak boleh ingat nama dia sendiri. Sejujurnya, siri ni tersangat-sangat boring. Berbeza sangat dengan keterujaan masa menonton P4: The Animation. P4: The Golden Animation kurang gila babak pertarungan, dan lebih banyak babak serius dan nampak misteri, tapi membosankan. Langsung tak rasa exciting masa tengok, dan buat aku menyesal je. Lagi satu, ianya fokus pada Marie je. Sedangkan aku nak sangat tengok whole team back in action. So memang rasa kecewa sebab ianya tak seperti yang aku harapkan. Aku tak sarankan tengok anime ni. Tapi kalau nak juga tengok, terpulang lah. It's your own choice.



DARKER THAN BLACK


Genre: Action, Supernatural
Episode: 25
Sumber: Komik (by Okamura Tensai)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2007
Personal Rating: 9/10
Fav Character: Hei
Anime Info: Klik Sini

Cerita bertemakan supernatural dan aksi ini sangat superb and awesome. Variasi kuasa supernatural yang dimasukkan memeriahkan lagi jalan cerita. Misteri tentang Hei pun sangat menarik dan sebahagian watak menghiburkan. Tak banyak komedi, sebab ianya cerita yang serius. Tapi percayalah, sangat-sangat best tau. Mesti ada dalam list wajib tonton korang!



AKATSUKI NO YONA


Genre: Action, Historical, Fantasy, Adventure, Romance
                                                                                            Episode: 24
Sumber: Komik (by Kusanagi Mizuho)
Studio: Studio Pierrot
Tahun Disiarkan: 2014-2015
Personal Rating: 9/10
Fav Character: Yona, Son Hak
Anime Info: Klik Sini

Siri ni mempunyai pengaruh Korea yang kuat, lagi-lagi pada nama watak-wataknya. Rasa macam tengok drama fiksyen sejarah Korea yang bertarung bersama-sama dengan naga (dalam bentuk manusia) untuk tegakkan keadilan tapi dialih ke dalam bahasa Jepun. Siri ni juga mempunyai emosi yang bercampur-baur disebabkan oleh antagonisnya, or supposed to be one I think. I really like Yona sebab selain cantik, dia jadi sangat berani dan mampu melawan musuh disebabkan oleh insiden yang terjadi pada dirinya.



ACCA: 13-KU KANSATSU-KA


Genre: Drama, Psychological
Episode: 12
Sumber: Komik (by Ono Natsume)
Studio: Madhouse
Tahun Disiarkan: 2017
Personal Rating: 9/10
Fav Character: Jean Otus
Anime Info: Klik Sini

Best! Walaupun tak ada langsung babak aksi dalam ni, ACCA mampu menarik aku dengan hanya menggunakan jalan cerita sahaja. Siri ni juga bermain dengan psikologi penonton. Aku asyik fikir nak cari dalang je. "Orang tu dalang, eh tak, orang ni kot, eh no no, yang sebelah kot~" Haha, beginilah feeling-nya. Watak utamanya, Jean Otus biasa je. Bukan jenis watak yang nak tarik perhatian, tetapi seorang yang sangat genius. Bila identiti dia yang sebenar terbongkar pun, dia boleh buat slumber je, jenis memang tak kisah dan tak fikir apa-apa. Aku mengharapkan yang Jean akan naik takhta, tapi apa yang aku dapat lebih menyentuh hati aku dengan keputusan dari Jean yang mahu menjadi orang biasa je. In the end, everything went well according to Jean's plan.



SENGOKU BASARA THE MOVIE: THE LAST PARTY


Genre: Historical, Action
Episode: 1
Sumber: Video Game (by Capcom)
Studio: Production I.G
Tahun Disiarkan: 2011
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Date Masamune
Anime Info: Klik Sini

Filem ini adalah sambungan dari Sengoku Basara Season 1 dan 2. Dan filem ini juga menceritakan bagaimana zaman Sengoku berakhir. It's epic, dan mempunyai pertarungan paling hebat bagi aku dalam siri Sengoku Basara. Aku suka sangat tengok kerjasama antara semua hero (kecuali Mori dan Chousokabe) ketika menumpaskan Nobunaga yang dihidupkan kembali oleh Akechi Mitsuhide menggunakan Oichi sebagai perantara. Masa ni dah tak fikir musuh dah. Musuh diorang cuma Nobunaga je. Ambil masa jugalah nak kalahkan Nobunaga, sebab dia ni memang kuat. Production I.G tahu macam mana nak bagi penonton lekat dekat skrin sampai habis cerita, macam aku. Tertarik aku tengok askar-askar zaman Sengoku ni menari guna baju perang. It's kind of awesome. And style menari pun cantik je dan nampak moden. Macam ni pun boleh buat aku tertarik tau~ hihi.



SENGOKU BASARA: JUDGE END


Genre: Historical, Action
Episode: 12
Sumber: Video Game (by CAPCOM)
Studio: Telecom Animation Film
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Date Masamune
Anime Info: Klik Sini

Siri Judge End ni mempunyai konsep yang sama tetapi jalan cerita yang sangat berbeza dengan siri pertama. Jika dalam siri terdahulu, Toyotomi Hideyoshi dibunuh oleh Date Masamune, tetapi dalam Judge End, Hideyoshi dibunuh oleh Tokugawa Ieyasu, sekutunya sendiri, dan menyebabkan pengikut setia Hideyoshi, Ishida Mitsunari menyimpan dendam terhadap Ieyasu. Masa aku mula-mula tengok ni aku tak faham sebab aku tengok siri ni dulu, baru movie The Last Party. Tertanya-tanya juga, kenapa Hideyoshi dan Hanbei hidup lagi. Memang totally different. Antara siri pertama dan Judge End, aku lagi suka siri pertama, sebab flow cerita lebih cantik dan menarik, dan character design pun okay. Judge End okaylah, tapi tak suka betul dia lukis kening Sanada tu. Nampak tak handsome dah. Walaupun setting siri ni adalah zaman Sengoku, tapi banyak sangat benda tak masuk akal yang ditunjukkan. Bukan dari segi plotnya, tapi kesan khas dia. Too much bagi aku. Penggemar cerita sejarah? Aku recommend this one.



KUROKO NO BASKET (ALL SEASONS)


Genre: Sport, Comedy, School
Episode: 75
Sumber: Komik (by Fujimaki Tadatoshi)
Studio: Production I.G
Tahun Disiarkan: 2012-2015
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Kise Ryouta, Kuroko Tetsuya, Aida Riko
Anime Info: Klik Sini

I wonder kenapa sometimes anime berkenaan sukan lebih mendebar and exciting more than action anime. Kadang-kadang buat aku lebih craving babak-babak sukan yang dramatik tau. Kuroko no Basket tak terkecuali. Never mind their special effects, but mix feelings and high tension dapat dirasa in every battle dalam siri ni. Dah macam tengok orang berperang pula. Benda paling best bila tengok anime sukan ni, adalah bila aku dapat belajar sesuatu yang baru tentang sukan tu. Aku bukan peminat sukan basketball dan suka-sukan lain. Tapi bila tengok anime, secara tak langsung aku jadi tahu their terms and some sport knowledges walaupun aku tak tengok sukan kat TV. Hebatkan? Apa yang lagi hebat, seminggu lepas tengok, aku dah lupa semua knowledges tu, hahaha. Oh ya, ikemen is another main thing untuk tarik aku menonton anime sukan ni selain jalan cerita yang menarik. Aku pernah tengok ulang-ulang babak dalam video first opening season 2 sebab Kise nampak cool sangat jaringkan gol. Yep, sebab tu je. Biasalah tu, nama pun perempuan kan?



FATE/STAY NIGHT


Genre: Fantasy, Romance, Drama
Episode: 24
Sumber: Visual Novel (by Type-Moon)
Studio: Studio Deen
Tahun Disiarkan: 2006
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Masa mula-mula tengok anime ni, aku keliru tau sebab aku tengok Fate/Stay Night dulu, baru aku tengok Fate/Zero season 1 & 2. Memang confuse habislah, huhu. Tertanya-tanya juga, dari mana datangnya Gilgamesh ni, siapa Master dia, dan banyak lagilah persoalan. Bagi aku permulaannya hambar sangat, suasana suram dan gelap, dengan drama yang serius buatkan aku rasa bosan sangat. Tapi aku tetap stay sampai habis disebabkan pertengahan cerita dah jadi menarik, ditambah dengan adegan pertarungan yang super awesome. Aku habiskan juga tengok sebab nak tahu misteri tentang Holy Grail War. Art dia super gorgeous. Memang cantik dan nampak bersinar bagi anime untuk tahun 2006. Animation pun okay, not really sure if there any flaws, but I was fine with it. Fate/Stay Night UBW dah lama ada dalam koleksi, cuma entah bila nak tengok. Busy memanjang sis ni.



AMNESIA


Genre: Romance, Fantasy, Reverse Harem, Mystery, Supernatural
Episode: 12
Sumber: Visual Novel (by Idea Factory)
Studio: Brain's Base
Tahun Disiarkan: 2013
Personal Rating: 4/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

They had a good character design for both boys and girl. Tapi entah kenapa aku rasa sangat-sangat boring jalan cerita siri ni (but I finished it anyway, LOL). Masa tengok ni, fikiran aku boleh melayang-layang ke tempat lain walaupun mata dah pandang skrin laptop. Mungkin disebabkan aku tak main game ni, so aku jadi tak berapa faham. By the way, romance siri ni terlalu serius. Aku harapkan ianya romance comedy, instead I got romance drama. Boring! Tak bagi aku gelak pun.



DARKER THAN BLACK: RYUUSEI NO GEMINI


Genre: Action, Supernatural
Episode: 12
Sumber: Komik (by Okamura Tensai)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2009
Personal Rating: 6/10
Fav Character: Hei
Anime Info: Klik Sini

Siri ni tak memberikan feeling macam masa tengok season 1 punya siri. It was missing something to capture my heart. Hei was not being Hei. Not being himself. Just looks like crazy or drunken man who craving for battle but using a little girl to satisfied his need. I mean, need for battle. I just want old Hei. Give him back to me.



BACCANO!

 
Genre: Thriller, Supernatural, Mystery, Fantasy, Comedy, Historical
Episode: 13
Sumber: Light Novel (by Narita Ryougo)
Studio: Brain's Base
Tahun Disiarkan: 2007
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Should I say this anime is a thriller-comedy? Sebab selain terdapat banyak benda-benda creepy dan pembunuhan yang kejam, siri ini juga menyelitkan unsur-unsur jenaka yang sangat menghiburkan. Thanks to Miria and Isaac for being such a fun Jokers in here. Kalau tak ada dua orang ni, aku dah drop dah siri Baccano! ni, huhuhu. Oh ya, this kind of story are not for those with faint-hearted ya. Not sure dalam video lain, tapi video yang aku tengok ni jenis uncensored, so memang akan nampak jelas kepala pecah kena tembak, jari kena potong, badan kena gesel atas landasan keretapi. Eeeewwwww. Aku tengok sambil tutup mata kot. Watak-watak dalam ni semua berkaitan antara satu sama lain. Dan kebanyakannya kenal semasa menaiki keretapi yang dikenali sebagai Flying Pussyfoot. Lagi satu, boleh jadi agak keliru juga sebab babak dia selalu bertukar dan melompat-lompat. Mula-mula babak tahun ni, then tiba-tiba keluar babak 3,4 tahun lepas, atau 2000 tahun yang lepas. Yep, babak yang bermain dengan masa. Eh, korang tengoklah sendiri, sebab macam susah je aku nak explain panjang-panjang. Aku pun bukan jenis pandai nak explain pun.


**Okay, done for part 10. Kalau nak baca part 9, boleh pergi ke post bertajuk Anime Review 2017 – Part 9. Jaa naaaaa~


-End the written while listened to : ZE:A – Ghost of Wind-


Jumpa lagi~~~~


No comments: