AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Friday, July 18, 2014

RPC



Korang pernah tak rasa, bila korang tengok anime, korang nak diri korang ada dalam citer tu jugak? For example, korang seronok tengok Naruto, and dalam pada masa yang sama korang berangan korang ada dalam citer tu sekali? Pernah tak? Pernah tak? Kalau korang yang memang kaki berangan tiap kali tengok anime, korang memang geng aku!

good job onion head
Lepas tu mesti korang bayangkan macam mana rupa bentuk korang dalam anime tu kan? Aku pun macam tu jugak. Siap create lagi macam mana watak aku dalam anime tu - nama, umur, muka, warna rambut, baju. Pendek kata, segala benda lah!
uhuhuh onion head
Watak imaginasi korang and aku ni, di panggil rpc. Rpc singkatan daripada Role Playing Character. Mungkin korang tak tahu, tapi sebenarnya, rpc ni sangat-sangat popular di internet, lebih-lebih lagi di peringkat international. Dan siri anime yang popular, dan ramai buat rpc adalah citer Naruto/Naruto Shippuuden.

Meh aku tunjuk korang beberapa rpc dan creator diorang yang popular, dan memang selalu disebut-sebut oleh peminat rpc. Ada juga yang aku letak sebab aku admire gaya diorang edit/melukis.


SAWAII/HIDAYATUL (MALAYSIA)
Korang mesti terkejut kalau aku cakap, rpc yang paling paling paling popular di kalangan rpc creator Naruto, datangnya dari KELANTAN, MALAYSIA. Aku pernah citer pasal dia kot kat sini. Aku bukan je adore watak dia, malah aku admire cara lukisan dia. It just sooo amazing!! Dan dia memang datang dari keluarga yang melukis. Dia ada beberapa website mengenai rpc dia, dan juga fanart, dan komik dia sendiri, Special Elite.





Rpc Naruto
Hitomi Sawaii
Sangat sangat sangat popular. Cuba try taip nama ni, for sure korang jumpa, bukan je rpc yang dia lukis sendiri, malah berlambak-lambak fanart dari pelukis lain.

Hibiki Ren
Second rpc dalam Naruto.

Izanami Seimei
Aku suka gila dengan mamat ni. Comel kot, rambut dia pun stylish. Hehehe.

Yoruha. Cikgu team 15.

Team 15

Rpc Prince of Tennis

And lastly~
Sawaii and Sawaii. Eh Hidayatul and Sawai.
waiting onion head


MARGO (RUSIA)
Ni pun salah satu rpc creator yang popular dalam dunia Naruto Rpc. Dia punya rpc lebih kepada puak yang dia cipta, iaitu puak Kazuma. Ada dua website, deviantart and youtube. Before this dia ada photobucket, tapi dah delete kot sebab aku dah tak jumpa akaun dia.
sigh onion head



Rpc Naruto
Main rpc, Aiki.

Gosh, I really fell with him!!
embarrassed1 onion head


Newest rpc.


TONEMI/MARIYA (RUSIA)
Ni salah satu favorite artist aku. Aku banyak ikut cara dia lukis anatomi kartun. Bulat-bulat, garis-garis. Hehehehe. Dia cuma ada satu rpc je dalam Naruto, Urakami Manku. Ada tiga website.




Rpc Naruto
Urakami Manku.


ANTOXD/ANTONELLA (PERU)
Antoxd ni ada beberapa rpc berlainan anime. Rpc dia pun comel-comel belaka. Ni website dia.




Rpc Naruto

Rpc Bleach

Rpc Fairy Tail

Rpc Free!

Rpc Attack on Titan


MUKURO-SAMA (RUSIA)
Gaya Mukuro lukis pun sangat cantik. Most of rpc Naruto dia terlalu hebat (bagi aku), dan sangat luar biasa, sebab macam-macam jutsu ada kat diorang. Rinnegan + crystal ++++
woa onion head



Rpc Naruto


Rpc D.Gray-man

Rpc Hakuoki Shinsengumi Kitan

Rpc Kateikyoushi Hitman Reborn

Rpc Vampire Knight


STEREOPONYX3 (GERMAN)
Dia ni pun antara yang best cara edit dan lukisan. Aku selalu tengok editing video dia.



Rpc Naruto




Rpc Bleach


Tu lah antara rpc dan creatornya yang popular dan aku sangat-sangat kagumi. Actually, bila kita berimaginasi mengenai watak kita, dalam pada masa yang sama, kita akan jadi orang yang berfikiran kreatif. Pada pendapat akulah. Sebab, nak buat sesuatu watak sebenarnya tak mudah. Lagi-lagi kalau kita asyik ubah je watak tu (macam aku. =.=). Sebab kadang-kadang kita tak puas hati dengan watak yang kita imagine tu. Tukar hairstyle la, tukar baju lah, tukar muka lah. Huhu. So, kena banyak try and error jugak untuk hasilkan rpc yang kita akan puas hati.
cheer2 onion head

Next post aku tunjukkan rpc aku pulak. Kalau korang ada rpc, boleh tunjuk kat aku jugak. Aku pun teringin nak ada kawan-kawan dari Malaysia dalam bidang rpc-ing ni. Hehehe. Ok, aku chow dulu. Sok pagi bangun awal nak kena prepare sahur.
dying onion head

Tataaaaa~


Listening to : May J - Ari no Mama de (OST Frozen Japanese Ver.)


No comments: