AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, July 12, 2014

[Review: Anime] Tokyo Ravens

Osu~
Kali ni nak review pasal anime Tokyo Ravens pulak. Aku habis tengok dalam 3 bulan lepas kot. Tapi citer ni tergantung. So maybe nanti akan ada season 2.



Genre : Supernatural, Action, Romance, Comedy
Episode : 24
Star : 4/5
Fav Character : Ato Touji

SINOPSIS
Dalam peristiwa yang dipanggil Great Disaster, Jepun mengalami keadaan huru-hara disebabkan oleh onmyouji (bomoh). Tsuchimikado Harutora dilahirkan di dalam keluarga onmyouji tetapi tidak memiliki kuasa onmyouji. Dia hidup normal seperti budak remaja lelaki biasa. Suatu hari, sepupunya yang dah lama terpisah, Tsuchimikado Natsume, tiba-tiba muncul. Semasa mereka kecil, Harutora pernah berjanji pada Natsume yang dia akan menjadi shikigami Natsume, dan Natsume balik untuk meminta Harutora tunaikan janji tersebut. Pertarungan onmyouji bermula sejak pertemuan itu.


WATAK UTAMA

Tsuchimikado Harutora
Lahir dalam keluarga onmyouji, tapi tak ada kuasa langsung. Tetapi sebenarnya, kuasanya dikunci oleh bapanya atas sebab tertentu. Separuh dari kuasanya di buka oleh Natsume supaya Harutora dapat lihat roh untuk membantunya dalam pertarungan onmyouji. Harutora sangat baik kepada setiap orang yang dia jumpa, dan cuba untuk kekalkan sikap mesra dengan rakan sekelas dan gurunya. Sangat lemah dalam pelajaran dan selalu kena dera dengan Natsume, supaya tak kena ulang tahun persekolahan balik. Identiti Harutora sebenarnya adalah kelahiran semula bagi Tsuchimikado Yakou.

Tsuchimikado Natsume
Pewaris keluarga Tsuchimikado, dan merupakan onmyouji tersohor yang menghadiri sekolah di Tokyo. Natsume dianggap sebagai kelahiran semula Tsuchimikado Yakou, tetapi sebenarnya bukan. Dia menyamar sebagai pelajar lelaki atas arahan bapanya. Natsume sebenarnya seorang pemalu dan sangat rendah diri, dan cemburu apabila Harutora bercakap dengan perempuan lain. Dia menyimpan perasaan terhadap Harutora semenjak kecil. Menggunakan shikigami yang bernama Hakuto untuk berinteraksi dengan Harutora pada awal cerita.

Ato Touji
Bekas samseeng dan kawan baik Harutora di sekolah. Berkebolehan dalam mengesan roh istimewa dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam onmyodo. Mangsa Great Disaster dua tahun yang lalu, dan menyebabkan dia mejadi separuh oni (raksasa), akibat daripada peristiwa tersebut dan belajar untuk mengawal oni. Sebab utama masuk Akademi Onmyou adalah untuk menyucikan oni dalam badannya.

Kon
Shikigami kepada Harutora. Roh musang perak yang berbadan kecil, yang memakai baju ala-ala miko, dan menggunakan wakizashi, yang berkhidmat untuk puak Tsuchimikado dari dulu lagi. Di sisi Harutora sejak Harutora menjadi shikigami kepada Natsume. Tapi disebabkan kesedaran dan kuasa rohani yang rendah, dia tak dapat dengar dan lihat Kon. Mempunyai pemikiran dan boleh bertindak sendiri, serta sangat setia dengan tuannya. Shikigami jenis Gohou.

Dairenji Suzuka
Twelve Divine Generals paling muda dan digelar The Prodigy. Anak kepada Devine General yang telah meninggal dan bekas ketua Twin Horn Syndicate (Sindiket Dua Tanduk), Dairenji Shidou. Suzuka pada mulanya adalah penjenayah yang dikehendaki kerana mengkaji dan menggunakan sihir terlarang. Dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman iaitu perlu menghadiri Akademi Onmyou dan kuasa onmyouji-nya dikunci. Dia kemudian bertemu Harutora dan menyertai kumpulannya dalam menumpaskan Twin Horn Syndicate.

Kurahashi Kyouko
Cucu kepada pengarah Akademi Onmyou dan pewaris keluarga Kurahashi. Pelajar terbaik di akademi dan di antara 3 orang pelajar yang diketahui mempunyai shikigami jenis Gohou yang mengandungi dua Yaksha (nature spirit) siri buatan manusia, dipanggil Hakuou dan Kokfuu. Menyimpan perasaan terhadap Harutora sejak kecil.

Momoe Tenma
Merupakan pewaris keluarga Momoe yang mempunyai syarikat Witchcratf Corps. Rakan sekelas yang berkawan dengan Harutora dan Touji sejak hari pertama mereka mendaftar di akademi. Mempunyai pengetahuan yang tinggi  mengenai pelbagai kejadian semasa dalam dunia onmyouji, dan kadangkala membantu Harutora dalam pelajarannya. Seorang yang pengecut tapi banyak menghadapi pertarungan bersama-sama dengan Harutora dan yang lain-lain.

Ohtomo Jin
Guru kelas Harutora. Seorang yang aneh yang cenderung untuk lebih santai daripada apa yang diharapkan dari seorang guru, hingga ada yang menyatakan dia jenis tak bertanggungjawab. Tapi dia sebenarnya sangat bagus dalam memberi nasihat kepada pelajar, dan dikenali sebagai aktivis yang membangkang polisi sekolah yang membebankan pelajar. Merupakan bekas Divine General yang dikenali sebagai The Shadow.


WATAK SAMPINGAN

Kurahashi Miyo
Pengarah Akademi Onmyou, ketua keluarga Kurahashi, dan nenek kepada Kyouko. Terkenal dalam dunia onmyouji. Keluarga Kurahashi dikatakan sebagai puak yang terkuat yang mempengaruhi politik onmyouji. Diviner yang mahir. Antara orang yang mengenali Yakou secara peribadi. Mempunyai kucing yang digunakan sebagai utusan untuk menyampaikan maklumat dalam jarak yang jauh.

Kogure Zenjirou
Pegawai/ Exorcist Bebas yang juga merupakan salah satu Divine General yang dikenali sebagai Omnipotent Sword, bekerja di bawah Agensi Onmyou bersama-sama dengan Kagami Reiji. Rakan sekelas Jin dalam kelas ke-36 di Akademi Onmyou. Shikigaminya adalah sepasang Tengu (gagak) yang dipanggil Karasu-Tengu.

Kagami Reiji
Onmyouji Kelas Pertama, juga Divine General yang dipanggil Ogre Eater. Personality yang kasar dan tak ambil peduli mengenai orang lain. Mempunyai parut besar pada dahinya. Merupakan Pegawai/Exorcist Bebas. Kuasanya dikunci oleh Kurahashi Genji untuk mengurangkan kuasa rohaninya, tetapi kuasa utama datang daripada oni yang dia makan.

Kurahashi Genji
Ketua Biro Exotisme juga Ketua Agensi Onmyou, dan Divine General yang dipanggil Heaven’s Bearer. Ayah Kyouko dan anak Miyo. Seorang yang dihormati yang mempunyai keinginan yang kuat, bercita-cita tinggi dan minda yang tajam.

Amami Daizen
Ketua Bahagian Penyiasatan Sihir Agensi Onmyou, juga Divine General yang dipanggil The Divine Fan. Senior kepada Jin semasa Jin bekerja di Bahagian Penyiasatan Sihir Agensi Onmyou. Kawan lama Miyo, dan selalu panggilnya Miyo-chan. Pakar dalam sihir ilusi, Kodama dan mengarah dua shikigami buatan manusia berkelas tinggi iaitu Kinji dan Ginji.

Souma Takiko
Gadis misteri yang muncul depan Havenly Altar. Dia menyatakan yang dia adalah seorang pelajar, tetapi Harutora, Natsume dan Touji tak pernah nampak dan dengar nama dia. Ahli Keluarga Souma yang terakhir mempunyai asal-usul Diraja dan menjadi Shrine Maiden. Juga salah seorang ahli Twin Horn Syndicate yang lama.

Ashiya Douman
Salah satu onmyouji yang hebat semasa Era Abe no Semei. Pesaing Abe no Semei, dan bertarung dengannya hampir seribu tahun lalu. Menunjukkan minat pada kelahiran semula Yakou dan dilihat mempunyai hubungan dengan Twin Horn Syndicate. Dia bukan lagi manusia tapi merupakan oni fasa 5. Dia memaksa dirinya berada pada fasa 3, sebab kalau jadi fasa 5, dia bukan lagi menjadi Ashiya Douman. Kemudiannya menjadi shikigami Jin.


SCREENCAPS
Tak banyak screencaps yang aku dapat kat pakcik google. Tapi ape pun, terima kasih.
cute2 onion head









































ULASAN
Citer ni banyak menggunakan term onmyouji yang aku memang tak faham. T_T. Babak pertarungan tak berapa menarik. Macam banyak hole je. Tapi aku tak mengantuk pun tengok citer ni. Yang aku geram, kenapalah si Harutora ni lembap sangat nak sedar yang Hakuto tu sebenarnya Natsume? Aku yang tukang tengok pun boleh syak awal-awal. Banyak kot hint yang diorang bagi pasal orang yang hantar Hakuto tu kat dia. Tak apalah, yang penting Touji nampak handsome dalam ni. Ehehehehehehe.


Listening to : Miyano Mamoru - Orpheus (OST Uta no Prince-sama)


No comments: