AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, July 12, 2014

[Review: Anime] Fate Zero

Aitt? Tiga review dalam satu hari? Haha. Cepat pulak aku buat kerja hari ni. Bukan cepat, tapi kan aku ada tak post dalam masa beberapa hari ni. Aku busy. Tapi dalam masa busy-busy tu pun, aku sempat-sempatkan cari masa untuk kumpul bahan buat post. Ingat aku main tulis post review ni je? Mak aih, computer kot otak aku ni kalau aku boleh save semua jalan cerita yang aku tengok. Haha. Computer pun boleh hang, ape tah lagi otak aku. T_T



Genre : Supernatural, Action, Romance, Drama
Episode : Season 1 – 13, Season 2 – 12
Star : 3/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Peperangan Holy Grail merupakan sebuah pertandingan yang di asaskan oleh keluarga Einzbern, Makiri dan Tohsaka beberapa abad yang lalu, di mana tujuh ahli sihir memanggil tujuh Semangat Wira untuk bertarung antara satu sama lain untuk mendapatkan kuasa Holy Grail yang akan memberikan keajaiban kepada pemenang. Anime ini berkisarkan mengenai Peperangan Holy Grail Yang Keempat.


WATAK UTAMA

Emiya Kiritsugu
Master kepada Saber. Ahli sihir yang kejam yang pakar dalam membunuh ahli sihir lain. Di upah oleh keluarga Einzbern untuk bertanding dalam Peperangan Holy Grail. Suami Irisviel dan ayah kepada Ilyasviel.

Irisviel von Einzbern
Homunculus yang dicipta oleh keluarga Einzbern. Isteri Emiya dan ibu Ilyasviel. Berpasangan dengan Saber dan bertindak sebagai Master, kerana Kiritsugu dan Saber mempunyai idea yang bercanggah mengenai pertempuran.

Saber - Arthuria Pendagron
Servant Kiritsugu. Semangat Wira yang khusus dalam pertempuran jarak dekat. Juga dikenali sebagai Warrior King.

Kotomine Kirei
Master Assassin. Membantu Tokiomi dalam Peperangan Holy Grail namun hanya di pertengahan jalan setelah dia membunuh Tokiomi dan menjadi Master baru kepada Archer.


WATAK SAMPINGAN

MASTER
Tohsaka Tokiomi
Master Archer. Suami Aoi, dan ayah kepada Rind an Sakura. Membuat keputusan memberikan Sakura kepada keluarga Matou kerana dia hanya perlukan Rin sebagai pewarisnya. Oleh kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan Gereja Kotomine, dia menetapkan Kirei untuk menjadi perantis yang akan membantunya dalam Peperangan Holy Grail.

Waver Velvet
Master Rider. Ahli Persatuan Ahli Sihir, perantis Kayneth dan bakal El-Melloi II. Curi catalyst mentornya, supaya dia dapat memanggil Servant untuk dirinya dan menyertai Peperangan Holy Grail, supaya kebijaksanaannya diperakui Persatuan Ahli Sihir.

Matou Kariya
Master Berserker. Kawan Aoi dari kecil. Marah kepada Tokiomi kerana memberikan Sakura kepada keluarganya. Bermatlamat untuk menang peperangan Holy Grail untuk membebaskan Sakura daripada Keluarga Matou, walaupun tak mempunyai potensi dan latihan formal sebagai ahli sihir.

Uryuu Ryuunosuke
Master Caster. Pembunuh bersiri yang tiada potensi kuasa sihir. Berjaya memanggil Servant dengan membunuh keluarga ahli sihir dan menggunakan darah mereka sebagai offering dalam upacara. Tiada pengetahuan mengenai Peperangan Holy Grail, dan memerhatikan Caster untuk menghilangkan kebosanan.

Kayneth El-Melloi Archibald
Master Lancer. Tunang Sola-Ui walaupun penyusunan perkahwinan yang strategik. Mentor kepada Waver. Ahli Persatuan Ahli Sihir, dan dianggap genius. Dia pada mulanya mahu panggil Rider, tetapi setelah dicuri Waver, dia panggil Lancer.


SERVANT
Archer - Gilgamesh
Servant Tokiomi. Semangat Wira yang khusus dalam pertempuran jarak jauh dengan menembak projectiles ke arah musuh. Mempunyai kebanyakan senjata dan artifak sepanjang dalam sejarah. Dikenali sebagai Hero King.

Lancer - Diarmuid Ua Duibhne
Servant Kayneth. Semangat Wira yang khusus dalam menggunakan lembing dan tombak. Menggunakan dua lembing dalam masa yang sama. Lembing pertama, menghalang daripada regeneration, lembing kedua memutuskan kontrak kuasa sihir.

Rider - Iskandar
Servant Waver. Semangat Wira yang khusus dalam menunggang kereta kuda untuk menyerang sasarannya. Juga dikenali sebagai Conquest King. Dia memerintah seluruh tentera Servant kelas bawahan dan boleh menghantar mereka sesuka hati.

Caster - Giller de Rais
Servant Ryuunosuke. Semangat Wira yang khusus dalam menggunakan upacara dan seni sihiir purba. Boleh memanggil demon dari alam lain, dan seperti tahu identity Saber yang sebenar, walaupun dia salah anggap.

Berserker - Lancelot of The Lake
Servant Kariya. Semangat Wira yang memberikan kekuatan yang banyak pada kos kewarasan. Kelas Servant paling sukar diuruskan kerana memerlukan banyak kuasa sihir untuk mengekalkannya. Boleh menggunakan apa saja sebagai senjata apabila dia menyentuhnya.

Assassin - Hassan-i Sabbah
Servant Kirei. Semangat Wira yang khusus dalam misi rahsia pembunuhan senyap. Mempunyai kebolehan untuk menambah bilangan kepada setiap spilt personalitinya.


LAIN-LAIN
Tohsaka Aoi
Isteri Tokiomi dan ibu kepada Rin dan Sakura. Murung mengenai keputusan suaminya memberikan Sakura kepada keluarga Matou, tetapi masih menerimanya sebagai isteri kepada ahli sihir.

Kotomine Risei
Ayah Kirei, kawan Tokiomi dan moderator untuk Peperangan Holy Grail Yang Keempat.

Hisau Maiya
Pembantu Kiritsugu. Bertindak professional dalam semua perkara menjadikan dia pasangan sempurna bagi Kiritsugu.

Sola-Ui Nuada-Re Sophia-Ri
Master Kedua Lancer, tunang kepada Kayneth. Memberikan bekalan tenaga sihir kepada Lancer. Menyimpan perasaan terhadap Lancer, tapi mungkin kerana sumpahan Lancer.


SCREENCAPS



































ULASAN
Flow cerita agak boring, dan babak pertarungan pun tak berapa menonjol. Mengantuk jugak tengok citer ni, tapi tak sampai tertidur. And aku tak berapa faham relationship between Kiritsugu dengan Maiya. As a boss or a lover? Dan aku pun tak faham kenapa Kiritsugu nak musnahkan Holy Grail tu, walaupun Holy Grail tu boleh tunaikan keinginan dia. Citer ni macam berat sikit feeling dia. Aku tak puas tengok Rider bertarung sebab nak tengok kuasa dia. Huhuhu~ Aku review sekali season one and two sebab aku dah tengok dua-dua. Season two tak ada penambahan watak, semua sama dengan watak season one.


Listening to : Kuraki Mai - Revive (OST Detective Conan)


No comments: