AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, July 3, 2014

[Review: Anime] Another

Osu! Hari ni aku nak review anime seram. Dah lah aku ni takut antoo. Sibuk gak nak tengok citer-citer camni. Nasib lah anime je, bukan citer real.
crying2 onion head
Dah lama dah aku tengok anime ni sebenarnya. Tahun lepas kot~(?) (=.=)


Genre : Thriller, Supernatural, Mystery, Drama
Episode : 12
Star : 4/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Tahun 1972, pelajar popular Sekolah Menengah Utara Yomiyama, Misaki dari Tingkatan 3-3 tiba-tiba meninggal  semasa tahun persekolahannya. Terkejut dengan kehilangan yang tak dijangka, pelajar dan guru berkelakuan seolah-olah Misaki masih hidup, dan membawa kemunculan aneh dalam gambar graduation.  Pada tahun 1998, pelajar lelaki berumur 15 tahun, Sakakibara Kouichi, berpindah ke Sekolah Menengah Utara  Yomiyama, Tingkatan 3-3, dan bertemu dengan Misaki Mei, pelajar aneh yang dipulau oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Kelas 3-3 kemudiannya mengalami kejadian ganjil, di mana pelajar atau keluarga mereka mati satu demi satu secara misteri dengan cara yang mengerikan. Setelah menyedari kematian tersebut berkaitan dengan “Misaki 1972”, Kouichi dan Mei cuba membongkar penyebab kejadian misteri  tersebut. Dan mencari jalan bagaimana untuk menghentikannya sebelum mereka dibunuh.


WATAK UTAMA

Sakakibara Kouici
Pelajar lelaki berumur 15 tahun yang berpindah ke Sekolah Menengah Utara Yomiyama Tingkatan 3-3 dari Tokyo pada tahun 1998, tetapi di masukkan hospital disebabkan pneumothorax, sebelum sekolah bermula. Kouichi tinggal bersama datuk dan neneknya, serta makciknya, Mikami Reiko, semasa bapanya menjalankan penyelidikan di India. Berkawan dengan Misaki Mei walaupun telah diberi amaran, dan bekerjasama dengan rakan sekelasnya untuk membongkar kebenaran disebalik sumpahan kelas 3-3.

Misaki Mei
Gadis misteri dalam kelas 3-3. Dia memakai eyepatch berwarna putih untuk menutup mata kirinya yang menggunakan mata anak patung, yang direka oleh ibu angkatnya. Mei mendakwa, mata patung tersebut membolehkannya melihat “warna kematian” – untuk menunjukkan seseorang itu telah mati atau sepatutnya mati. Pada mulanya, Mei dipulaukan rakan sekelasnya dan duduk di meja lama di belakang kelas.

Azakawa Izumi
Pelajar yang in charge of countermeasures, yang merangka dan menjalankan usaha dalam menangani musibah yang mungkin menimpa kelas 3-3. Dia benci pada Mei kerana mengabaikan peraturan, dan merasakan tindakannya itu menjejaskan countermeasure dan penyebab kepada kematian yang berterusan. Mati ketika rombongan musim panas.

Teshigawara Naoya
Kawan kepada Kouichi, dan mempunyai nickname, Sakaki. Sangat sukakan sukan dan berpersonaliti cetek.

Mochizuki Yuuya
Ahli Kelab Seni. Dia bersama-sama dengan Naoya membantu Kouichi dalam membongkar musibah kelas 3-3.


WATAK SAMPINGAN

Mikami Reiko
Makcik Kouichi, juga penolong guru kelas Tingkatan 3-3. Kouchi memanggilnya Reiko ketika di rumah, manakala Cikgu Mikami ketika di sekolah. Pada episod akhir, terbongkar bahawa Reiko adalah “The Dead One” yang sebenarnya pada musibah tahun 1998 – mati lemas pada tahun 1996 ketika menjadi guru kelas Tingkatan 3-3. (Gambar atas masa di sekolah, gambar bawah, masa kat rumah)

Kazami Tomohiko
Ketua kelas 3-3, dan merupakan pelajar tersohor kelas 3-3. Berkawan dengan Naoya semenjak kecil.

Sakuragi Yukari
Penolong ketua kelas 3-3 dan kawan kepada Izumi. Terbunuh ketika terjatuh dari tangga.

Chibiki Tatsuji
Pustakawan. Pernah menjadi guru kelas Tingkatan 3-3 pada tahun 1972. Mendakwa berhenti sebagai guru untuk lari daripada sumpahan 3-3. Menyimpan rekod mengenai fenomena, dan mereka yang mati dalam kejadian tersebut.


SCREENCAPS
Macam biasa, aku mintak kat pakcik google. Heehehehhehe. Screencaps pun thrillerrrrrrr beb!
freezing onion head


























ULASAN
SERIOUSLY MENGERIKAN!!! Aku tutup mata kot masa scene diorang mati. T_T. Tapi best! Mula-mula tu, memang confuse giler sebab tak paham jalan citer. Huhu. Part paling sedih, bila Kouichi bunuh sendiri makcik dia untuk hentikan fenomena ni. Overall, seronok. Sehari je aku tengok, walaupun takut-takut nak tengok. Hahaha. Kalau yang korang-korang jenis lemah semangat, disarankan jangan tengok. Untuk kebaikan korang jugak. Aku pun jenis lemah semangat jugak, tapi kuatkan semangat.
help onion head
Tapi, citer ni, SAH-SAH aku takkan tengok lagi walaupun aku simpan dalam HD aku ni. Hehehehehehehe~


Listening to : Aiuchi Rina - Magic (OST Detective Conan)


No comments: