AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, June 23, 2014

[Review: Anime] Soul Eater

Osu!
Baru-baru ni aku tengok citer anime Soul Eater. So aku nak kongsi dan buat sikit review pasal siri ni. Boleh jugak jadi guide pada mereka yang ragu-ragu nak tengok citer ni, best ke tak best kan~ (n_n)



Genre : Mistery, action, comedy, supernatural
Episode : 51
Star : 4/5
Fav Character : Soul Eater Evans, Death The Kid & Franken Stein


SINOPSIS
Soul Eater ni berkisarkan pengembaraan meister muda, Maka Albarn, pelajar di Shibusen (Death Weapon Meister Academy/DWMA) cuba menukar weapon partner-nya, Soul kepada Death Scythe untuk mengatasi bapanya, Spirit Albarn. Maka perlu kalahkan 99 roh jahat dan 1 roh ahli sihir, memberi makan roh-roh yang telah dikalahkan kepada Soul. Dalam pengembaraannya, Maka bertemu dan berkawan dengan meister dan weapon iaitu Black Star dan Tsubaki, dan Kid dan Liz & Patty Thompson. Pada majlis makan malam yang dianjurkan Shinigami (Pengetua Shibusen), Medusa yang merupakan jururawat sekolah (tapi sebenarnya ahli sihir) telah menghidupkan Kishin (Demon God) iaitu Asura menggunakan darah hitam (black Blood). Kesan kebangkitan itu menyebabkan madness (kegilaan) tersebar diseluruh dunia, dan juga sebabkan kebangkitan ahli sihir, Arachne. Bermula dari situ, Maka, Black Star dan Kid bersama-sama weapon mereka dan pelajar serta guru-guru Shibusen bersatu menentang Medusa, Arachne dan Asura.


WATAK UTAMA

Maka Albarn
Pelajar berdedikasi yang mewarisi bakat ibunya menjadi meister. Bijak berhadapan dengan ketakutan dalam dirinya. Berpasangan dengan Soul dalam pertempuran, dan berazam untuk mengatasi bapanya. Sangat matang, kasual, berani, kuat semangat, rajin, rendah diri, baik dan melakukan apa yang dirasakan betul, benci ketidakadilan dan mudah emosi bila kawan-kawannya dalam bahaya.  Kadang-kadang mudah menjadi marah dengan sikap santai Soul. Sangat tak sukakan bapanya sebab kaki perempuan, yang menjadi punca penceraian dengan ibunya.

Soul Eater Evans
Weapon yang berpasangan dengan Maka. Bentuk weapon Soul adalah demon scythe, mempunyai bilah berwarna hitam dan merah, serta mata pada hulu bilah, yang menyatakan emosinya.  Soul seorang yang sangat santai, bersikap sambil lewa, dan selalu cuba mengekalkan sikap “cool” tapi selalu berakhir dengan memalukan diri sediri. Selalu bergaduh dengan Maka untuk sesuatu yang tak penting, tapi mempunyai ketaatan yang kuat terhadapnya. Nampak sangat cool bila pakai suit. Hehehehehe~

Black Star
Satu-satunya ninja assassin puak Star  yang terselamat ketika Shibusen menghapuskan puak tersebut (sebab puak Star membunuh orang lain dengan tujuan menjadi kaya). Berlagak giler dan sangat bising. Suka buat flashy entrance daripada masuk senyap-senyap (yang seharusnya dilakukan oleh seorang ninja!), dan cuba mencuri perhatian sesiapa yang mempunyai perhatian lebih dari dirinya. 

Nakatsukasa Tsubaki
Weapon yang berpasangan dengan Black Star. Diklasifikasikan sebagai “shadow weapon” yang mempunyai kuasa yang boleh berubah bentuk kepada beberapa jenis senjata ninja seperti kusarigama, shuriken, ninjato dan bom asap. Sangat baik, pendiam, mudah mesra, dan selalu menenangkan kawan-kawannya yang sedang bergaduh. Penyabar dan bertoleransi dengan orang lain.

Death The Kid
Anak kepada Shinigami (Pengetua Shibusen) dan mengalami  obsessive-compulsive disorder untuk simetri (kesamaan) dalam kehidupan seharian. Kesannya, dia break down setiap kali tengok sesuatu yang tak sama ukuran, yang menghalang kehidupan seharian dan peperangan. Selain daripada weapon, Kid juga ada senjata lain yang dipanggil Beelzebub, iaitu skateboard, sebagai kenderaan utamanya.

Liz & Patty Thompson
Weapon yang berpasangan dengan Kid. Weapon yang berbentuk dua pistol. Liz seorang wanita muda yang selalu annoyed dengan sikap perfectionist Kid, pengecut dan sangat takut dengan hantu dan benda-benda yang creepy, manakala adiknya Patty sangat kebudak-budakan, tak berapa smart, sangat ceria dalam apa jua keadaan dan selalunya jadi marah untk memotivasikan pasangannya. Kedua-duanya boleh bertindak sebagai meister ketika ketiadaan Kid.


WATAK SAMPINGAN

Dr. Franken Stein dan Spirit Albarn. Kombinasi meister dan Death Scythes yang paling kuat di Shibusen. Dr. Stein ni anggap semua benda dalam dunia ni perlu dikaji termasuk diri sendiri pun juga (tu yang penuh jahitan tu~ =.=). Sangat kuat walaupun bertarung tanpa weapon. Pernah buat eksperimen ke atas Spirit ketika dia sedang tidur. Haha. Spirit Albarn ni bapa kepada Maka. Kaki perempuan, dan cuba untuk dapatkan kepercayaan Maka balik, sebab Maka tak suka dia. Boleh bertarung tanpa meister.

Shinigami. Pengetua Shibusen. Jarang nak nampak dia ni serius, kecuali masa bertarung dengan Asura. Bapa Kid. Still tertanya-tanya, macam mana rupa Shinigami ni kalau dia bukak topeng eh? Sebab daripada mula siri sampai ending, macam ni jelah dia. Agak-agak handsome macam anak dia jugak tak? Hehehe~

Asura. Kishin (Demon God).

Medusa

Crona dan Ragnarok. Ragnarok merupakan weapon yang hidup dalam badan Crona. Crona ni anak Medusa, tapi Medusa buat dia ni bahan ujikaji untuk menghidupkan Kishin. Jadi pelajar Shibusen lepas kalah dengan Maka.

Arachne. Kakak Medusa, makcik Crona. Ketua bagi organisasi Arachnophobia.


SCREENCAPS
Antara screencaps yang aku ambil kat google.

Kid dan Liz/Patty Thompson dalam bentuk weapon.

Maka dan Soul dalam bentuk weapon.

Malam Asura dihidupkan. 

Black Star berlawan dengan Mifune, seorang samurai.

Maka bersama pelajar Shibusen lain ketika berada dalam misi merebut Eibon's Demon Tool dengan Arachnophobia.

No. telefon Shinigami. Kena dail atas cermin tau~

Soul kena tahan kat wad lepas di cederakan oleh Crona dan Ragnarok. Black Star datang melawat. Tapi bising giler. =.=

Babak pertarungan antara Maka dan Crona.

Makan malam Shibusen.

Betapa takutnya Liz dengan hantu, padahal hantu tu tak mengerikan pun...siap tunjuk jalan keluar lagi. Hahahaha.

Shinigami berlawan dengan Asura menggunakan Deatch Scythe Spirit Albarn.

Soul makan soul. Eeuuwww~

Ni....muka setiap watak yang jumpa Excalibur - weapon. Kenapa? Korang kena tengok sendiri lah~ hehe.


ULASAN
Mula-mula masa tengok boring giler. Aku tengok 4 episod pertama, lepas tu aku stop. Lepas HD aku rosak (wuwuwuwuwu), baru menyesal tak tengok. T_T. Biasalah, selalunya episod yang awal-awal ni boring sikit kan sebab nak kenalkan watak dia. Masa tu aku tak suka giler dengan Black Star, sebab mulut dia bising~ =.= . Rasa nak sumbat dengan bantal je mulut die tu masa tengok citer ni. Haha. Tapi bila dah masuk episod 5 dan seterusnya, dah tak boring. Selalu gelak tengok kerenah Black Star yang immature plus mulut bising, dengan Kid, yang pengsan berdarah bila benda semua tak simetri! Tapi aku tak suka ending dia. Macam ending dalam filem. Lepas bertarung dengan Asura, terus habis. END. Tak tau kalau Maka dah berjaya jadikan Soul sebagai Death Scythe. Aku jadi tertanya-tanya macam mana kehidupan diorang selepas Asura berjaya dikalahkan. Flow cerita anime ni cuma 3/4 je daripada manga (komik) dia. Aku pun baru nak berjinak-jinak baca manga dia ni sebab nak tau apa bezanya flow cerita anime dengan manga. Ada siri terbaru Soul Eater NOT! Nanti bila aku dah download dan tengok, aku try review lah ye~ (n_n)


Listening to : INFINITE - Beautiful


No comments: