AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, June 24, 2014

[Review: Anime] Akuma no Riddle

Aku baruuuuuu je habis tengok cerita ni. Cerita ni, habis ditayangkan di Jepun pada 19 Jun 2014. Tapi aku baru tengok episod akhir semalam. Heeeee.



Genre : Action
Episode : 12
Star : 3/5
Fav Character : None


SINOPSIS
Bertempat di  Akademi Myoujou (sekolah berasrama penuh untuk perempuan), 13 orang pelajar perempuan telah dipindahkan ke kelas Gred 10 Hitam (10th Year Black Class). Terdapat 12 orang assassin (pembunuh) di kalangan 13 orang pelajar dalam Black Class dari pelbagai bidang, yang ditugaskan untuk membunuh seorang pelajar bukan assassin, Ichinose Haru. Jika berjaya, keinginan mereka akan ditunaikan, manakala jika gagal, mereka akan dibuang sekolah. Azuma Tokaku, salah seorang assassin mempunyai perasaan terhadap Haru, dan berazam untuk melindungi Haru daripada 11 assassin yang lain. 


WATAK UTAMA


Azuma Tokaku
Seorang yang dingin dan sukar didekati, datang daripada Keluarga Azuma yang terkenal, yang digeruni kerana kepakaran dalam membunuh. Nampak kuat dari luar, tapi sebenarnya mempunyai mentaliti yang lemah,dan  senang dipengaruhi  oleh orang lain. Tak suka bila ada yang cuba mendekatinya, dan benci bila orang panggilnya Tokaku. Tapi dia compromise bila Haru yang panggil Tokaku. Sangat mahir menggunakan pisau, dan mempunyai tindakan refleks yang sangat cepat. Tak pernah bunuh orang sebelum ni walaupun mempunyai kemahiran membunuh yang tinggi.

Ichinose Haru
Seorang yang sangat ceria dan periang, yang bercita-cita untuk berkawan dengan semua pelajar dan menghabiskan persekolahannya walau apa pun terjadi. Sangat baik dan naif terhadap pelajar Black Class tanpa gagal sehingga mereka menjadi musuhnya. Merupakan target setiap pelajar Black Class. Mempunyai parut di seluruh badannya. Mempunyai kelebihan “Ratu Lebah” (Queen Bee), eksklusif untuk puaknya, yang menarik, mengawal dan memanipulasi orang lain.

Hashiri Nio
Seorang energertic dan yakin, dan sentiasa jaga tepi kain orang lain, walaupun kadang-kadang nampak bahaya. Selalu pakai full body outfit sebab nak sorokkan tatu yang besar (kelihatan seperti burung) pada badannya. Menjadi anak angkat kepada Keluarga Kuzunoha yang terkenal, yang digeruni kerana menggunakan ilusi dalam kepakaran membunuh, dan Nio tiada saudara-mara.

Takechi Otoya
Digelar “Jack The Ripper Abad ke-21” di luar Akademi Myoujou, dan seorang yang sadist yang menyorokkan sifat sebenarnya dibawah samaran gadis yang suka bergurau. Sangat obses dengan gunting. Sebab dia nak bunuh Haru, supaya dia diberi insurans serial killer, untuk membunuh tanpa rasa takut ditangkap pihak berkuasa. Pelajar pertama yang dibuang sekolah.

Kaminaga Kouko
Gadis berkaca mata yang bertegas untuk menjadi wakil dalam setiap perkara, termasuk menjadi Ketua Kelas bagi Black Class. Menggunakan bahan letupan sebagai senjata untuk membunuh. Merupakan anak yatim yang dibesarkan oleh gereja untuk dijadikan assassin. Pelajar kedua dibuang sekolah.

Sagae Haruki
Tomboy tapi fashionable yang selalu makan stik coklat. Seorang carefree, tenang dan relax, tetapi sensitif mengenai keluarga angkatnya, dan mahu mereka dilindungi dan selamat dari segala ancaman. Cuba membunuh diri sendiri dengan menyediakan perangkap untuk dirinya ketika misi membunuh Haru berjalan, tapi gagal kerana terselamat. Pelajar ketiga dibuang sekolah.

Kenmochi Shiena
Gadis berkaca mata yang tak nampak apa-apa tanpa cermin mata. Skilled hacker. Pelajar keempat dibuang sekolah.

Kirigaya Hitsugi
Bertubuh kecil seperti murid sekolah rendah. Bad sense of direction. Macam tak percaya, tapi sebenarnya dia adalah assassin yang dikenali sebagai Angel’s Trumpet, yang menggunakan racun. Selalu bersama dengan Chiaru, dan tak tahu Angel’s Trumpet sebelum dia membunuh anak mentor Chiaru. Pelajar kelima dibuang sekolah.

Namatame Chitaru
Gadis yang bersikap bangsawan dan matang. Orang yang menunjukkan jalan kepada Hitsugi semasa nak pergi Akademi Myoujou, dan terus bersama dengan Hitsugi dengan tujuan supaya Hitsugi tak sesat lagi. Tak mempunyai minat dalam untuk mengambil bahagian dalam pembunuhan Haru, tapi matlamatnya adalah untuk membunuh Angel’s Trumpet – assassin yang membunuh anak mentornya. Pelajar keenam dibuang sekolah.

Shutou Suzu
Seorang yang licik dan suka sihat dan aktif secara fizikal. Hasratnya adalah untuk merawat penyakit yang dialaminya, Highlander Syndrome, yang menyebabkan dia tak menjadi tua secara natural. Pelajar ketujuh dibuang sekolah.

Banba Mahiru/Shinya
Mempunyai dua personaliti akibat didera sewaktu kecil. Mahiru seorang yang pemalu dan penakut, dan mempunyai masalah untuk bercakap untuk dirinya, manakala Shinya yang hanya muncul pada waktu malam mempunyai sikap yang aggresif, suka bermusuh, personaliti yang tak stabil. Takut kepada cahaya kerana mengalami penderaan yang berunsurkan seks yang melibatkan camera flashes. Shinya hanya bertindak atas arahan dan hasrat Mahiru. Pelajar kelapan dibuang sekolah.

Inukai Isuke
Seorang yang sombong dan pentingkan diri sendiri. Blunt dan cepat menyatakan pandangannya, dan suka memberi arahan kepada orang lain. Ibubapanya adalah pasangan gay yang tak mempunyai pertalian darah langsung. Sangat mahir dalam pertarungan menggunakan pisau. Matlamatnya untuk membunuh Haru adalah supaya ibubapanya boleh bersara. Pelajar kesembilan dibuang sekolah.

Hanabusa Sumireko
Gadis berbadan lemah dan merupakan anak CEO syarikat yang besar. Seperti Haru, Sumireko juga selalu menjadi target assassin hilang anggota badan selepas serangan. Anggota badan yang hilang digantikan dengan bahagian robotik, yang boleh ditukar kepada gajet atau senjata yang berlainan, membuatkannya menjadi cyborg. Pelajar kesepuluh dibuang sekolah.


WATAK SAMPINGAN

Kaiba
Lelaki misteri yang merupakan guru kepada Tokiko. Selalu hantar teka-teki pada Tokiko melalui sms.


Mizorogi Ataru
Guru kelas Black Class. Seorang yang aneh, bersemangat dan berdedikasi, yang tak sedar langsung pelajar-pelajarnya adalah assassin.


Meichi Yuri
Pengerusi sekolah, juga merupakan saudara Haru dari puak yang sama. Mempunyai kebolehan “Ratu Lebah”. Menubuhkan Black Class untuk menguji jika Haru boleh selamat daripada 12 orang assassin, untuk membangkitkan kebolehan “Ratu Lebah” dan untuk mendapatkan status sebagai primer dalam puaknya.


SCREENCAPS
Macam biasa lah. Screencaps adalah ihsan Google. Nak screencaps best, tengok citer ni ok~































ULASAN
Citer best, tapi ada kureng sikit lah. Mungkin sebab assassin-nya girls? =.= (Lempang laju-laju). Menarik, tapi banyak hole. Walaupun genre action, tak semua assassin guna method "action" ketika misi pembunuhan. Flow cerita boleh difahami, sebab nak dekat-dekat ending tu dia explain kenapa diadakan Black Class tu. Citer ni ada manga, tapi aku tak nak baca pun. Malas. Heeeeeee. Ada perbezaan sikit. SIKIT je, antara anime dengan manga. Kalau korang rajin, korang bacalah. Pastu gitau aku apa bezanya~ Okeh?


Listening to : Nam Woohyun [INFINITE] - Close Your Eyes


No comments: