AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, August 14, 2017

Anime Review 2017 – Part 9



Hampir 4 bulan aku tak post apa-apa kat sini. Harapnya tak bersawanglah ye, hehe. Dalam masa 4 bulan ni bukannya aku tak update apa-apa review langsung. Aku update je. Tapi dekat instagram menggunakan username @animereviewmelayu. So kalau nak tahu review terkini aku, boleh tengok di instagram. Kalau tak ada instagram, macam mana pula? Ha, kena tunggu aku rajin update dekat sini lah. Sifat rajin tu pula belum tentu esok datang. Dia sesuka hati je datang, haha. Bukan apa, dekat instagram mudah dan pantas je kerjanya, aku just taip guna phone je. Lagi pula lepas ni (mungkin bukan dalam masa terdekat), telco yang aku guna tak boleh guna hotspot. Menggagau lah aku nak mencari hotspot lepas ni, haha. Yang aku update dekat sini pun, benda yang aku dah pernah upload dalam instagram. Just copy an paste je, hehe.

Okaylah, membebel banyak-banyak pun tak ke mana juga. Terus je dengan anime yang aku review kali ni: Uta noPrince-Sama Maji Love Revolution, Uta noPrince-Sama Maji Love Legend Star, No Game No Life, Shingeki no Kyojin (Attack On Titan), One-Punch Man, Digimon Tamers, Kamigami no Asobi, Isshuukan Friends., Noragami/Noragami Aragoto, Akame ga KILL!!, Black Bullet, dan Karneval.



UTA NOPRINCE-SAMA MAJI LOVE REVOLUTION


Genre: Music, Romance, Comedy
Episode: 13
Sumber: Game (oleh Nippon Ichi Software, Inc.)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2015
Personal Rating: 4/10
Fav Character: Ichinose Tokiya, Jinguji Ren
Anime Info: Klik Sini

Sangat-sangat kecewa sebab season ketiga ni tak hebat seperti season pertama dan kedua. Kebanyakan episod sangatlah boring. Komedi pun tak menjadi, ianya seperti dibuat-buat. Too much babak yang stand still. Jalan cerita pun tak menarik, and not so memorable. It's really disappointed. Aku cuma rasa puas dengan watak-watak je. Tu pun banyak watak yang jadi boring dalam ni. Idol need to be funny, somewhat sweet and crazy, bukan sepanjang masa serius. Opening and ending pun menghampakan. Semua benda tak kena dalam season ketiga ni.



 UTA NOPRINCE-SAMA MAJI LOVE LEGEND STAR


Genre: Music, Romance, Comedy
Episode: 13
Sumber: Game (oleh Nippon Ichi Software, Inc.)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2016
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Ichinose Tokiya, Jinguji Ren
Anime Info: Klik Sini

Season keempat ni mengubat kekecewaan aku pada season ketiga. It's much better than before, tapi masih tak boleh lawan season 1 dan 2. Jalan cerita fokus pada projek duet antara ahli STARISH dan HEAVENS. Dari projek duet ni boleh nampak sisi ahli STARISH yang aku belum pernah nampak, atau pun dah pernah nampak, tapi aku lupa. Hahaha. Tokiya look really stunning in duet project with angel wing and flying feathers. Gosh, masa dia back-hug Nanami, aku jealous kot, kahkahkah. Aku seronok sangat Satsuki memunculkan diri kembali selepas senyap untuk dua season. Yep, I like Satsuki more than Natsuki. Entah ya, nampak lagi cool kot sebab Natsuki terlalu childish lah. Walaupun HEAVENS nampak seperti watak antagonist, they were actually really kind. Biasalah bila nak bersaing, macam-macam perangai keluar sebab rasa inferior than other groups. Tapi tak suka dengan leader HEAVENS. Sebab aku rasa dia nasty sangat. Bukan jahat, but kind of scary. Soundtracks best sangat. Dalam decisive concert, aku suka lagu Quartet Night. Maybe sebab lagu jenis rentak sebegitu adalah my cup of tea. Eh, panjang membebel, kahkahkah. Okay, boleh tunggu untuk next season pula. Katanya in the middle of production. Kita tunggu~



NO GAME NO LIFE


Genre: Game, Adventure, Comedy, Fantasy
Episode: 12
Sumber: Light Novel (by Kamiya Yuu)
Studio: Madhouse
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Sora, Shiro
Anime Info: Klik Sini

An amazing, brilliant and outstanding series! I was addicted to this anime and can't get enough from it. Madhouse never cease to amaze me with such a great art and animation. Coloring dia cantik sangat, berwarna-warni. Macam tengok pelangi. Walaupun colorful, tapi aku tak serabut pun tengok sebab warna-warna dalam siri ni blending dengan baik sekali. Jalan cerita near to perfect. Konsep permainan yang diketengahkan memang menawan hati aku. Kebanyakan permainan, jenis yang menguji minda seperti chess, permainan perkataan, kad poker, dan lain-lain lagi. Sesetengah babak perlawanan sangat kelakar, dan most of them was so exciting. Aku habiskan 12 episod sehari je, sebab terlalu teruja untuk tengok episod seterusnya, haha. Aku suka betul dengan Sora dan Shiro. Walaupun jenis yang berkurung dalam bilik, diorang ni genius gila. Sebelah mata je kalau ada pencabar nak cabar diorang ni. Dan diorang ni tak boleh berpisah. Kalau berpisah, dua-dua kena panic attack. Nak rasa kesian pun tak boleh sebab they show in funny way. Damn, kelakar gila kot, haha. Sampai sekarang aku jatuh cinta dengan opening siri ni, "This Game" by Suzuki Konomi. Lagu pun sesuai dengan anime. Aku recommend sangat korang tengok anime ni bagi yang belum tengok. Serious best. Tak tipu tau~



SHINGEKI NO KYOJIN (ATTACK ON TITAN)


Genre: Action, Fantasy, Adventure, Drama, Horror, Shounen
Episode: 25
Sumber: Komik (by Isayama Hajime)
Studio: Wit Studio
Tahun Disiarkan: 2013
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Mikasa Ackerman, Armin Arlet, Levi Ackerman
Anime Info: Klik Sini

Siri yang penuh debaran, sarat dengan emosi dan drama, adegan aksi yang unik dan mengujakan, jalan cerita yang kompleks tapi sangat menarik, and unexpected twists and turns. I'm not really fond with horror things (cuz I'm coward~), tapi AOT memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan dan membuka luas mata aku bahawa horror things not all about scary. Aku admit episod pertama ada jugak babak yang aku tutup mata dengan tangan (macam mak Eren kena makan tu), tapi masuk episod seterusnya, dah macam tak kisah dah, haha. Actually, watak Eren buat aku geram je, sebab sikap dia yang ego tu (semua watak ego aku geram, kahkahkah). Glad Mikasa and Armin in here. Watak Mikasa sangat cool and somewhat look brilliant. Antara female character yang sangat cool bagi aku selain Erza (Fairy Tail). Armin pula nampak comel sangat, dan pengetahuannya luas juga sebab suka membaca. Agak terkejut dengan twist siri ni sebab aku macam tak percaya dan tak nak percaya yang Annie tu musuh. Bila identiti Annie sebagai titan terbongkar, bertambah misteri yang perlu mereka rungkaikan. Penemuan titan dalam dinding tu pun aku terkejut juga. Buat takut aku je. By the way, aku tak tengok lagi season 2. Nak tunggu habis semua episod baru nak marathon, hihi.



ONE-PUNCH MAN


Genre: Action, Superpower, Comedy, Shounen
Episode: 12
Sumber: Webcomic (by One)
Studio: Madhouse
Tahun Disiarkan: 2015
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

One-Punch Man bermula dengan sangat baik, diikuti dengan adegan aksi yang menarik and magnificient, dan mempunyai watak-watak yang pelbagai peranan dan kuasa. Jalan cerita bagi aku biasa je, tapi olahan jalan cerita dan babak pertarungan setiap episod betul-betul mengujakan. I don't have any favorite character in here, tapi suka juga tengok Saitama dan Genos. Kelakar je kadang tengok perbualan diorang. Kadang tu tengok muka Saitama berubah serius pun aku dah gelak, hihi. Watak-watak dalam ni banyak yang mempunyai potensi untuk jadi watak yang hebat, tetapi they didn't have much screentime. Hope bila ada second season, screentime diorang boleh dipanjangkan. Actually kesian dekat Saitama sebab setiap kali dia tumpaskan musuh (lagi-lagi musuh yang kuat), mesti Genos yang dapat nama. Frust juga aku yang tengok ni, walaupun Saitama buat tak kisah pun. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam ada yang kurang tau dalam siri ni. Ada part yang sepatutnya aku excited tengok, tapi aku rasa boring sangat. Tapi sebab kehebatan Saitama terlalu awesome, I was just blind both my eyes on this one. Yes, Saitama mampu mengatasi segalanya, kahkahkah.



DIGIMON TAMERS

 
Genre: Sci-Fi, Action, Adventure, Shounen
Episode: 51
Sumber: Original
Studio: Toei Animation
Tahun Disiarkan: 2001-2002
Personal Rating: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Maybe I was expecting too much for this series at first, that in the end it's make me disappointed too much. Siapa yang tak ada high expectation kan bila first and second digimon series was so great and amazing. I don't really like the idea yang mana watak utama boleh mencipta digimonnya sendiri, dan juga bila partner bergabung badan dengan digimonnya for the better and strong digi evolution. Prefer cara evolution Digimon Adventures juga. Watak utamanya cuma ada tiga orang, tetapi ada juga dia selitkan watak-watak lain bersama digimon masing-masing. Cuma mereka kurang screentime. Kalau tak silap, nak dekat klimaks kot banyak watak-watak sampingan. Tapi, siri ni ada juga yang menarik. Design character untuk digimon yang powerful, kuasa digimon yang lebih hebat, aksi pertarungan yang dasyat, opening dan ending yang sedap dan menghiburkan. Senang cerita, aku enjoy tengok siri ni. Lepas Digimon Tamers, aku dah tak tengok siri digimon lain dah, sehinggalah Digimon Adventure Tri ditayangkan. Sebab aku rasa konsep dan idea semua kelaut. Opening pun bukan Koji Wada yang nyanyi. Sedap Koji juga tau, hewhew.



KAMIGAMI NO ASOBI


Genre: Romance, Supernatural, Fantasy, Reverse Harem
Episode: 12
Sumber: Game (by Nippon Ichi Software)
Studio: Brain's Base
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Actually aku dah tak berapa nak ingat sangat tentang siri ni. Yang aku ingat, ianya tentang seorang remaja perempuan, Yui yang dihantar ke sebuah dunia istimewa di mana dewa-dewa muda belajar untuk bersimpati dan menyayangi manusia. Dewa-dewa ni pula, dah bertahun lamanya tak ada perasaan begitu pada manusia. Jadi, misi Yui adalah untuk ajar dewa-dewa ni mengenali sifat manusia yang sebenar, serta menanam rasa sayang pada mereka semua. Aku admit aku nak tengok siri ni sebab nak sangat tengok babak romantis (kyaaaaa~!) antara dewa-dewa kacak dengan Yui. Malangnya romance is certainly not the main idea for this anime. Sebab Yui pun layan dewa-dewa ni macam abang sendiri je. Character design memang memenuhi citarasa aku, hihi. Kacak, elegan, berkarisma, dan bergaya. Yui pun comel je dan sesuai sebagai heroin dalam siri ni. Artnya cantik sangat-sangat, shining everywhere. Setting pun adorable juga, pemilihan warna pun fit to this kind of anime. Oh ya, aku paling suka episod-episod terakhir, sebab ditunjukkan kuasa dewa yang sebenarnya. Overall, aku memang terhibur dengan siri ni. Ianya tak berat sangat, so tak perlu nak fikir lebih-lebih. Relaks je masa tengok, hihi.



ISSHUUKAN FRIENDS.


Genre: Romance, Drama, Comedy, School
Episode: 12
Sumber: Komik (by Hazuki Matcha)
Studio: Brain's Base
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Everything about this anime is cute. Story, characters, art, setting, background, music, and animation. They were all CUTE. Konsep dia untuk nampak comel tu sampai pada penonton. Dah lah aku memang suka benda-benda comel ni. Rasa fuwa-fuwa je sepanjang menonton siri ni, hihihi. Suka sangat chemistry antara Yuuki dan Kaori. Sifat "never give up" dan kesabaran Yuuki terhadap Kaori untuk sentiasa ingat dia bila masuk minggu baru, sangat-sangat adorable. I was so happy bila Kaori mula ingat sikit-sikit tentang Yuuki. Tapi disebabkan satu insiden ni, Kaori jadi lupa pasal Yuuki terus dan amnesia dia jadi lebih teruk. Sedih sangat, lagi-lagi bila Yuuki rasa usaha dia tu macam sia-sia je. There's no nasty things such as antagonist or bad guys whatever dalam siri ni. So hati rasa tenang je masa menonton, tak ada nak sumpah seranah watak macam selalu, kahkahkah. Romance dia pun tak banyak. Ianya lebih kepada usaha untuk berkawan dengan gadis amnesia. Kalau babak bunga-bunga tu, ada kot. Aku pun tak ingat dah, huhu. Disarankan untuk menonton anime ni. Best weyyyy.



NORAGAMI / NORAGAMI ARAGOTO


Genre: Supernatural, Action, Comedy
Episode: 12 (Season 1), 13 (Season 2)
Sumber: Komik (by Adachitoka)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2014-2015
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Yato
Anime Info: Klik Sini

This kind of story really makes me jumping! Jenakanya yang mencuit hati, babak sedih yang buat aku tersentuh, adegan pertarungan yang dasyat dan hebat, watak yang gila-gila dan poyo (lagi-lagi Yato), twists yang menguji hati, dan macam-macam lagi. For me, this anime was almost perfect. Watak-watak dalam ni memang menghidupkan babak. Lagi-lagi bila Yato bersembang siap dengan memek muka funny tu, kahkahkah. Aku rasa nak tampar je sebab kelakar sangat. Walaupun Yato ni seorang yang kelakar, tapi dia mempunyai sejarah hitam masa lalu. Waktu dulu-dulu, dia seorang yang serius je, dan orang takut sangat dengan dia. Bila ada yang minta hajat untuk hapuskan sesuatu, dia akan tunaikan. Dia pernah dikenali sebagai Dewa Malapetaka (Calamity God) zaman peperangan dulu. Art dia cantik, warna-warna dia plain tapi tak nampak kelam dan kusam, great animation, dan mempunyai lagu opening yang segar dan bertenaga. Aku suka opening both season 1 and 2. Certainly this one is in my favorite anime list. Can't wait for next season!



AKAME GA KILL!!


Genre: Action, Fantasy, Drama, Comedy
Episode: 24
Sumber: Komik (by Takahiro)
Studio: White Fox
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 9/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Permulaan dia cukup baik, dan sebenarnya aku bayangkan cerita ni sebagai cerita aksi komedi. Memang ada diselitkan unsur jenaka dalam ni. Tapi bila dah tengok sehingga pertengahan, aku rasa anime ni patut ada genre thriller juga. Watak-wataknya comel, tapi plot cerita tak secomel seperti aku bayangkan. Kenapa aku cakap begitu? Selain perlu membunuh, cara pembunuhan tu pun ada sedikit kejam (bagi aku lah). Ada yang kena penggal kepala, then dia tayang dekat public pula tu. Ada yang kena makan dengan anjing besar (which is anjing ni adalah senjata hidup biological Imperial Arm). Kalau tak silap episod 1 pun dia ada tunjuk mayat yang tergantung sebab kena seksa sampai mati oleh golongan bangsawan. Yep, this anime is not cute at all. Actually banyak pengajaran yang boleh diambil dalam siri ni tau. Kerajaan yang korup, bangsawan yang kejam, penduduk yang ditindas, dan banyak lagi lah. Aku sejenis yang tak pandai nak hurai nilai-nilai murni, so korang kena tengok sendiri anime ni untuk tahu dengan lebih lanjut.



BLACK BULLET


Genre: Action, Fantasy, Mystery, Comedy
Episode: 13
Sumber: Light Novel (by Kanzaki Shiden)
Studio: Kinema Citrus, Orange
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Satomi Rentarou
Anime Info: Klik Sini

Siri ni best, mempunyai adegan aksi yang menarik, art dan animation yang gorgeous and pretty, jalan cerita yang unik dan opening yang sedap dan bertenaga. Tetapi satu benda yang aku tak setuju dalam siri ni adalah idea menggunakan kanak-kanak perempuan (linkungan umur murid sekolah rendah) sebagai front soldier menentang musuh dikenali sebagai Gastrea. Kenapa tak boleh watak dalam linkungan umur remaja? Sebab bila tengok some of them kena abused, sedih rasanya. Lepas tu kecil-kecil dah diajar berlawan dan mengenal senjata. Ada yang kena pukul pula tu sebab tak ikut arahan. Rasa nak belasah balik Promoter dia masa tonton tu. Tapi siri ni serious sangat-sangat interesting and brilliant. Mungkin kelemahan dia bagi aku adalah watak kanak-kanak perempuan tu sebab buat aku geram je, but otherwise, it was outstanding. Design Gastrea pun okay, tak menghampakan pun. Walaupun base on serangga seperti ulat dan labah-labah, aku still boleh tonton tanpa perasaan geli. Haha. Syabas untuk aku, kahkahkah.



KARNEVAL


Genre: Action, Adventure, Fantasy
Episode: 13
Sumber: Komik (by Mikanagi Touya)
Studio: Manglobe
Tahun Disiarkan: 2013
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Anime ni mempunyai lagu opening yang sedap dan kedengaran gempak sangat. Tapi entah kenapa aku rasa jalan ceritanya tak segempak lagunya. But still boleh enjoy cerita ni. Aku suka sangat dengan design mata anime ni. Lagi-lagi mata Tsukumo. Cantik sangat warna mata dia. Macam ada pelangi dalam mata tu, hihi. Hampir kesemua watak-wataknya mempunyai rupa paras seperti watak anime yang lain. Dan ada juga yang mempunyai personaliti yang hampir sama. So macam rip-off idea orang lain je. Tak tahulah kalau creator ambil sebagai reference je. Ye ke? Hewhew.


**Habis dah review part 9 pula. Part 10 tak tahu menyusul bila, haha. Kalau nak baca part 8, boleh pergi ke post bertajuk Anime Review 2017 – Part 8. Okay, daaaaaaa~


-End the written while listened to : JUNE – Baby It's You [Bleach OST – Ending 09] -


See you next time! :)


No comments: