AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Friday, August 18, 2017

Anime Review 2017 – Part 11


Yepppp, masih lagi rajin untuk update post hari ni. Harap rajin tu datang selalu, haha. Untuk review anim yang terbaru, boleh terus jenguk di instagram ya. Cari je @animereviewmelayu, gerenti jumpa punya. Tak pun klik je kat perkataan warna biru tu. Aku dah bubuh link dekat situ sekali. Boleh je kalau nak buka dekat PC or laptop. Aku dah try, hehehe.

Jom tengok review anime yang aku update hari ni: Overlord, Hunter X Hunter (2011), D.Gray-man Hallow, Ano Hi Mita Hana no Namae wo Bokutachi wa Mada Shiranai (AnoHana), Psycho-Pass 2, Kuroshitsuji, Kuroshitsuji II, Akagami no Shirayuki Hime Season 2, Kuroshitsuji: Book of Circus, Mahouka Koukou no Rettousei, Shingeki no Bahamut: Genesis, dan Free! - Eternal Summer.




OVERLORD


Genre: Action, Fantasy, Game
Episode: 13
Sumber: Light Novel (by Maruyama Kugane)
Studio: MADHOUSE
Tahun Disiarkan: 2015
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Ideanya seperti SAO juga, terperangkap dalam virtual game. Tetapi game tersebut dah nak ditutup server-nya, dan kebanyakan player semua dah stop main and log out. Tapi tak bagi Momonga sebab dia rasa sayang sangat dengan game ni, dan menyebabkan dia terperangkap dalam game tersebut keseorangan sebab dia tak boleh nak log out. So dia cuma bertemankan dengan non-player characters je dalam dunia fantasi tu. Uniknya Overlord ni adalah kerana most of characters are not human. Momonga sendiri adalah watak ciptaan player yang bukan manusia, sebaliknya digambarkan sebagai tengkorak dan rangka hidup. Dalam siri ni juga ada pelbagai jenis creatures seperti vampire, demon, fallen angel, insect-like humanoid, dark elf, and many more. Dan kebanyakan mereka adalah orang bawahan Momonga. Apa yang aku suka tengok dalam ni adalah bagaimana Momonga cuba menyelesaikan misteri yang terjadi pada dia dengan cuba mengembara dan keluar dari istananya untuk mencari maklumat. Siri ni tak berapa nak kelakar, melainkan babak dengan tikus gergasi, tapi still mampu tarik aku untuk tengok sampai habis. Mungkin kerana watak-watak yang menonjol dan mampu menghidupkan jalan cerita Overlord. Adegan pertarungan pun best, suka tengok kuasa Ainz, tapi tak ada yang special sangat pun dengan kuasa dia.



 HUNTER X HUNTER (2011)


Genre: Action, Adventure, Superpower, Comedy, Shounen
Episode: 148
Sumber: Komik (by Togashi Yoshihiro)
Studio: MADHOUSE
Tahun Disiarkan: 2011-2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Killua Zoldyck
Anime Info: Klik Sini

This is germ, yet it was not so popular like Bleach and Naruto. I really like this kind of story yang banyak episod tapi tak membosankan. Selalunya anime yang banyak episod ni dapat mengembangkan lagi watak-watak dalam siri tersebut. Sama seperti HXH ni, most of the characters berkembang dengan baik. Jalan cerita setiap arc juga tak berulang-ulang, dan selalunya menampilkan watak baru yang lebih hebat. Cuma masa arc terakhir, flow cerita tiba-tiba drop dan jadi perlahan. Tak tahulah kalau dibuat seperti itu untuk dipanjangkan lagi cerita, tapi tak perlu kot. Sebab cerita kalau dah best, orang akan ingat sentiasa walaupun jenis yang mempunyai episod sikit. Aku tak berapa suka lagu opening dia sebab sama je dari episod satu sampai 148. Aku suka kalau anime episode banyak ada pelbagai jenis lagu opening. Baru meriah rasa, hihi. Hopefully anime ni akan disambung balik. Sayang sebab ianya sangat-sangat best and awesome. Aku juga recommend kat korang untuk tengok kedua-dua movie HXH ni. Best gila!



D.GRAY-MAN HALLOW


Genre Action, Adventure, Supernatural, Shounen, Comedy
Episode: 13
Sumber: Komik (by Hoshino Katsura)
Studio: TMS Entertainment
Tahun Disiarkan: 2016
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Lavi, Allen Walker, Lenalee Lee
Anime Info: Klik Sini

Actually I'm pretty disappointed with this season, sebab tak bagi aku feel seperti mana musim-musim yang lepas. Another thing is they cut some of scene in the manga dan made some of the episodes nampak kosong. Not sure sebab apa dia tak letak babak tu, tapi bagi aku hilang seri jalan cerita Hallow ni. Diorang juga tukar seiyuu for most of the main characters in Hallow. Aku ternanti-nanti kot suara Suzumura Ken'ichi sebab rindu watak gila-gila Lavi dulu. Allen punya suara pun berubah. Huuu, tak suka~   Walaupun art dia lagi cantik dari season dulu, tapi aku lebih suka season yang dulu, sebab bagi feel unsur kegelapan dengan lebih tepat. Sebab Hallow full with shining things, ikut standard anime zaman sekarang kot. Background music pula kadang tak kena dengan babak. Ada ke babak kelakar dia letak bunyi mendebarkan. Hilang feel nak ketawa. Walaupun menghampakan aku, aku still enjoy siri ni. Not all things are bad. Oh ya, opening dan ending dia best sangat. Recommend dekat korang untuk dengar.



ANO HI MITA HANA NO NAMAE WO BOKUTACHI WA MADA SHIRANAI (ANOHANA)


Genre: Drama, Romance, Supernatural
Episode: 11
Sumber: Novel (by Okada Mari )
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2011
Personal Rating: 9/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Jalan cerita anime ni ditulis dengan indah sekali yang mengetengahkan konsep "friends forever" sebagai tema utama oleh penulis. Dari mula sehingga habis, penuh dengan drama dan air mata. Sangat sedih bila masing-masing masih menyimpan rasa kesal dan bersalah selepas kematian Menma. Kemunculan Menma memang merupakan sesuatu yang sangat baik kerana menyatukan mereka berlima semula. It's sad story, yet I was not crying over this. But I was tearing a little bit pada episod terakhir masa moment Menma nak menghilang. AnoHana merupakan antara karya terbaik dan terindah pernah aku tengok. Syabas buat creator kerana menghasilkan sesuatu yang bagi aku sangat memorable.



PSYCHO-PASS 2


Genre: Psychological, Detective, Sci-Fi, Drama, Thriller
Episode: 11
Sumber: Original (by Production I.G)
Studio: Tatsunoko Production
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Tsunemori Akane
Anime Info: Klik Sini

Sambungan siri Psycho-Pass yang sangat awesome. Kali ni lebih mendebarkan dan juga mengujakan dengan twist dan plot yang sangat menarik. I really love how Akane doing fine in here. Cuma sedih part nenek dia kena bunuh dengan Kamui. Mula-mula nampak juga Akane sedih semua tu, but she's strong girl. Art and animation also beautifully done dengan elemen kegelapan yang bagi aku sangat cantik. Not really like the opening song, but I guess it was okay with the series.



KUROSHITSUJI


Genre: Supernatural, Mystery, Fantasy, Action, Drama, Comedy
Episode: 24
Sumber: Komik (by Toboso Yana)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2008-2009
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Sebastian Michaelis, Ciel Phantomhive
Anime Info: Klik Sini

Jalan cerita bukan 100% ikut dalam manga, tapi masih lagi seronok untuk ditonton. Suka tengok gelagat Sebastian yang smart and cool, dan suka kenakan Ciel. Ciel pula, walaupun masih kanak-kanak, tapi pemikirannya dah seperti orang dewasa, disebabkan insiden hitam yang melanda dirinya dulu. I really love chemistry between Ciel and his butler Sebastian. Walaupun cuma ikat kontrak, it looks like Sebastian betul-betul sayang dengan tuannya. Ciel duduk dalam rumah agam yang besar, tapi dia tak banyak pekerja. Cuma ada lima orang je, termasuk Sebastian. Tapi semua pekerjanya (kecuali Tanaka-san) mampu bertarung dengan musuh. Dan kesemua mereka sangat sayangkan Ciel. Ending siri ni tak sama dengan dalam manga. Sebab dalam siri ni, Ratu England dah mati, tapi dalam on-going manga, Ratu masih lagi hidup. Lagu opening dan ending sedap sangat. Best gila. Memang sesuai dengan cerita yang bertemakan supernatural dan misteri ni. By the way, Sebastian akan nampak comel sangat bila dia jumpa kucing. Sebab dia suka kucing. Tapi dia benci anjing.



KUROSHITSUJI II


Genre: Supernatural, Mystery, Fantasy, Action, Drama, Comedy
Episode: 12
Sumber: Komik (by Toboso Yana)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2010
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Sebastian Michaelis, Ciel Phantomhive
Anime Info: Klik Sini

Kuroshitsuji II adalah anime filler untuk manga Kuroshitsuji, dan tak akan jumpa pun arc ni dalam mana-mana chapter pun. Ianya susulan kejadian selepas Sebastian makan jiwa Ciel pada akhir cerita season 1. Dalam season 2 ada beberapa pertambahan watak iaitu Alois Trancy, yang mengikat kontrak dengan demon butler, Claude Fautus, dan juga beberapa orang pekerjanya. Kiranya Alois dan Claude ni adalah musuh/rival kepada Ciel dan Sebastian. Malangnya, dalam season 2 ni juga, Ciel hilang ingatan dan tak ingat apa-apa pun yang berlaku sebelumnya. Kuroshitsuji II not really exciting macam season 1, dan jalan cerita yang macam merepek je aku rasa, hewhew. Ianya lebih fokus kepada Alois dan Claude walaupun watak utama siri ni adalah Ciel dan Sebastian. Tapi, Sebastian tetap juga menonjol, lagi-lagi masa bertarung dengan Claude. Still, I was enjoying this walaupun tak semua babak.



AKAGAMI NO SHIRAYUKI HIME SEASON 2


Genre: Romance, Fantasy, Action, Comedy, Drama
Episode: 12
Sumber: Komik (by Akizuki Sorata)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2016
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Zen Wistalia, Shirayuki
Anime Info: Klik Sini

Kyaaaa~! Can't get enough from this! Zen yang kacak menawan, Shirayuki yang comel dan lembut, dan Raj yang sangat kelakar. I really fall in love with Zen (sorry Shirayuki 😆). He's too charming, handsome, sometimes being cute, dependable, protector, brave, funny and many more. Can't explain much. He's perfect. Fukuyama Jun tak pernah menghampakan aku. He's seiyuu for Raj, and Raj for me is a clown in this series. Sentiasa buat aku gelak dengan cara dan nada dia bercakap. I really hate him in the first season. Tapi second season merubah pandangan aku terhadap dia. He's trying to be a better prince. Adik-adik Raj comel sangat, tak percaya pun Raj ada adik tau, haha. Hubungan Zen dan Shirayuki juga berkembang dengan baik. Aku punya marathon 12 episod hari ni sebab nak tengok ending yang happy. Tapi tak berapa nak happy bagi aku. Sebab aku nak tengok diorang kahwin, tapi tak kahwin pun. Endingnya masing-masing buat kerja masing-masing. What the... Tapi tak kisahlah. Yang penting, this piece is really awesome. Dengan art yang cantik dan animation yang smooth, jalan cerita yang menarik, serta babak kelakar yang begitu menghiburkan betul-betul menarik aku ke dalam dunia Shirayuki. Aku berharap sangat there will be another season. I wish to see Zen and Shirayuki more and more. Gosh, I just love both of them.



KUROSHITSUJI: BOOK OF CIRCUS


Genre: Supernatural, Mystery, Fantasy, Action, Drama, Comedy
Episode: 10
Sumber: Komik (by Toboso Yana)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Sebastian Michaelis, Ciel Phantomhive
Anime Info: Klik Sini

Aku tengok season 3 ni masa 2014. Tapi maybe sebab ianya still on-going, so aku tengok yang censored punya, huhu. Tapi aku rasa better lagi versi manga sebab rasanya macam ada scene yang dia tak masukkan dalam ni season ni kot. But I was still enjoying it. Aku suka sangat babak Sebastian dengan harimau tu. Jiwa pengasih penyayang Sebastian terserlah bila duduk dengan adik-beradik kucing ni, hihi. Siri ni fokus terhadap penyiasatan tentang kanak-kanak yang hilang di setiap tempat yang pernah diadakan pertunjukan sarkas. Dan tujuan mereka culik kanak-kanak ni adalah untuk melakukan sesuatu yang sangat kejam sehingga menyebabkan Ciel teringat sejarah hitam dia yang lepas, dan membuat keputusan yang bagi aku tak ada hati perut. Tapi bagi Ciel, itu adalah keputusan yang terbaik buat mereka. Season kali ni juga ada penambahan watak. Welcome to the family Snake. Snake ni kacak je sebenarnya. Tapi jadi creepy bila dia cuba bercakap bagi pihak ular-ular peliharaan dia. Tak sabar nak tengok movie dia, Book of the Atlantic. Hope boleh download tahun ni juga lah, hihi. Nak sangat tengok Lizzy yang comel lawan pedang. Can't wait~



MAHOUKA KOUKOU NO RETTOUSEI


Genre: Action, Superpower, Fantasy, School
Episode: 26
Sumber: Novel (by Satou Tsutomu)
Studio: MADHOUSE
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Shiba Tatsuya
Anime Info: Klik Sini

Actually sebelum tengok siri ni rasa sangat ragu-ragu, sama ada ianya best atau tak. Tetapi keraguan tu hilang lepas tengok beberapa episod with some action scenes. Never thought it will appeal me so much. And now I'm craving for more. Character design bagi aku biasa je, tapi aku suka betul dengan uniform sekolah. Smart weh uniform student lelaki. Yang perempuan pula, macam labuh sangat dan rasa macam susah nak bergerak (untuk aku lah). Aku tak pernah tahu apa jenis magic Tatsuya sampai akhir cerita dan sampai sekarang (dah dua tahun aku habis tengok siri ni). Kelakar kan? Tapi tak kisahlah. Yang penting dia power, dan sentiasa nampak cool je masa berlawan, hewhew. Katanya movie dia nak keluar. Haih, cepatlah sikit. Rindu dah ni dengan Tatsuya.



SHINGEKI NO BAHAMUT: GENESIS


Genre: Action, Fantasy, Adventure
Episode: 12
Sumber: Game (by Cygames)
Studio: MAPPA
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

I like this. Cerita best dan menarik, tak complicated dan senang nak faham. Tak ada babak yang menyimpang dari konsep asal. Everything is going right until the end. Episod last pun epic sangat. Macam tengok movie tau. I love how childish Amira is. She was so cute even though penampilan dia seperti orang dewasa. Kesian juga dekat Favaro yang kena sumpah dengan Amira, tapi siapa suruh nak menipu kan? I'm not really like the art, coloring, and animation. Tak tau nak explain macam mana. Terlampau gelap kot warnanya. So ada certain babak tu macam nampak tak nampak je, sebab gelap sangat. Hewhew. Dan cahaya dari dewa pula nampak macam terang sangat. Sakit mata.



FREE! - ETERNAL SUMMER


Genre: Sport, Comedy, Drama, School, Slice of Life
Episode: 13
Sumber: Light Novel (by Ouji Kouji)
Studio: Kyoto Animation, Animation Do
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Nanase Haruka
Anime Info: Klik Sini

I don't think I learnt much about swimming in here. Cuma dengar perkataan yang aku selalu dengar kalau tengok sukan renang. Kuak kupu-kupu, kuak lentang, gaya bebas. Lagi satu gaya aku lupa, sebab dah lama sangat aku habis tengok anime ni. Tak macam anime sport yang lain, Free! lebih fokus pada persahabatan antara 4 orang sahabat dari zaman kanak-kanak lagi. Dan juga ikemen. Yeah, full with ikemens with no shirt on their body and wet. Hey hey, don't think blue right now. Basah sebab berenang lah~ Dalam season 2 ni, ada penambahan watak yang juga handsome dan berbadan sado. Luckily I like him sebab seiyuu dia, Hosoya Yoshimasa is my favorite seiyuu. Dia ni nak kata musuh, tak, tapi lebih kepada penghalang Rin nak bersama dengan kawan-kawan lain. Lebih kurang macam tulah. Aku tak berapa nak ingat sangat, hewhew. And luckily I like their ending song too. Haruka nampak cantik, comel dan kawaii sangat pakai sut duyung tu. Cantik kau aku bagi, haha. Lagu pun catchy sangat, senang nak tangkap dan hafal. Suka juga tengok Rin menari sambil berbaju polis. Dan ramai juga lah yang melting masa tengok, but not me. Aku setia dengan Haruka je, hewhew.


**Habis part 11, tunggu part 12 pula ye. Membuak-buak pula rasa nak update dekat sini, hehehehe. Guys, kalau nak baca part 10, boleh pergi ke post bertajuk Anime Review 2017 – Part 10. Papaiiiii~


-End the written while listened to : Uura Saeka – Sha La La -Ayakashi NIGHT- [OST Kekkaishi – Opening] -


Comel kan Zen ni? Kan kan kan? Hiks! Okay bai~ XD


No comments: