AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, March 18, 2017

Anime Review 2017 – Part 4


Hi guys! Kali ni aku malas nak bebel panjang-panjang, sebab malas nak karang ayat, haha. Proceed terus dengan review. ;)

Post ini mengandungi review: Sword Art Online, Sword Art Online II, Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale, Baka To Test To Shoukanjuu Season 1 & 2, Tiger & Bunny, Tiger & Bunny The Movie: The Beginning, Tiger & Bunny The Movie 2: The Rising, Gin no Saji (Silver poon) Season 1 & 2, Amagami SS, Atelier Escha & Logy: Alchemist of The Dusk Sky, Death Note, dan Nobunaga The Fool.



SWORD ART ONLINE


Genre: Action, Adventure, Game, Sci-Fi, Shounen
Episode: 25
Sumber: Light Novel (oleh Kawahara Reki)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2012
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Kirito, Yuuki Asuna
Anime Info: Klik Sini

Antara anime kegemaran aku sepanjang zaman. Ianya mengisahkan bagaimana pemain yang terperangkap dalam game berjudul Sword Art Online (SAO) cuba survive dalam dunia SAO iaitu Aincrad, dan dalam masa yang sama cuba melepaskan diri dari game tersebut. Lebih teruk, sekiranya pemain mati dalam SAO, dia juga akan hilang nyawanya dalam dunia sebenar. Bagi aku, SAO mempunyai jalan cerita yang sangat hebat dan outstanding dengan menggunakan konsep game dan diselitkan unsur aksi dan fantasi. Watak-watak utama dalam SAO mempunyai chemistry dan semangat setia kawan yang kuat, sentiasa sokong dan bantu antara satu sama lain. Mulanya kan, aku tak expect pun yang Kirito ni swordman yang hebat tau, hewhew. Asuna pun comel sangat, dan memang aku suka sangat both of them married each other dalam siri ni, hihi. Selain perlu survive dan cari jalan keluar dari game SAO ni, pemain juga berhadapan dengan ancaman guild jahat, iaitu Laughing Coffin. Laughing Coffin ni tujuan utama dia adalah membunuh pemain-pemain yang lain untuk puaskan kehendak masing-masing sebagai antagonist. Animation SAO ni flawless dan art dia pun cantik sangat. Both opening dan ending pula memang sedap didengar. Recommend sangat anime ni untuk ditonton. ;)



SWORD ART ONLINE II


Genre: Action, Adventure, Game, Sci-Fi, Shounen
Episode: 24
Sumber: Light Novel (oleh Kawahara Reki)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Kirito, Yuuki Asuna
Anime Info: Klik Sini

Untuk season 2 ni, ianya masih mengekalkan watak utama yang sama, iaitu Kirito dan Asuna, tapi mempunyai jalan cerita yang berlainan, dan ditambah dengan dengan watak baru yang tak kurang hebatnya. Dalam SAO2, ianya lebih focus terhadap Kirito dan Sinon dalam game VRMMORPG yang diberi judul Gun Gale Online (GGO). Manakala dalam beberapa episode terakhir, jalan cerita lebih focus pada Asuna dan pemain misteri, Yuuki atau lebih dikenali sebagai Absolute Sword. Dalam GGO, Kirito perlu siasat punca kematian pemain yang dikatakan dibunuh oleh pemain yang dikenali sebagai Death Gun. Death Gun ni sebenarnya adalah mereka yang pernah terperangkap dalam game SAO yang juga merupakan ahli Laughing Coffin. Walaupun mempunyai jalan cerita yang berlainan, unsur aksinya tak mengecewakan aku, walaupun tak rasa sedebar seperti season 1. Cuma rasa hampa sikit dengan pengakhiran SAO2 ni. Both lagu opening sangat mengasyikkan aku, lagi-lagi first opening. Dah lah aku ni memang jenis suka lagu-lagu high note, seronok je buat karaoke, hihi. By the way, Kirito Nampak girly sangat dalam ni. Comel je, rasa nak peluk-peluk, hikhik, XD.



SWORD ART ONLINE THE MOVIE: ORDINAL SCALE


Genre: Action, Adventure, Game, Sci-Fi, Shounen
Episode: 1
Sumber: Original (oleh Kawahara Reki)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2017
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Kirito, Yuuki Asuna
Anime Info: Klik Sini

Tak habis lagi review SAO ni, haha. Aku baru je habis tengok movie SAO The Movie ni tau. Jadinya aku nak terus review je, senang kerja, hihi. Konsep dan jalan cerita untuk SAO The Movie ni memang sangat-sangat best, hebat dan mantap! Thumbs up buat penulis, director and the crews. Memang tak mengecewakan aku langsung. Babak aksi yang dihidangkan memang buat aku berdebar dan teruja gila. Lagi-lagi the last fight with level 100 boss of Ruby Tower dalam Aincrad. Time ni perasaan memang bercampur-baur bila tengok most of characters in season 1 and 2 bergabung kuasa untuk tumpaskan boss level 100 tu. Tapikan, aku rasa ada babak yang kena potonglah masa tengok kat panggung tu. Kena bersabar tunggu blue-ray keluar sebab nak sangat tengok babak apa yang kena potong tu. Curious ni, hiks. Lagi pun, can’t get enough with their action. Haha, wai~ wai~  Lagu semua best-best, sama ada theme song or insert songs. Memang sedap sangat. Sampai aku tak berganjak dari panggung semata-mata nak dengar lagu sampai habis, haha, XD. Watak paling menonjol dalam ni bagi aku adalah Asuna, sebab dia yang paling banyak contribute dalam misi tumpaskan bos-bos dari SAO. Cuma sedih sangat bila memori dia kena curi dengan Eiji. Geram! Oh ye, dalam movie ni juga dia announce that SAO will be back. Tak tahu sama ada for season 3 or second movie. Hint yang dia bagi adalah virtual world yang diberi nama Rath. Huish, tak sabarnya~!



BAKA TO TEST TO SHOUKANJUU SEASON 1 & 2


Genre: School, Comedy, Parody
Episode: 13 (Season 1), 2 (OVA), 13 (Season 2)
Sumber: Light Novel (oleh Inoue Kenji)
Studio: Silver Link
Tahun Disiarkan: 2010-2011
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Yoshii Akihisa
Anime Info: Klik Sini

Siri Baka to Test ni berlatarbelakangkan masa depan, di mana sekolah menerapkan system Summoner Wars, yang membolehkan pelajar kelas bawah bertarung dengan kelas atas untuk dapatkan benefit yang diberi pada kelas atas. Contohnya kelas F bertarung dengan kelas D untuk dapatkan benefit kelas D. Baka to Test ni memang penuh dengan lawak-lawak sengal pelajar sekolah, lagi-lagi pelajar kelas F. dalam siri ni juga boleh tengok strategi yang pelajar guna untuk Summoner Wars, malah strategi untuk intai bilik mandi pun ada juga tau. Selalunya strategi kelas F ni sengal-sengal belaka, XD. Selain tu, anime ni juga turut menyelitkan elemen romantic komedi dan cinta tiga segi antara Akihisa, Mizuki dan Minami. Tak kurang juga, romantic komedi seram antara Yuuji dan Shouko. Actually tak adalah seram pun. Tapi ianya sangat seram buat Yuuji, haha, XD. Jalan cerita Baka To Test ni tak berat, santai sangat, dan setiap saat asyik buat aku gelak je, haha. Ada juga babak parody dari anime lain, contoh macam Fullmetal Alchemist yang guna babak Edward kena tarik dengan tangan-tangan misteri ke dalam Truth Door. Anime ni memang sesuai sangat sebagai terapi untuk hilangkan stress. Cubalah tengok. ;)



TIGER & BUNNY


Genre: Superpower, Action, Sci-Fi, Comedy
Episode: 25
Sumber: Original
Studio: Sunrise
Tahun Disiarkan: 2011
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Tiger & Bunny ni berkonsepkan superhero ala-ala Hollywood gitu, dan mempunyai setting di bandar fiksyen, Stern Bild. Anime ni mengisahkan mereka yang mempunyai kuasa (dikenali sebagai NEXT) menjadikan Hero sebagai satu kerjaya, sehingga mempunyai show sendiri yang dipanggil “Hero TV”, yang mana diorang akan kumpul point setiap kali hero-hero tersebut menahan penjenayah atau menyelamatkan orang awam, dan the best ranked hero of the season akan diberi julukan sebagai “King of Heroes”. Selain tu, siri ni juga focus terhadap hubungan antara hero veteran, Kotetsu (Wild Tiger) dan pasangannya, Barnaby, serta kebenaran disebalik pembunuhan ibu bapa Barnaby, juga untuk mencari organisasi jahat, Ouroboros. Tau tak, awal-awal lagi aku dah boleh agak siapa dalang disebalik jenayah terancang dan pembunuh ibu bapa Barnaby. Both adalah orang yang sama. Begitu juga dengan identity Lunatic. Huish, nampaknya naluri detective aku semakin berkembang, haha. Tiger & Bunny mempunyai ending yang baik, jalan cerita yang bagus tapi ada juga yang lompong. Tak diterangkan dengan jelas pun apa itu organisasi Ouroboros. Selain tu, art untuk siri ni juga cantik, malahan CGI blending dengan baik sekali. Sejujurnya, suit untuk superhero tak berapa menarik bagi aku, sebab rasa macam kurang smart je, huhu.



TIGER & BUNNY THE MOVIE: THE BEGINNING


Genre: Superpower, Action, Sci-Fi, Comedy
Episode: 1
Sumber: Original
Studio: Sunrise
Tahun Disiarkan: 2012
Personal Rating: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

The first movie for Tiger & Bunny. First half of this movie mempunyai jalan cerita yang sama dengan tv series, tapi ada tambahan babak sikit, masuk second half baru ada jalan cerita yang lain, yang mana malam selepas diorang arrest NEXT yang boleh gerakkan patung yang dia sentuh, hero-hero kesayangan ramai terpaksa tangkap perompak antarabangsa yang mempunyai kuasa mengubah tempat dengan orang lain. Bagi aku, jalan cerita tak begitu menghiburkan dan babak aksi yang kurang mendebarkan walaupun mempunyai aksi yang baik. Aku tak rasa impak dari movie ni. Watak antagonist pun biasa je, tak ada yang istimewa. Movie ni lebih focus pada chemistry antara Wild Tiger & Barnaby ketika memulakan karier duo. Tapikan, persoalan aku terjawab tau, macam mana rambut Karina berubah jadi warna biru masa transform kepada Blue Rose. Cuma perubahan pada rambut Dragon Kid je belum terjawab. Mungkin kosep perubahan tu sama kot, haha. Warna rambut pun bole jadi persoalan, XD. Overall, movie ni biasa-biasa je. Bagi aku tak ada yang menarik sangat pun. Bolehlah tengok sekadar isi masa lapang. Hihi.



TIGER & BUNNY THE MOVIE 2: THE RISING


Genre: Superpower, Action, Sci-Fi, Comedy
Episode: 1
Sumber: Original
Studio: Sunrise
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Second movie ni pula ambil masa lepas kejadian Mr. Maverick, yang mana masa ni Tiger cuma boleh guna kuasa dia selama 1 minit je. Bila Mr. Maverick diberkas (tapi kena bunuh dengan Lunatic), finance company jadi teruk dan jatuh merundum, dan terpaksa dibeli oleh syarikat besar. Tapi big boss cuma nak ambil Barnaby seorang je untuk sign contract dengan dia, dan pasangkan dia dengan partner baru yang lebih kuat. Then dia pecat Tiger dan ahli-ahli Second Heroes League yang lain. Konflik bermula lepas semua insiden yang berlaku mempunyai kaitan dengan cerita dongeng sempena Justice Day. Babak aksi dalam second movie ni lebih mendebarkan, dan buat aku rasa exciting sangat. Suka dengan semangat setia kawan yang ditonjolkan oleh hero-hero, lagi-lagi Origami Cyclone. Somehow, aku rasa Origami ni cute sangat, XD. Nak dekat-dekat akhir tu, babak orang awam nak Tiger jadi partner Barnaby tu buat hati aku tersentuh. And yeah, I was tearing, a little bit, hehe. Cuma yang tak puas hatinya, tak ada langsung pasal Ouroboros ni. Hurm, mungkinkah akan ada second season untuk siri animasi ni? Harapnya begitulah. Sebab rasa tersiksa sangat nak tahu siapa Ouroboros tu, hewhew.



GIN NO SAJI (SILVER SPOON) SEASON 1 & 2


Genre: Slice of Life, School, Comedy, Shounen
Episode: 11 (Season 1), 11 (Season 2)
Sumber: Komik (oleh Arakawa Hiromu)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2013-2014
Personal Rating: 9/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Another amazing piece by Arakawa-sensei selepas Fullmetal Alchemist (FMA) dan FMA: Brotherhood. Ianya sangat berbeza dari FMA tau. Tak ada babak aksi langsung dalam siri ni. Anime Gin no Saji berkonsepkan bidang pertanian dan perladangan. Jalan ceritanya sangat santai dan diselitkan dengan pengajaran serta ilmu mengenai agriculture. Siri ni adalah siri yang bagus untuk belajar serba sedikit mengenai agriculture dalam cara yang menyeronokkan. Ianya juga dipengaruhi oleh kehidupan Arakawa-sensei yang pernah membesar di ladang ternakan lembu susu. Gin no Saji mengenai Hachiken Yuugo yang mendaftar masuk ke Ooezo Agriculture High School, sebuah sekolah luar bandar yang focus terhadap bidang agriculture, dengan tujuan kononnya untuk focus preparation exam ke university. Walaupun Gin no Saji ni berunsurkan kehidupan seharian, tapi setiap episode buat aku enjoy, dan banyak benda baru aku belajar tentang agriculture dalam anime ni. Ianya cuma ada 22 episod, tetapi pengembangan watak Hachiken dan yang lain-lain dapat dilihat. Flow pengembangan pun sempurna, tak lambat dan tak terlalu cepat. Seronok sangat tengok. Art dia pula memang berbeza dari FMA. Lebih santai dan kurang detail. Memang tak akan perasan yang anime ni karya Arakawa-sensei sebab dia ubah lukisan dia tau. Mungkin adalah sikit-sikit yang sama, tapi aku memang tak perasan pun, haha.



AMAGAMI SS


Genre: Drama, Romance, Comedy, Harem, School
Episode: 26
Sumber: Game (oleh Enterbrain)
Studio: AIC
Tahun Disiarkan: 2010
Personal Rating: 5/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri animasi ini diadaptasi daripada dating simulation game untuk playstation 2. Ianya mengenai Tachibana Junichi yang merupakan pelajar tahun dua, dan mempunyai trauma tentang cinta dan malam Krismas. Tapi taumanya perlahan-lahan hilang bila dia jumpa satu daripada enam orang gadis di sekolahnya, dan akhirnya terbuka hati untuk jatuh cinta lagi. Masa aku tengok Amagami SS ni, aku rasa aku macam tengah main game dating sim tau. Sebab watak heroin berbeza-beza lepas 4 atau 5 episod. Jalan cerita lebih kurang macam dalam game juga, apa jadi sekiranya Tachibana jatuh cinta dengan salah satu antara enam gadis tersebut. By the way, aku tak main tau game ni. It just my feeling, okay? Hewhew. Then aku rasa cerita ni plain sangat. Kebanyakan babak boring, dan kurang elemen romantic. Watak heroin pun biasa je, tak ada yang special mengenai mereka, dan kurang menghidupkan cerita. Aku tak sarankan pun untuk tengok, lagi-lagi untuk girl. Sebab aku rasa korang akan naik menyampah dengan watak-watak dalam siri ni sebab dah musnahkan angan-angan anime romantic komedi korang, haha. Gigih tau aku tengok sampai episode akhir walaupun menyesal, kahkahkah.



ATELIER ESCHA & LOGY: ALCHEMIST OF THE DUSK SKY


Genre: Fantasy, Adventure
Episode: 12
Sumber: Game (oleh Gust Co. Ltd.)
Studio: Studio Gokumi
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Anime ni berdasarkan dari game bersiri Atelier, yang mana aku tak pernah main langsung (aku memang tak suka main game). Ramai yang cakap tak mudah nak faham jalan cerita kalau tak main game ni. But for me, ada certain aura yang siri ni boleh bagi pada aku yang buat aku enjoy ketika menonton. Ianya mengisahkan tentang Escha dan Logy, dua pekerja baru di bahagian R&D dalam jabatan pengurusan tempatan di barat Twilight Land. Jalan cerita Atelier ni tak begitu complicated, ianya lebih easy-going, walaupun pacing cerita sedikit perlahan. Tak banyak yang boleh dikatakan mengenai siri ni. Kebanyakan episode focus pada watak individu, dan tak terlalu focus pada latar belakang watak, so lagi senang nak faham. Cumanya, aku memang tak faham langsung macam mana alchemy dalam siri ni berfungsi, hewhew. Watak yang ditampilkan pun biasa je, tak ada yang unik sama ada watak utama atau watak sampingan. Sendiri boleh teka diorang ni jenis watak yang macam mana. Art dia cantik dan gorgeous sangat. Pada yang nak enjoy anime berunsurkan fantasi tetapi diselitkan elemen aksi, anime ni bukan untuk anda. Well, I was not too enjoy but tak adalah rasa boring sangat masa tengok tu. It was so-so. Masih boleh layan lagi, hehe.



DEATH NOTE


Genre: Detective, Psychological, Thriller, Seinen
Episode: 37
Sumber: Komik (oleh Ohba Tsugumi)
Studio: Madhouse
Tahun Disiarkan: 2006-2007
Personal Rating: 9/10
Fav Character: L
Anime Info: Klik Sini

Siapa je yang tak tahu mengenai Death Note ni? Sampai boleh jadi kuasa dalam episode superpower untuk variety show Runningman tau, haha, XD. Untuk mereka yang gemarkan cerita berunsurkan detective dan psychological, this anime is for you. Siri ni focus pada cubaan Light untuk mencipta dan memerintah “dunia tanpa kejahatan”. Dia menggunakan Death Note untuk bunuh penjenayah, dan menganggap dirinya Tuhan untuk dunia baru. Selain itu, ianya juga focus pada usaha detective bernama L untuk hentikan rancangan jahat Light. Jalan cerita siri ni memang mendebarkan, penuh dengan psikologi dan emosi bercampur-baur. Walaupun tak ada babak aksi, tapi babak permainan minda antara Light dan L sangat-sangat enjoyable. Aku boleh habiskan semua 37 episod dalam masa dua hari je sebab tak sabar nak tahu pengakhiran siri ni, hehe. Biasanya watak utama dalam cerita adalah seorang protagonist, tapi sebaliknya bagi Death Note sebab ketengahkan antagonist sebagai watak utama. Masa L mati tu, rasa sedih sangat. Geram betul dengan Light sebab dia fikir dia je yang betul. Konon dia inginkan keadilan, tetapi dialah penjenayah yang paling ditakuti. In the end, dia mati kena bunuh dengan Ryuk sebab Ryuk rasa Light ni dah tak boleh entertain dia lagi. Ryuk ni, Nampak je muka bengis dan kejam, tapi hati comel tau, hikhik. Recommend sangat anime ni untuk ditonton. ;)



NOBUNAGA THE FOOL


Genre: Historical, Drama, Mecha, Military, Action, Fantasy
Episode: 24
Sumber: Original
Studio: Satelight
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Anime yang berkonsepkan sejarah Jepun yang ditambah unsur futuristic, a little bit of fantasy and mecha. Ianya mengenai Oda Nobunaga yang diberi gelaran “the greatest fool of the day” yang cuba untuk menjadi raja di Eastern Planet, dan juga perang antara dua dunia, Western Planet dan Eastern Planet dengan menggunakan robot gergasi. Bagi mereka yang belajar tentang sejarah Jepun, mesti faham this kind of story, yang mana aku terkial-kial nak faham jalan cerita (sorry, sis tak suka sejarah, XD). Masa mula-mula tengok tu agak confuse juga lah. Kebanyakan watak berdasarkan figura hebat zaman dahulu kala, seperti Oda Nobunaga, King Arthur, Alaxendar The Great, dan ramai lagi. Anime ni mempunyai emosi yang berat dan sarat dengan drama. Ianya juga memperlihatkan hubungan yang sangat erat antara Nobunaga dan retainer dia. Art bagi siri ni nampak shiny dan lebih detail. Character design menawan mata, settingnya cantik dan mecha pun nampak hebat. Cuma rasanya CGI tak berapa nak blend dengan latar belakang anime ni. Some people really do enjoy Nobunaga The Fool. Tapi tak bagi aku sebab aku confuse dengan jalan cerita dia. Yang aku enjoy cuma babak pertarungan je lah. Bagi yang suka dengan genre historical dan mecha, maybe this one is for you.


**Habis dah review part 4, phewwww *lap peluh*  lepas ni boleh lah tunggu untuk Anime Review 2017 – Part 5 pula. Untuk baca part 3 punya review, boleh pergi post Anime Review 2017 – Part 3 ya. Okay, jumpa lagi dalam post akan datang~ ;)


-End the written while listened to : Kelly Clarkson – Since U been Gone -


Ada jual kat mana-mana tak patung budak-budak kenot ni? Geram habis! XD


Post a Comment