AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, January 14, 2017

[Review: Anime] Vampire Knight: Guilty


Ini adalah review bagi Vampire Knight season kedua. Untuk review season pertama, boleh [klik sini]. Sebenarnya lama dah habis tengok anime ni. Lepas tengok season pertama, terus terjah season kedua pula. Tapi entah kenapa ya aku tak review sekaligus je dulu kan? Dah kena buat kerja dua kali, hewhewhew.

Genre : Vampire, Romance, Action, Drama, Comedy, Mystery, Supernatural
Episode : 13
Sumber : Komik (oleh Hino Matsuri)
Studio : Studio DEEN
Tahun Disiarkan : 2008
Star : 8/10
Fav Character : Kiryuu Zero


CERITA
Vampire Knight: Guilty ni adalah sambungan daripada Vampire Knight season 1. Sebelum review, aku ringkaskan sikit apa yang terjadi dalam Guilty ni. Cross Academy kembali tenang selepas insiden melibatkan Shizuka Hiou. Selepas membuat keputusan mengenai peranan Kiryuu Zero dalam insiden tersebut, Vampire Council memutuskan untuk menghukumnya, tetapi Kuran Kaname mempertahankan dan melindungi Zero. Kaname tahu siapa dalang sebenar insiden tersebut, dan dia juga tau kenapa Shizuka datang ke Cross Academy.

Hurm, actually aku dah lupa sikit apa yang terjadi dalam season 2 ni. Yang aku ingat adalah Kaname dan Yuki ni sebenarnya adik beradik. Kiranya Yuki ni pun keturunan Pureblood Vampire jugalah. Yuki kan berambut pendek, tapi lepas dia minum darah Kaname, rambutnya menjadi panjang, dan serta merta mempunyai kuasa sebagai vampire. Dan masa tu jugalah dia ingat kembali masa silamnya yang dia dah lupa. Insiden baru yang terjadi dalam season 2 ni juga ada twist yang tak dijangka. Jalan cerita pula lebih fokus pada kisah romantis tiga segi antara Yuuki, Zero dan Kaname.

Yuki dan Kaname.

Yuuki hilang ingatan sebab Kaname sekat memori dia, dengan tujuan untuk lindungi Yuuki daripada ingat balik memori masa ibu bapa mereka dibunuh oleh pakcik mereka, Kuran Rido. Kuran Rido ni kira watak antagonist utama dalam season 2. Dia merupakan bekas tunang Shizuka dan bapa kepada Shiki Senri. Dia juga merupakan dalang dalam insiden melibatkan pelajar-pelajar Cross Academy yang telah dirancang selama 10 tahun. Rido juga merancang untuk jadikan Yuuki sebagai kekasihnya untuk menggantikan Juri, ibu Yuuki yang menolaknya suatu ketika dulu.

Vampire Knight: Guilty ni memang menarik, tetapi twist plotnya buat aku terkejut sangat. Antara yang buat aku rasa terkejut sangat adalah hubungan Kaname dan Yuuki. Yup, aku describe diorang ni sebagai adik beradik. Tapi, dalam masa yang sama diorang ni juga adalah pasangan kekasih. What, what, what??? Haaa, terkejutkan? Masa aku tengok ni, aku masih lagi seorang yang naif tau, sebabnya kan hubungan sebegini haram bagi kita, hewhewhew. Aku tak setuju hubungan songsang ini, but as a romance anime, kisah cinta dan rasa sayang yang ada pada watak ditunjukkan dengan baik, sampai aku pun menjerit “kyaaaa~ kyaaaa~” dalam hati tau, hiks! XD


WATAK

Watak-watak utama Vampire Knight: Guilty.

Biasalah kalau dah nama pun vampire, mostly memang tak boleh lepas daripada watak yang mempunyai paras rupa yang menawan, baik lelaki atau perempuan. Tak lekang mata weh masa tengok anime ni. Zero handsome sangat! Watak-watak lain tak kurang hebatnya, macam Kaname, Kain Akatsuki, Shiki Senri, dan Ichijou Takuma. Aidou Hanabusa pula, bagi aku dia ni vampire yang comel. Tak termasuk dalam kumpulan ikemen, haha. Dan lagi mengejutkan aku, bila Cross Kaien tanggal spec dan getah rambut, omaigad! Kacak weh, KACAK! Haha, gila lah bapa angkat Yuuki ni, kacak rupanya walaupun nampak ala-ala kebodohan sikit, XD. Dan lagi best mengenai Pengetua Cross Academy ni, dia ni rupanya adalah Vampire Hunter lagenda yang sangat kuat dan disegani, tapi berhenti jadi hunter lepas tubuhkan sekolah dan membesarkan Yuuki.


ANIMASI
Disebabkan Vampire Knight: Guilty ni bertemakan vampire, mostly scene adalah di waktu malam. Scenery yang gelap juga menghidupkan lagi kebanyakan babak dalam siri. But, untuk babak pertarungan, bagi aku mengecewakan, sebab tak terlalu banyak action. Animasi  untuk action pun tak smooth, dan kurang sudut yang cantik. But it’s okay, sebab fokus utama anime ni adalah vampire and romance. Not action, I guess. :D


MUSIC

OPENING
ENDING
ON/OFF – Rondo
Wakeshima Kanon – Suna no O-shiro

Opening untuk second season ni tak semerdu dan misteri macam opening first season. Means, “Futatsu no Kodou to Akai Tsumi” oleh kumpulan ON/OFF lebih baik dari “Rondo”. Untuk ending pula, sorry lah, aku memang tak ambil kisah, hewhew. Sebab sekali dengar je terus tak minat. Entah ya, mungkin lagunya terlampau misteri kot. Lagu lagi misteri dari cerita, (-.-’).


KESIMPULAN
Aku bagi 8/10 bintang. Cerita bagus, penuh dengan misteri, dan twist plot juga sangat menarik, dan yang penting watak-watak yang dihidangkan memberikan tarikan yang lebih lagi untuk aku tonton anime ni. Aku tak baca manga dia, tapi aku harap ada sambungan lagi untuk siri Vampire Knight ni, sebab ending macam tergantung je, hewhew.


-End the written while listened to : Aiuchi Rina – Koi wa Thrill, Shock, Suspense [Detective Conan – Opening 08]-


"Watch me. I'm better than Yuuki" say Zero. Kyaaaaa~ XD


Post a Comment