AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, January 23, 2017

[Review: Anime] Tactics, Zombie-Loan, and Tsubasa Chronicle


Hi all! Soon I will get really busy (plus really lazy, haha XD), so aku decide nak combine a few anime untuk review dalam satu post. Jadinya, untuk review kali ni dan seterusnya akan jadi lebih pendek dari kebiasaannya. Tak banyak yang berubah dari segi pengstrukturan, tapi ianya lebih ringkas dan banyak selitkan elemen bebas. But, in case aku ada masa free yang panjang dan Cik Rajin datang, mungkin boleh buat review penuh kot. Pray so that Cik Rajin always comes to visit me, XD.



TACTICS
Genre: Historical, Supernatural, Detective, Drama
Episode: 25
Sumber: Komik (oleh Kinoshita Sakura & Higashiyama Kazuko)
Studio: Studio DEEN
Tahun Disiarkan: 2004-2005
Star: 7/10
Fav Character: None

Bertempat di Jepun pada Era Taishou, Tactics adalah mengenai Ichinomiya Kantarou, seorang penulis dan juga part-time exorcist yang mempunyai kebolehan untuk melihat youkai (makhluk halus) dan juga mystical beast. Kantarou mempunyai dua youkai yang menolongnya dalam kehidupan harian, dan juga ketika menjalankan tugasnya sebagai exorcist, iaitu Haruka (oni-eating tengu) dan Yoko (fox demon). Pada awal cerita, anime ni berkonsepkan episodic, tapi nak dekat akhir-akhir anime, jalan cerita lebih fokus pada Haruka yang nak tahu mengenai masa silamnya bila ingatannya kembali pulih.

Lega sangat bila aku tonton anime ni, ianya tak begitu membosankan, which is aku boleh habis dalam dua hari untuk 25 episod. Setiap episode mempunyai kes yang berlainan. Boleh tengok macam mana Kantarou cuba selesaikan masalah berkaitan youkai. Ada unsur-unsur detective juga dalam anime, sebab sebelum cuba exorcist youkai, Kantarou biasanya siasat dulu kes tersebut. Dalam anime ni juga, kita boleh belajar banyak benda mengenai kisah dongeng Jepun. Selain tu, ada elemen yaoi sikit antara Kantarou dan Haruka. Tactics kurang babak aksi tapi lebih kepada mood-driven.

Terdapat enam watak utama dalam anime ni iaitu Kantarou, Haruka, Yoko, Edogawa Suzu, Sugino, dan Muu-chan. Kantarou, protagonist anime Tactics ni seorang yang bijak dan pandai memanipulasi orang lain. Haruka pula merupakan youkai yang paling kuat antara youkai-youkai dan mempunyai kebolehan untuk kawal petir. Yoko adalah youkai musang yang diberi nama oleh Kantarou. Yoko ni watak yang kelakar dan tak memboringkan. Dia suka sangat membebel dekat Kantarou dan concern dengan perbelanjaan isi rumah. Dah macam bini Kantarou pula, XD. Setiap episode akan muncul watak-watak baru, biasanya merupakan client Kantarou atau pun youkai yang perlu di exorcist.

Suasana dalam anime ni suram dan kurang warna yang vibrant, which is memang sangat sesuai dengan babak, dan mampu delivery mood kepada penonton. Both opening dan ending sedap didengar, tapi aku skip je setiap episode, sebab aku rasa video opening dan ending  tak best, hehe. Bagi sesiapa yang minat penyiasatan tetapi ada unsur-unsur supernatural, you should watch this. Lagi-lagi settingnya masa zaman dahulu kala, memang menaikkan mood. Tapi jangan harap akan dapat best action scene dalam ni ya, sebab most of episode sangat kurang babak pertarungan, :D.



ZOMBIE-LOAN
Genre: Supernatural, Action, Comedy, Mystery
Episode: 13
Sumber: Komik (oleh Peach-Pit)
Studio: Xebec M2
Tahun Disiarkan: 2007
Star: 3/10
Fav Character: None

Actually anime ni dah lama aku tengok, dalam lima tahun lepas kalau tak silap. Dan sebab dulu aku punya hard disk tiba-tiba rosak (wuwuwuwu T_T) semua anime dalam tu hilang and tak boleh retrieve. Meroyan jugalah masa ni, haha. Berkat kesabaran yang tinggi, aku berjaya kumpul balik kebanyakan anime yang aku sayang dan rasa nak tengok lagi. And because Zombie-Loan tak tersenarai dalam tu, so aku tak adalah nak download balik. Dan, sebab dah lama aku tengok, aku lupa most of it! (=.=’)  Tapi tak apa, sis cuba okay, sis cuba. Hewhew.

Zombie-Loan ni mengisahkan tentang Kita Michiru, seorang gadis istimewa yang mempunyai Mata Shinigami (Death Reaper Eye), yang membolehkan dia melihat rantai berwarna gelap di leher orang lain. Rantai ni pula bermaksud yang kematian menghampiri orang tersebut. Semakin gelap warna rantai tu, semakin dekat dia dengan kematian. Bila rantai berubah jadi warna hitam, orang tersebut mati.

Akatsuki Chika dan Tachibana Shito adalah pelajar lelaki dalam kelasnya dan kedua-duanya mempunyai rantai berwarna hitam di leher mereka. Yang mengejutkan Michiru adalah mereka berdua tak mati. Tetapi sebenarnya Chika dan Shito dah mati dalam kemalangan, tapi mereka berdua made a deal dengan sebuah loan office yang dipanggil Zombie-Loan. Untuk membayar hutang mereka, Chika dan Shito perlu memburu zombie untuk loan office tersebut. Bila Michiru terlibat dengan mereka, kehidupannya menjadi lebih rumit.

Aku sebenarnya dah lupa kenapa aku nak sangat tengok anime ni (ampunkan sis, T_T), tapi yang aku ingat aku tak rasa enjoy pun masa tengok. Konsep cerita menarik, tapi aku tak dapat dan tak faham apa yang cuba disampaikan. Dan sebab anime ni cuma ada 13 episod, so tak ada character development. Too much mystery about Chika, dan latar belakang keluarga Shito sangat rumit dan tak boleh nak di explain dalam beberapa episode. Ending pun tak best. Cuma kadang tu adalah scene kelakar yang buat aku gelak sikit. Sikit je. So yeah, 3 out of 10 stars.



TSUBASA CHRONICLE
Genre: Fantasy, Romance, Action, Comedy, Shounen
Episode: 52
Sumber: Komik (oleh CLAMP)
Studio: Bee Train
Tahun Disiarkan: 2005-2006
Star: 7/10
Fav Character: Fay D. Flourite

Those yang minat manga dan anime oleh CLAMP mesti minat Tsubasa Chronicle kan? Lagi-lagi bila watak-watak dalam siri ni adalah gabungan dari watak-watak yang pernah digunakan oleh CLAMP dalam siri lain. Sebagai contoh, watak Syaoran dan Sakura yang merupakan watak utama anime Cardcaptor Sakura (KLIK SINI untuk review Cardcaptor Sakura), dan Ichihara Yuuko dari anime xxxHolic. Actually watak yang aku kenal dalam siri ni cuma watak-watak dari Cardcaptor Sakura je, sebab kebanyakan anime CLAMP yang lain dalam siri ni, aku tak tengok. Contoh terdekat, xxxHolic, hewhew.

Tsubasa Chronicle (tajuk komiknya Tsubasa Reservoir Chronicle) mengisahkan pengembaraan Syaoran dan Sakura ke dunia lain untuk mendapatkan semula memori Sakura dalam bentuk bulu burung yang tersebar ke dimensi lain. Pengembaraan mereka ditemani oleh Kurogane, ninja dari Dunia Jepun, dan Fay D. Flourite, ahli sihir dari Negara Celes. Kurogane telah dihantar oleh Puteri Tomoyo untk mencari kekuatan sebenar dia, dan menyumpah Kurogane yang mana kekuatan dia akan berkurangan sekiranya dia membunuh orang. Fay pula melarikan diri dari negaranya lepas dia mengurung rajanya, Ashura, dan berhajat untuk tidak kembali ke dunianya.

It’s kind of good to see Syaoran and Sakura again, and another characters of Cardcaptor Sakura, tapi ianya tak bagi vibe seperti Cardcaptor Sakura. Cardcaptor Sakura is full with sweetness and cute thing, manakala untuk Tsubasa Chronicle, it’s kind of plain. Watak Syaoran dalam ni nampak matang sangat, dan Sakura is a damsel-in-distress. Tapi yang bestnya, watak-watak dalam ni tak dibayangi langsung dengan watak mereka dalam original siri. It’s create a new character while use the same design. Masa awal-awal cerita rasa macam boring, and sometimes rasa mengantuk tengok.

But it’s okay, since kecomelan Fay mengubat rasa ngantuk ni, haha. Tapi sebenarnya rasa kecewa sangat sebab aku tak dapat nak tengok kuasa sebenar Fay, sebab aku rasa dia ni magician yang kuat tau, sampai boleh kurung raja dia sendiri. Ke kena baca manga dia baru tahu kuasa sebenar? Ala, ala, alaaa. Anime yang ada sekarang ni pun tak tertengok-tengok, nak kena baca manga pula, hewhew. Overall enjoy juga Tsubasa Chronicle ni, dan setiap dua or tiga episode, diorang akan mengembara ke dunia baru.


-End the written while listened to : OLCODEX - Lantana [Kuroko no Basket Season 3 - Ending 03] -


"Bye-bye!" Kawaii Kantarou, XD


Post a Comment