Just
finish this a few days ago, and decide nak buat review terus sementara banyak
masa free ni. Kalau lengah-lengahkan, mahu aku lupa apa yang nak diulas nanti.
Hewhew. Aku jadi berminat nak tonton Taboo Tattoo disebabkan opening dia. As
you know, aku memang suka tengok video most top anime opening dan seangkatan
dengannya. So aku ada tengok video most top anime opening 2016, dan Taboo
Tattoo ada dalam senarai. Tengok macam best je, macam syok je anime ni. Hurm, mesti
anime pun best! Best ke? Errrr….
Genre : Action, Adventure, Military, Supernatural
Episode : 12
Sumber : Komik (oleh Shinjirou)
Studio : J.C.Staff
Tahun Disiarkan : 2016
Star : 6/10
Fav Character : None
CERITA
Akatsuka
Justice atau lebih gemar dipanggil Seigi adalah pelajar sekolah menengah biasa
yang mahir dalam seni mempertahankan diri yang diwarisi daripada datuk dan
ayahnya, dan mempunyai keinginan untuk melindungi mereka yang lemah. Bagaimana
pun niat baiknya memakan dirinya sendiri. Suatu hari, selepas menolong seorang
pengemis dari dipukul oleh sekumpulan penyangak, pengemis tersebut menghadiahkan
Seigi tatu ganjil di tapak tangannya. Sebelum sempat Seigi nak bertanya lebih
lanjut mengenai tatu ganjil itu, pengemis tersebut dah hilang dari pandangan.
![]() |
Seigi bertarung dengan Izzy |
Disebabkan
oleh tatu itu, Seigi terpaksa berada dibawah pengawasan agen khas tentera
Amerika, Bluesy Fruesy atau Izzy. Seigi juga menjadi buruan Kerajaan Selinistan
(Kingdom) atas arahan pemimpinnya, Puteri Aryabhata (Arya). Tatu tersebut sebenarnya
mempunyai kuasa besar yang mampu mengubah kuasa dunia. Mereka yang menggunakan
Tatu dipanggil Sealer, dan kebanyakan tatu memerlukan pencetus (trigger) untuk
mengaktifkan tatu mereka. Contohnya Izzy yang menggunakan kapur (chalk) sebagai
trigger tatunya. Tapi terdapat empat tatu yang tak memerlukan pencetus
(triggerless) yang mana digunakan oleh Seigi, Puteri Arya dan Blood Blackstone
(BB).
Cerita
Taboo Tattoo ni adalah basic shounen dalam dunia anime. Budak lelaki biasa
berjumpa dengan perempuan yang agak gila-gila dan ada kuasa supernatural yang
hebat. Dah macam biasa je kita dengar kan? (Tetiba teringat Bleach pula, XD).
Aku tak pernah baca manga dia, tapi aku rasa boring lah cerita ni. Permulaan
cerita menarik tau sebenarnya, tapi sampai pertengahan macam tak ada feel
langsung. Tatu pun tak digambarkan dengan jelas tau true form dia. Aku punyalah
sampai dekatkan mata kat skrin punya nak tengok bentuk sebenar. Dan lagi tak
bestnye, too much fan service and erotic scene from girls. Fight scene pula,
yang memang impress aku just fight scene between Seigi and Izzy. Yang lain
macam ke laut je. Hewhew.
WATAK
![]() |
Watak Utama |
Benda
pertama yang mengganggu aku mengenai watak dalam Taboo Tattoo adalah nama
mereka. There have a lots of weird character’s names! Akatsuka Justice, Bluesy
Fruesy, Lisa Lovelock, Blood Blackstone. Nama-nama antagonist pula macam
kedengaran macam bahasa hindu/tamil/Sanskrit. Sebab aku tak berapa nak tahu
bahasa-bahasa tersebut, so aku tak adalah rasa pelik sangat. Did they try
really hard to create a name? Yes, mangaka maybe nak tunjukkan kelainan atau
nama yang senang nak ingat, but this too much easy. Haha. But it’s okay. Small
matter je benda ni. ;)
Watak
utama dalam siri ni adalah Akatsuka Justice @ Seigi (means “justice” in
Japanese). He is basic shounen character. Nothing special about him melainkan
mahir dalam martial art. Aku tak dapat rasa watak main character dari dia ni.
Okaylah, he is a kind boy yang sentiasa cuba untuk menegakkan kebenaran dan
membantu orang lain. Dia dikatakan dapat nama Justice tu sebab ibu bapanya ada
idea pelik masa dia lahir. Kuasa tatu Seigi adalah Void Maker yang membolehkan
dia cipta lubang hitam dan sembuh dengan cepat jika cedera. Lepas kematian
Touko dan BB, Seigi berubah dan jadi seorang pendendam dan hanya mahu membunuh
Puteri Arya. Hurmm, overall, watak dia ni memboringkan.
![]() |
Izzy usik Touko. |
Bluesy
Fruesy or Izzy, adalah anggota tentera Amerika berpangkat leftenan yang
menyamar ketika di Jepun untuk siasat mengenai tatu yang disebarkan di negara
matahari terbit ini. Masa mula-mula dengar nama dia, aku macam
“what-the-heck-is-that-name?” XD. Serabut dengar. Nasib panggilan Izzy. Kalau
Bluesy ke, Fruesy ke, aku nak baling bantal kat skrin. Hahaha. Walaupun
penampilan Izzy ni macam pelajar sekolah menengah, dia sebenarnya lagi tua dari
penolongnya, Tom disebabkan kesan khas daripada penggunaan tatu tersebut. Lepas
bertarung dengan Cal Shekar dan Puteri Arya, Izzy kehilangan sebelah tangannya,
which make me so sad. Kenapa mesti potong tangan dia? Dia heroin kot. Sobsob.
Dalam episode 11 ke 12 (aku tak ingat, XD), kisah silam Izzy mula dibongkarkan
sedikit. Siapa dia yang sebenarnya. Tapi tak banyak pun, maybe in next season
akan dibongkarkan lebih lagi.
Watak
yang aku rasa tak perlu ada dalam siri ni adalah Ichinose Touko, sebab dia
sangat mengganggu perkembangan watak Seigi. Aku jadi rimas tengok bila Seigi
nak ke mana-mana dia mesti nak ikut, apa rahsia Seigi, dia mesti nak tahu. Sehingga
dia terlibat sekali dalam pertarungan tatu ni. Dia mati pun sebab buat stupid
decision bila mana, Tom dah ajak naik helicopter, tapi dia still nak patah
balik cari Seigi sebab tak percaya dengan janji Seigi. In the end, dia mati
kena makan dengan Iltutmish dalam bentuk raksasa. Tapi bila dia dah tak ada,
aku pula yang rasa sedih. WTH, XD.
![]() |
Don't speak about my age, you STUPID DUMBASS!!! XD |
Tom
Shredfield pula adalah watak yang banyak menghidupkan sebahagian babak dalam
Taboo Tattoo. Tom ni pada mulanya aku ingat orangnya serius je, sekali rupanya
tentera yang minat dengan moe characters. Siap kumpul figure lagi. Dan dia
memang sangat kelakar, tak padan dia tu tentera, haha. Dia lah juga character
yang selalu buat memek muka bodoh dan kelakar. Paling tak boleh blah, masa on
the way nak pergi bertarung dengan Puteri Arya dan orang-orang bawahannya, dia
buat memek muka terkejut yang kelakar bila mana kawan baiknya, Tamaki Souha
cakap dia dah bertunang dan ada kehidupan normal. Dia terkejut sebab Tamaki ni
pun seorang otaku macam dia juga. Haha.
Watak
antagonist yang paling menyerlah dalam siri ni adalah Puteri Arya dan Cal
Shekar. Masa mula-mula Puteri Arya muncul, aku dah pelik. Cerita ni ada kaitan
dengan Fate Stay Night ke sebab rupa Puteri Arya ni sebiji macam rupa Tohsaka Rin,
haha. Gaya rambut dia lah yang paling ketara sekali. Cuma Rin bukannya seorang
yang pervert macam Puteri Arya, XD. Cal pula ditunjukkan sebagai seorang yang
mempunyai kemahiran pedang dan seni mempertahankan diri yang amat handal.
Walaupun tatunya dan dimusnahkan oleh BB, tapi dia masih lagi lawan yang
menggerunkan kerana dia fighter yang hebat tanpa perlu menggunakan kuasa tatu.
ANIMASI
Bagi
aku, anime berunsurkan aksi perlu mempunyai animation yang cantik dan smooth. Animasi
yang dihasilkan oleh J.C.Staff untuk anime Taboo Tattoo ni pada mulanya memang
menarik perhatian aku, lagi-lagi masa babak pertarungan Seigi dan Izzy. Babak
pertarungan yag lain pun okay je, tapi aku rasa macam kurang rencahnya.
Overall, it’s okay. Good job J.C.Staff! :D
MUSIC
OPENING
|
ENDING
|
May’n – Belief
|
TRIGGER [Izzy & Touko (CV: Komatsu Mikako &
Anzai Chika)] – EGOISTIC EMOTION
|
Opening
anime ni sedap lepas aku dengar berkali-kali, haha. May’n selalunya tak
mengecewakan. Untuk ending pula, melodinya catchy, walaupun ada rentak rock
sikit. Sedap sebagai halwa telinga, tapi aku tak berapa minat nak dengar
selalu, hewhew.
KESIMPULAN
Taboo
Tattoo ni bermula dengan sangat baik, yang memang buat kau rasa excited sangat
dan tak sabar nak terus lompat episode seterusnya, tapi jangan letak harapan
tinggi sangat ya. Sebab pertengahan dan endingnya tak seperti yang diharapkan.
Tak semua watak, but a fews yang mampu menjadikan certain babak sangat best. Oh
ya, beware of a lot of nudity and erotic scenes guys. Seriously, apa yang
bestnya letak banyak-banyak scene macam tu. Hurmmm.
-End the written while listened to : TWICE –
Cheer Up-
![]() |
Bye-nyaaa~! Nyaaawwwwww. |
No comments:
Post a Comment