AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, December 25, 2016

[Review: Anime] Gakusen Toshi Asterisk


Aku tengok Gakusen Toshi Asterisk dalam dua minggu lepas, and habis dalam masa dua hari. Ingatkan nak terus buat reviewlah kononnya, tapi sebab balik kampung dan busy sikit dalam masa dua minggu ni, niat tu terpaksalah aku lupakan. Hewhew. Just a slight of warning. This anime contain so much of HAREM scene. Rasa macam setiap episode ada scene naked body, blerghhh. Aku pun terkena, hampeh tol. Haha.
 

Genre : Action, Romance, Harem
Episode : 24 (Season 1 – 12/Season 2 – 12)
Sumber : Light Novel (oleh Miyazaki Yuu)
Studio : A-1 Pictures
Tahun Disiarkan : 2015-2016
Star : 8/10
Fav Character : Amagiri Ayato, Julis-Alexia von Riessfeld, Claudia Enfield


CERITA
Sebelum review mengenai jalan cerita dia, meh aku terangkan dulu dunia fiksyen dalam Gakusen Toshi Asterisk. Satu bencana besar dikenali sebagai Invertia telah memusnahkan kebanyakan bandar-bandar utama dunia, dan menyebabkan kuasa individu negara mula jatuh. Ini memberikan peluang kepada conglomerate yang dikenali sebagai Integrated Empire Foundation (Tougou Kigyou Zaitai) untuk ambil alih tampuk kepemimpinan. Sejak beberapa perniagaan menjadi pusat kuasa dunia, etika dan sensibilities semuanya berubah, seperti orang ramai menjadi kejam dan hanya pentingkan keputusan dan keuntungan, tak kira apa atau siapa yang perlu dimusnahkan untuk mencapai matlamat mereka.

Tapi, dalam masa yang sama Invertia memberikan dunia potensi baru. Bencana Invertia menyebabkan “mana” (unsur baru meteor) ditemui di beberapa lokasi sekitar dunia. Mana kemudiannya digunakan dalam teknologi dalam pelbagai cara, termasuklah dalam penciptaan senjata tenaga futuristic dikenali sebagai Lux. Mana juga telah mengubah manusia. Spesis baru manusia wujud dan dikenali sebagai Genestella yang mempunyai kekuatan luarbiasa, ketangkasan dan stamina, serta aura yang dipanggil Prana. Walaupun semua Genestella mempunyai Prana dan boleh gunakannya untuk tingkatkan kebolehan bertarung mereka, sejumlah kecil dari mereka boleh menghubungkan Prana kepada kuasa berbeza. Individu ini dipanggil strega (perempuan) dan dantes (lelaki).

Kepulauan Rikki @ Asterisk

Disebabkan Genestella lebih kuat daripada manusia biasa, mereka secara tidak langsung didikriminasi oleh orang ramai kerana ketakutan yang ada dalam diri mereka. Untuk elakkan diskriminasi tersebut, ramai Genestella telah pergi ke Rikka atau lebih dikenali sebagai Asterisk, kepulauan yang mempunyai enam buah akademi; Seidoukan Academy, St. Galahadsworth School, Jie Long Seventh Institute, Arlequint Academy, Le Wolf Black Institute, dan Queenvail Girls’ Academy, dan setiap satunya dimiliki oleh salah satu syarikat yang terdiri daripada Integrated Empire Foundation. Jika bukan sebab diskriminasi pun, mereka pergi ke Asterisk untuk menyertai Festas, sebuah pertandingan untuk Genestella, yang mana pemenang akan diberikan peluang untuk mendapatkan satu keinginan yang mereka hajati.

Tu semua hanya synopsis mengenai dunia fiksyen Gakusen Toshi Asterisk. Now kita beralih pula pada cerita sebenar dalam anime ni. Panjang betul pengenalan latar belakang. Haha. Gasak je lah, XD. Okay, Amagiri Ayato merupakan seorang Genestella yang mendaftar di Seidoukan Academy, akademi yang mempunyai ranking ke-5 di Asterisk. Tujuan utama Ayato daftar masuk akademi ni adalah untuk mencari dan menyiasat punca kehilangan kakaknya, Amagiri Haruka. Dalam masa yang sama Ayato mencari sebab untuk dia bertarung. Pada hari pertama dia masuk akademi, dia terserempak dengan puteri Julis-Alexia von Riessfeld dalam insiden memalukan. Ayato kemudiannya dipaksa untuk bertarung dengan Julis. Pertarungan tersebut bagaimanapun dibatalkan oleh student council president, Claudia Enfield. Claudia kemudiannya membawa Ayato pergi untuk siapkan paperwork untuk pendaftaran pelajar baru.

Ayato bertarung dengan Julis

Jalan cerita Gokusen Toshi Asterisk sangat best dan menarik sebenarnya. Betul tak tipu. Niat asal Ayato adalah untuk siasat punca kehilangan kakaknya, tapi lepas selamatkan Julis dan bertarung bersama-sama, Ayato berpendapat yang dia perlu ada disamping Julis, dan membantu Julis dalam pertandingan Phoenix Festas. Dan dalam masa yang sama boleh cari petunjuk mengenai kakaknya. Selain Julis, ada seorang lagi pelajar perempuan yang inginkan Ayato sebagai pasangannya dalam Phoenix Festas, iaitu kawan lama Ayato, Sasamiya Saya. Tapi sebab Ayato buat keputusan untuk bergandingan dengan Julis, Saya terpaksa cari orang lain, dan kemudian memilih Toudou Kirin sebagai pasangannya.

Masing-masing menyertai pertandingan ini dengan sebab tersendiri. Julis bertanding kerana ingin mengubah hidup rakyat dan negaranya, manakala Saya dan Kirin bertanding sebab pertahankan maruah bapa mereka. Babak paling best dalam anime ni adalah babak pertarungan (OMG my favorite scene!). Memang tak sia-sia aku habiskan dua hari tengok, memang mantap gila! Melekat mata aku kat skrin tak berpaling. Haha. Dan babak pertarungan yang paling best adalah masa Ayato dan Julius menentang Li Shenyun dan kembarnya Li Shenhua dari  Jie Long Seventh Institue, serta ketika Ayato/Julius menetang AR-D/RM-C dari Arlequent  Academy. Dua babak ni berkali-kali aku tengok. Masa Julius kena serang berkali-kali dengan Shenyun, aku rasa nak cepuk je muka Shenyun tu. Kejam sangat. T_T

The cruel and sadist twin of Jie Long Seventh Institue.

Senjata yang digunakan dalam anime ni dipanggil Lux. Tetapi senjata yang istimewa dipanggil Ogre Lux. Untuk menggunakan Ogre Lux, pelajar perlu mempunyai compatibility lebih dari 80% dengan Ogre Lux. Ogre Lux juga mempunyai kemahuan (will) sendiri. They can reject people yang diorang tak suka. Dalam group Ayato, cuma Ayato dan Claudia saja yang guna Ogre Lux. Ogre Lux Ayato dipanggil Ser Vesta, manakala Claudia pula adalah Pandora, yang mana membolehkan dia melihat masa depan ketika bertarung. Lux ni ada pelbagai jenis, macam laser blade and gun. Julius guna Lux bentuk seperti laser blade yang dipanggil Aspera Spina, manakala Saya guna Lux jenis gun yang direka khas oleh bapanya untuk dia. Kirin pula tak guna Lux langsung, just guna pedang dipanggil Senbankiri semata-mata, dan kebolehan lighting speed untuk kalahkan lawannya.

Senjata yang paling aku suka adalah senjata Saya, iaitu 41-type Lux - Twin Particle Cannons Waldenholt, yang dia guna masa dalam Phoenix Festas. Okay, aku admit yang aku bukannya tahu sangat pun jenis-jenis gun ni. Hewhew. Aku suka sebab nampak cool je. Benda tu nampak macam berat sebab besar kan, tapi macam mana Saya boleh guna untuk bertarung? Dia ada buat latihan angkat berat ke apa? XD. Seronok bila dia kumpul dan lepaskan waveshock tu. Tapi kelemahan gun yang ni, ianya mempunyai masa yang diperlukan untuk pengumpulan semula tenaga sebelum boleh digunakan lagi. Dan mempunyai limit, rasa dua ke tiga kali macam tu untuk lepaskan tembakan. So, tak boleh guna forever lah. But, it’s still cool. :D

Saya and her gun, 41-type Lux - Twin Particle Cannons Waldenholt

Apa yang aku tak suka pasal anime ni, adalah HAREM. HAREM HAREM HAREM. Dah bunyi macam “haram” pula. Hahaha. Aku ni innoncent tau, sampai hati kau tayangkan kat aku babak-babak naked body itu. Hewhew. :’(


WATAK

Watak Utama

Watak yang paling aku suka dalam ni adalah Ayato, Julius dan Claudia. Ayato ni bagi aku sangat cool, baik dan seorang yang gentleman. First impression aku adalah yang dia ni nampak je dari luaran lemah, tapi sebenarnya sangat kuat. Guess what, I’m right, XD! Masa permulaan siri, Ayato nampak tak guna 100% kuasanya. Tapi masa bertarung dengan Silas Norman, dia gunakan 100% kuasanya, tapi tak lebih dari lima minit je. Lepas tu dia pengsan dalam kesakitan. Puncanya sebab kakak dia gunakan Imprisonment Power ke atas Ayato yang menyebabkan sebahagian besar kuasa Ayato disekat. So kalau guna lebih than five minutes, dia akan merasa sakit dan pengsan. Dalam Phoenix Festas, ketika bertarung dengan pasangan Shenyun/Shenhua, Ayato dapat buka kunci kedua yang mengikat kuasanya dan membolehkan dia guna 100% kuasanya dalam masa sejam. Cool sangat tau dia masa bertarung, walaupun muka jambu sikit, haha.

Aku suka Julius sebab dia bukan heroin air mata, cantik, kuat dan tegas. Title sebagai seorang puteri dari negara Lieseltania bukanlah tiket untuk guna jalan mudah dalam mendapatkan apa yang dia inginkan, malah dia lagi suka kalau dilayan seperti orang kebanyakan. Julis merupakan pelajar ranking ke-5 di Seidoukan Academy, juga dikenali sebagai Gluhen Rose. Nama penuh Julis adalah Julis-Alexia Marie Florentia Renate von Riessfeld. Julis sangat mesra dengan Ayato, tetapi menjarakkan diri dengan pelajar lain. Tapi sebab dia rapat dengan Ayato, secara tak langsung dia turut berkawan dengan Claudia, Saya dan Kirin. Walaupun Julius seorang yang tegas, dia sebenarnya sangat baik. Masa kecil dulu, dia selalu curi-curi keluar untuk pergi ke rumah anak-anak yatim di gereja. Julius sangat sayangkan rumah anak-anak yatim tu dan merupakan sebab utama dia bertanding dalam Phoenix Festas.

The Dark Claudia

Claudia pula adalah seorang yang misteri. Yep, dia sangat misteri. Walaupun merupakan student council president, dan selalu tersenyum ceria, dia sebenarnya mempunyai rahsia hitam yang langsung tak diketahui oleh sesiapa pun. Claudia merupakan pelajar rangking ke-2 dalam Seidoukan Academy, dan juga dikenali sebagai Master of Thousand Eyes. Bagi aku, Claudia ni seorang yang terlalu open, lagi-lagi dengan Ayato bila mana dia boleh je pakai baju tidur atau jubah mandi depan Ayato. Nasiblah Ayato jenis suka mengelak. Fuhhhhh. Aku sebenarnya tak sabar tau nak lihat the real Claudia, tapi hampa. They just show a little bit only. Tapi yang menyedihkan, hari-hari Claudia mimpi dia mati, disebabkan oleh Ogre Lux dia, Pandora. Ngeri weh. Claudia ni kira kental juga hati dia. Hewhew.

Tak banyak yang aku nak tulis tentang Saya dan Kirin. Saya ni rupanya macam orang mengantuk sikit. nak bercakap pun macam malas je. Haha. Gaya cakap dia tu annoying betul. Aku yang pemalas pun tak cakap macam tu tau, XD. Kirin pula, comel sangat. Walaupun umur 13 tahun, tapi fikiran matang. Kalau dia rasa malu, lagi nampak comel. Apa pun yang dia buat memang comel lah. Haha. Tapi masa bertarung, berubah terus wajah comel itu. Masa kena marah dengan pakcik dia, rasa kesian sangat. Rasa nak peluk-peluk je bagi rasa tenang kat hati dia. Pastu aku nak ketuk pakcik dia. Budak tu tak buat salah apa pun nak marah melangit, huh! Huishhh, emo betul aku. Hahaha.

Si comel Yabuki

Lagi watak yang misteri adalah kawan sebilik Ayato, Yabuki Eishirou. Mula-mula aku just nampak dia sebagai pelajar biasa-biasa je. Tak ada rasa yang dia ni seorang yang misteri. Tapi rupa-rupanya Yabuki ni adalah anggota Shadow Star, kumpulan polis rahsia yang bekerja untuk Integrated Empire Foundation. Dia selalu berhubung dengan Claudia bila nak siasat sesuatu benda. Yang aku tak boleh terima, muka dia terlalu comel untuk jadi anggota polis rahsia. Haha. Sebab selalu kan yang jadi polis ni muka kacak, cool dan penuh serius je. Amboi fantasi aku, bukan main lagi, XD.


ANIMASI
Art style yang dihasilkan oleh A-1 Pictures sangat menarik dengan penggunaan vibrant color. Animasi masa bertarung pun smooth dan tak nampak macam guna frame dalam jumlah yang sikit. Yang penting semua aku puas hati, :D. Kecuali HAREM.


MUSIC

OPENING
ENDING
1. Nishizawa Shiena – Brand-new World
2. Nishizawa Shiena – The Asterisk War
1. Sakamoto Maaya – Waiting for The Rain
2. Chisuga Haruka – Ai no Uta

Aku suka sangat dengan dua-dua opening Gakusen Toshi Asterisk. Memang favorite genre aku. Video opening pun sangat best dan selalu aku ulang-ulang. Gitulah perangai aku bila dah hook with something. Memang ulang-ulang je kerjanya, haha. Untuk ending pula, first ending ada unsur balada, dan second ending pula, berunsurkan pop. Both nice for listening. Sesuai untuk mereka yang suka lagu rentak perlahan. :D


KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, aku bagi 8/10 bintang. Semua okay, semua mantap, semua best. Tapi tak puas hati sebab ada harem. Kalau tak aku dah bagi 9/10 dah, XD. Hope adalah sambungan lagi. Aku nak sangat tengok more of The Dark Claudia, the cute secret police Yabuki, dan Ayato in his perfect form. :D


-End the written while listened to : LiSA – Crossing Field [Sword Art Online Season 1 – Opening 01]-


"Listen girl, Ayato is MINE!" says Saya, XD. Jaa naa~


Post a Comment