AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, December 1, 2016

[Review: Anime] C : The Money of Soul and The Possibility Control


Sebelum korang nak tengok anime C : The Money of Soul and The Possibility Control ([C]) ni, penuhkan dulu ilmu ekonomi dan kewangan dalam dada korang. Atau pun kalau tak ambil dua subjek ni, boleh baca baca info mengenai term ekonomi dan kewangan untuk memudahkan korang faham plot [C] ni. Sebab siri ni dibuat berdasarkan bidang ekonomi dan kewangan, dan juga berdasarkan pengalaman sendiri pengarah yang mengalami kesan daripada kes “bankruptcy of Lehman Brothers” (krisis kewangan 2007-2008). Actually aku pun baru je habis tengok anime ni. So aku nak buat review terus supaya aku tak lupa apa benda yang aku nak ulas nanti. Hewhew.

Genre : Action, Sci-Fi
Episode : 11
Sumber : Original
Studio : Tatsunoko Production
Tahun Disiarkan : 2011
Star : 6/10
Fav Character : None


SINOPSIS
[C] ni mengisahkan Yoga Kimimaro, seorang pelajar jurusan ekonomi, yang diperkenalkan kepada Financial District (Daerah Kewangan) oleh makhluk misteri, Masakaki, yang mana orang ramai mempertaruhkan masa depan mereka dalam pertarungan yang dipanggil “Deal”. Entre (term untuk fighter) boleh kumpul sejumlah wang yang banyak dengan memenangi Deal, tapi akan bertukar masa depan jika mereka kalah. Entre ni mempunyai pasangan yang dipanggil Asset. Asset mengambil bentuk seakan-akan masa depan Entre (dalam kes Mikuni Shouichirou, Q mempunyai rupa seperti adik kandungnya yang koma). As the story proceed, Kimimaro bertemu dan bertarung dengan beberapa Entre yang lain termasuk Mikuni, lelaki yang nak memiliki Tokyo’s Financial District, dan Jenifer Sato, wanita yang menyiasat misteri Financial District.

Masakaki invite Kimimaro untuk bertarung di Financial District.

[C] ni unik tau, sebab mengetengahkan bidang ekonomi sebagai konsep utama siri ni. Bagi aku yang dulunya pernah ambil subjek asas economy and financial, bukannya mudah untuk cuba masukkan elemen ekonomi dan kewangan dalam jalan cerita (melainkan author anime ni memang genius). Terma dia pun agak sukar nak faham sebenarnya. Tapi, satu benda yang aku faham, bila buat pelaburan (dalam anime ni, Deal), kena berani tanggung risiko either you gain or you lost. Dan sememangnya benar, sekiranya ekonomi merundum, ianya memberi kesan kepada individu, atau keluarga, atau syarikat or sesebuah negara. Bila dah masuk dalam Financial District, there’s no option to be out. Kebanyakan mereka yang terpilih masuk ke district ni adalah mereka yang memerlukan wang, either orang kaya or miskin.

Unik memang unik, tapi terdapat banyak kelemahan [C] ni. Too many unsolved things. Okay, antaranya adalah, siapa sebenarnya ayah Kimimaro? Kenapa Asset Kimimaro boleh sama dengan Asset ayah dia? Kenapa Kimimaro boleh ada vision pasal Mashyu ketika bayi, sedangkan Mashyu adalah Asset? Masakaki bertindak atas arahan siapa? Ending dia pun bagi aku kurang menarik sebenarnya. Yes, it’s happy ending, tapi, aku tak tahu pun apa jadi dengan Mikuni lepas kalah dengan Kimimaro, and what’s happen to Jennifer lepas dapat balik masa depan dia? Give me a hint at least! Jalan cerita banyak sangat lompong. Mungkin sebab anime ni ada 11 episod je, kalau dipanjangkan lagi mesti boleh develop plot yang lagi menarik. Pada awal-awal episode pun sebenarnya agak boring (aku tengok anime ni sampai 2 minggu baru habis, XD). Slow and not so interesting. Lagi benda yang menghampakan adalah, siri ni bagi “battle action game” vibe. Tapi mana action tu? Mana? Mana? Hurm. Can’t feel it at all.


WATAK

Watak Utama

Watak di design dengan mempunyai muka yang luas dan mata berbentuk seperti giant almond, which is for me, it’s rare. Watak pun banyak fokus pada Kimimaro, Masyhu and Mikuni. Aku pula teringin sangat nak tengok watak Jennifer dan Q dikembangkan lagi. Kebanyakan watak tak berapa menonjol, even they have great Asset. Dan bagi aku, watak untuk Starling Guide pun macam tak membantu je, and so annoying. Masakaki pula pada aku, watak yang paling creepy. Too much mystery about him. Tiba-tiba muncul, tiba-tiba hilang. Dengan make-up ala-ala opera cina lagi, XD.

Kimimaro direka supaya nampak seperti orang biasa, tapi menonjol dalam cara yang unik. Dia selalu nampak pakai sweater warna biru yang mana contrast dengan warna background. Kimimaro yang kehilangan ayahnya, dan kematian ibunya pada usia muda dibesarkan oleh makciknya di kampung. Dia bercita-cita untuk mempunyai kehidupan yang normal dan stabil. Dalam Financial District, Kimimaro sebagai Entre dipasangkan dengan Masyhu, Asset yang mempunyai bentuk seperti budak perempuan dan ada tanduk warna merah. Kebolehan Masyhu adalah serangan berasaskan api.

Masyhu and her favorite food.

Masyhu ni walaupun hanya Asset, tapi mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Contoh, bila dia nampak Kimimaro makan mi segera, dia pun teringin nak rasa dan jadi makanan favorite. Another example, bila dia ternampak adegan cium mulut masa tonton tv dengan Kimimaro, dia nak juga try kiss macam tu kat Kimimaro. Dia juga rasa pelik bila Kimimaro cuba untuk lindungi dia, tak seperti Entre lain yang menggunakan Asset mereka just untuk keperluan bertarung. In the end of story, Masyhu dilihat jatuh hati dengan Entre dia, dan sebelum hilang bersama Tokyo’s Finacial District, dia sempat kiss Kimimaro.

Mikuni boleh dikatakan sebagai antagonist dalam siri ni walaupun pada mulanya dilihat seperti seorang protagonist kerana simpan matlamat untuk selamatkan Jepun daripada hilang ditelan [C]. Tapi tujuan utama Mikuni adalah untuk kekalkan “present” (masa sekarang) supaya adiknya yang koma tak pergi selama-lamanya dari dia. Sebabkan itu, dia tak kisah korbankan masa depan orang lain khas untuk adik dia. Mikuni ni dalam dunia reality merupakan orang berpengaruh dalam kerajaan dan pasaran kewangan Jepun. Mikuni terjebak dengan Financial District lepas ayah dia batalkan penerbangan adiknye ke USA untuk dapatkan rawatan disana, dan sebabkan adiknya koma.

Q yang creepy

Dalam anime [C] ni, Mikuni ada tiga jenis Asset, tapi Asset sebenar dia adalah Q. Q nampak seperti budak perempuan bertanduk yang macam malas-malas dan sering dimanjakan Asset lain, serta selalu makan duit Midas. Kuasa Q adalah Canibalism, yang mana masa bertarung dia akan makan Asset musuh. Actually, kebolehan Q ni creepy sebenarnya. Daripada Asset yang comel, terus jadi makhluk ganas bergigi taring masa battle. Creepy woi. Mujur tak termimpi-mimpi. Hewwww.

Then there is Jennifer Sato, yang dihantar oleh International Monetary Fund (IMF) untuk siasat Financial District, dan jadi Entre di Tokyo. Masa mula-mula, Jennifer tak nampak seperti main character pun, sebab tak banyak babak dia. Start dari tengah cerita, baru babak dia banyak muncul. Dia pun salah seorang yang cuba memancing Kimimaro untuk bekerjasama dalam menentang Mikuni daripada terus rampas masa depan orang lain. Dia bertarung dengan Mikuni untuk elakkan Mikuni dari pinjam lebih banyak duit Midas, tapi kalah dengan teruk. Sebelum diisytihar bankrupt, Jennifer sempat pindahkan Asset dia, George pada Kimimaro.


ANIMASI
Aku puji animasi yang dibuat oleh studio Tatsunoko Production ni, sebab ianya mempunyai art yang unik bagi menggambarkan Financial District. Walaupun berseni dan unik, namun art sebegini tak menarik minat aku, sebab mata aku ni nampak serabut je dengan warna yang ditonjolkan. Macam sama je semua warnanya. CGI yang digunakan pun tak blend sepenuhnya dengan karakter 2D dan background lain. Dari segi movement, tak tahulah kalau ni animasi bajet ke kan, tapi banyak macm kaku-kaku sikit. Battle scene pun kurang impaknya untuk action anime ni.

Jalan masuk ke Financial District. Sakit mata weh. T_T


MUSIC

OPENING
ENDING
Nico Touch The Walls – Matryoshka
School Food Punishment – RPG

Actually, agak kecewa sikit sebenarnya dengan opening oleh Nico Touch The Walls ni. Selalunya lagu-lagu dendangan group ni memang sedap dan jadi pilihan aku. Kalau pun first time dengar tak sedap, 2, 3 kali lepas dengar mesti aku dah mula nak cari-cari lagu nak download. Ni dah habis 11 episod pun aku still tak ada rasa nak download or humming the melody. Ending dia pun tak best, walaupun video ending menarik. Hurm.


KESIMPULAN
[C] adalah anime yang cuba ketengahkan konsep unik iaitu ekonomi dan kewangan, yang mana kita mengalaminya setiap hari. Jadi mungkin anime ni dibuat untuk beri kesedaran betapa ekonomi ni jika tak dikawal dan dirancang dengan betul, ianya memberi kesan pada bukan sahaja individu, malah negara dan juga seluruh dunia. Walaupun konsep menarik, tapi jalan cerita banyak lompong pun, it’s not worth to watch. Eh, tapi mana tau kalau korang tonton, it will be a worth things to know and learn. Ekonomi ni pun kena ambil tahu juga ya, sebab berkaitan kehidupan harian kita. Heee. Since I will not ever watching it again, I’ll give 6/8 stars.


-End the written while listened to : Nishizawa Shiena – The Asterisk War [Gakusen Toshi Asterisk – 2nd Opening]-


Masakaki says, "goodbye!"


Post a Comment