AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, November 26, 2016

[Review: Anime] Zankyou no Terror


Jarang tau aku nak tengok anime on season, sebab aku lagi suka tengok anime yang dah habis, download all episode  terus dan boleh tengok tak berhenti. Boleh habis 1 hari kot kalau 12 episod je. Aku pun tak ingat macam mana aku boleh terjebak nak tengok Zankyou no Terror ni, hurmmm mungkin aku bosan sangat tak ada anime nak tengok kot? Haha. Boleh jadi. Tapi Zankyou no Terror ni, walaupun kena tunggu tiap minggu, aku tak sabar langsung nak tunggu minggu depannya. Tak boleh nak sabar sebab nak tahu kesudahan cerita ni macam mana. Aih. Tu sebab suka download anime yang dah habis siaran. Hewhew.

Genre : Mystery, Thriller, Drama
Episode : 11
Sumber : Original
Studio : MAPPA
Tahun Disiarkan : 2014
Star : 8/10
Fav Character : None


SINOPSIS
Suatu hari bandar Tokyo dikejutkan dengan pengeboman oleh pengganas yang menggelarkan diri mereka “Sphinx”. Sebelum melakukan aktiviti pengeboman, Sphinx akan muatnaik video dan beri amaran kepada orang ramai. Pada mulanya, ramai yang ingat video itu hanya gurauan yang dibuat oleh remaja untuk meraih popularity. Tetapi ianya betul-betul terjadi mengikut masa yang telah diberikan oleh Sphinx. Pelbagai cara pihak berkuasa gunakan untuk jejak kumpulan Sphinx ni.

Nak dijadikan cerita, masa hari pengeboman tu, Mishima Lisa yang menyorok dalam tandas keluar untuk selamatkan diri dari tempat pengeboman. Masa nak turun tangga tu, dia terserempak dengan kawan sekolahnya yang baru berpindah, Hisami Touji yang sedang pegang anak patung warna pink. Hisami kemudiannya melemparkan anak patung tersebut pada Lisa, dan minta Lisa berjanji untuk tak lepaskan langsung anak patung tu sampai dia bagitau. Then dia keluar tinggalkan Lisa dalam bangunan.

Lisa dan anak patung

Lisa langsung tak lepas anak patung tu. A few minute later, Lisa dapat call dari nombor yng tak dikenali, rupa-rupanya call tu dari Hisami. Lepas Hisami sembang sikit, kawan subahat dia pula ambil giliran cakap dengan Lisa. Dari suara, Lisa tau suara tu adalah pelajar yang baru berpindah sama dengan Hisami, Kokonoe Arata. Kokonoe cakap dengan Lisa, dia cuma ada dua pilihan, iaitu mati dalam bangunan atau jadi rakan subahat diorang. Lisa pun terkejut diberikan hanya dua pilihan.  Dia teragak-agak untuk memberikan jawapan, tapi yang pasti dia tak nak mati. That’s means dia pilih untuk jadi rakan subahat. Lepas dengar keputusan Lisa, Hisami cepat-cepat pergi selamatkan Lisa yang masih dalam bangunan.

Bila dah termasuk dalam group Sphinx tu, Lisa belajar yang sebenarnya nama Kokonoe Arata dan Hisami Touji adalah nama samaran je. Remaja lelaki dua orang ni hanya mempunyai nama berdasarkan nombor, Nine dan Twelve. Diorang sendiri tak tahu nama sebenar diorang, sebab sejak kecil diorang dah ditempatkan dalam makmal eksperimen di tempat tersembunyi. Sejak tu Lisa jadi rapat dan tinggal sekali dengan diorang.

Lepas kes pengeboman Tokyo sebanyak beberapa kali, pihak berkuasa still tak dapat nak detect pengganas sebenar. Clue yang ada cuma video yang dimuatnaik sehari sebelum pengeboman. Usaha terakhir yang diorang buat adalah dapatkan bantuan FBI. FBI pula mengarahkan Five, seorang remaja perempuan di bawah NEST untuk beri bantuan dalam penyiasatan pengganas di Tokyo. Five ni pula dulunya pernah ada sejarah dengan Nine dan Twelve. Pelbagai cara dilakukan oleh Five walaupun melibatkan nyawa orang awam untuk menangkap Sphinx, lagi-lagi Nine.


WATAK

Watak Utama

Watak dalam siri ni lebih fokus terhadap Nine dan Twelve, kemudian Lisa, Detektif Shibazaki dan juga Five. Nine dan Twelve (termasuk Five) sebenarnya mangsa eksperimen sebuah organisasi (kerajaan rasanya). Kalau diikutkan, diorang ni sebenarnya tak wujud pun dalam mana-mana organisasi, hatta sebagai penduduk Jepun pun. Masa dalam makmal eksperimen, Nine dan Twelve berjaya melarikan diri, tapi Five tak berjaya lari sebab tersadung masa lari (kot). Jadi Nine dan Twelve pun membesar berdua dan buat plot sebagai pengganas untuk tarik perhatian umum.

Tak banyak yang aku dapat tahu tentang duo ni, segala-galanya misteri. Yang aku tahu, Nine ni sangat genius. Dia adalah perancang utama dalam pengeboman dan mempunyai personality yang dingin dan mostly nampak emotionless. Manakala Twelve pula lebih active dan outgoing, senang mesra dengan orang lain, dan boleh juga bergurau. Tapi kedua-duanya sangat pandai. Sehingga episode akhir, tujuan Sphinx mengebom Tokyo masih lagi tak diketahui, jadi banyak teka-teki bermain di situ.

Mulanya aku ingat watak Nine dan Twelve ni genuine terrorist. Tapi sepanjang aktiviti pengeboman, tak ada langsung kes yang melibatkan nyawa orang awam,malah pengeboman dilakukan dalam bangunan yang dah kosong. Video yang dimuatnaik oleh mereka sebenarnya memberi amaran kepada pihak berkuasa untuk kosongkan bangunan, so tiada innoncent people yang terlibat. Bila macam ni, aku fikir, diorang bukan suka-suka nak bom bangunan, tapi lebih kepada nak beri petunjuk pada polis. Walaupun jahat, tapi risaukan juga keselamatan orang lain.

Tempat persembunyian mereka diletupkan.

Okay, beralih pada Lisa pula. Lisa seorang pelajar perempuan sekolah menengah tinggi yang selalu sangat kena buli dengan pelajar lain. Pernah dia kena buli suruh terjun dalam kolam renang, tapi tak sempat, Twelve dan terjun dulu. Dalam episode pertama pun ditunjukkan yang Lisa selalu lunch dalam toilet. Lisa sebenarnya mempunyai masalah hidup sama ada di rumah atau di sekolah. Masalah itulah yang menyebabkan dia terdesak menjadi rakan subahat Sphinx. Walaupun begitu, Lisa dilihat lebih gembira bila dengan Nine dan Twleve berbanding bila dia di rumah dan di sekolah.

Pada awal cerita, Lisa nampak seperti pointless character. Macam tak ada guna pun letak watak Lisa dalam anime ni kalau nak fokus pada Sphinx sahaja. Tapi di pertengahan cerita, ditunjukkan sedikit demi sedikit yang watak Lisa sebenarnya mempunyai tujuan yang hanya Lisa boleh buat. Lisa adalah watak paling lemah dalam siri ni, tapi susah untuk benci dia. Sebab dia bukan watak lemah yang menangis-nangis bila rasa susah. Tapi lebih pada sifat tanggungjawab pada Nine dan Twelve. Kehadiran dia dalam kumpulan Sphinx banyak membantu memudahkan urusan mereka ketika merancang pengeboman.

Watak yang menonjol dalam anime ni.

Ada satu detektif, Shibazaki Kenjirou yang selalu teka dengan tepat apa yang cuba disampaikan oleh Sphinx. Dia ni dulu pernah bertugas di bahagian penyiasatan polis, tetapi diturunkan bertugas di bahagian rekod fail. Shibazaki adalah watak yang paling menonjol dalam Zankyou no Terror ni. Dari awal lagi dia dah tunjukkan minat dan skill dia dalam penyiasatan terhadap Sphinx. Shibazaki selalu teka dengan tepat tempat dan bila pengeboman bakal berlaku hanya berdasarkan video Sphinx, dan dapat ambil alih untuk sementara waktu kes pengeboman di Tokyo. Apa yang bagusnya, Shibazaki ni gali sampai ke lubang cacing untuk cari punca pengeboman tu, untuk tahu siapa dua remaja misteri berkenaan, dari mana asal mereka, apa hubungan antara pengeboman dan mereka, sehinggalah dia jumpa bekas-bekas menteri kerajaan yang dulu dan dapat tahu tentang eksperimen terhadap kanak-kanak yatim piatu.

Five adalah agent yang bekerja dengan NEST di bawah FBI untuk membantu dalam usaha penangkapan pengganas. Seorang master hacker dan juga mempunyai hubungan dengan Nine dan Twelve. Pada mulanya Five ni mampu untuk menghalang beberapa kegiatan pengeboman Sphinx, tetapi dia buat beberapa keputusan yang bodoh di pengakhiran cerita, dan bertindak untuk membunuh dirinya di hadapan Nine. Rupa-rupanya tujuan dia selama ni just nak bertemu balik dengan Nine. Five seorang yang sadis, dan sanggup membahayakan nyawa orang awam demi kepentingannya untuk tangkap Sphinx. Kemunculan Five sebenarnya menghangatkan lagi flow cerita ni dengan, ditambah dengan dendam yang ada terhadap Nine.


ANIMASI
Zankyou no Terror ni bukan action anime, ianya thriller anime and a little bit of drama and mystery. Tapi ada juga adegan kejar-mengejar kereta dan berlumba-lumba untuk hentikan bom. Animasinya cantik sangat, dan jarang ada static shot. Pergerakan banyak dan smooth je. Walaupun kurang vibrant color, tapi disebabkan temanya agak gelap sikit, so warna yang dipamerkan menaikkan lagi mood untuk tonton anime ni.


MUSIC

OPENING
ENDING
Ozaki Yuuki (Galileo Galilei) – Trigger
Aimer – Dare ka, Umi wo

Mula-mula aku tengok anime ni, aku dah bayangkan opening dia berentak hard rock nyanyian sama ada UVERworld or Spyair, tapi hampa, bukan rentak hard rock. Tapi slow rock, macam tak sesuai pula untuk anime genre thriller ni. Dengar macam bunyi-bunyi ballad sikit. Untuk ending pula, lagu yang dinyanyikan Aimer ni lagi jauh dari taste aku. Aimer nyanyi memang dah sedap, tapi lagu yang dia nyanyi tak sedap, T_T.   Tak sesuai tak sesuai.


KESIMPULAN
Kalau korang rasa nak tengok anime seakan-akan Death Note, Zankyou no Terror adalah jawapannya. Lebih kurang je ceritanya, ada polis, remaja yang genius dan penjahat yang sukar untuk ditangkap. Cuma ideanya yang menarik kat sini adalah dua orang remaja biasanya yang mempunyai identity pengganas yang digeruni orang ramai. It’s quite interesting tau. It’s provide us dengan intellectual thrills, yang membuatkan kita pun berfikir. Dengan animasi yang cantik dan smooth, this must be in your “must watch” list. Tolak OST yang tak berapa sedap untuk jadi halwa telinga aku, aku bagi 8/10 bintang. Oh, bintang yang aku bagi based on enjoyment aku je. Bukan secara teknikal, sebab aku sendiri bukanlah belajar benda-benda animation ni, so tak ada hak nak beri markah. ;)


-End the written while listened to : Wada Kouji – Break Up! [Digimon Adventure 02 OST – Evolution Theme]-


"Jumpa lagi!" - Sphinx


Post a Comment