AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Wednesday, November 23, 2016

[Review: Anime] Ore Monogatari!! (My Love Story!!)


Another romance comedy anime yang pasti membuatkan korang terawang-awangan dan tak bosan langsung! Okay, my first impression terhadap anime ni adalah it must be FUNNY! Romance tanpa comedy macam nasi tanpa kicap (peribahasa apa ni hahahahah XD). Ianya adalah rencah wajib. Tak ada, macam tak ummph. And the best thing is, heronya tak handsome langsung, sekali pandang macam gorilla (ampuunnnnnn) tapi sangat cool! Lain dari yang lain anime ni. Hehehe.

Genre : Romance, Comedy, Shoujo
Episode : 24
Sumber : Komik (Oleh Kawahara Kazune & Aruko)
Studio : Madhouse
Star : 8/10
Fav Character : Sunakawa Makoto


ULASAN
Ore Monogatari!! mengisahkan Gouda Takeo, seorang pelajar tinggi yang berbadan besar dan sasa, yang kurang bernasib baik dengan perempuan. Semua perempuan yang dia suka akan jatuh cinta kat kawan baiknya, Sunakawa Makoto (aku pun tersenarai XDDD), seorang yang menarik, kacak dan ada rupa. Tapi semuanya berubah bila Takeo selamatkan seorang gadis daripada kena raba dalam kereta api masa nak pergi sekolah.

Watak Utama

Selang beberapa hari, gadis tersebut, Yamato Rinko datang ke rumah Takeo untuk menyatakan tanda terima kasihnya, tetapi sebenarnya mempunyai niat yang lain. Actually Rinko dah jatuh cinta kat Takeo lepas Takeo selamatkan dia, sebab dia rasa Takeo cool sangat masa tu. Dia sanggup cari alamat rumah Takeo semata-mata nak jumpa Takeo. Comel je, hihihihi. Bila dapat nombor telefon dan email Takeo, hari-hari dia mesej Takeo. Mesejnya pula penuh dengan emoticon comel. Lepas tu selalu bakar kek untuk diorang.

Tapi Takeo ni salah faham. Dia ingat yang Rinko ni rapat dengan dia sebab nak couple dengan Suna. Bila setiap kali jumpa, mesti Takeo cerita tentang kebaikan dan kelebihan Suna. Satu hari, Rinko ajak Takeo keluar berdua tanpa Suna. Tapi dia still cerita pasal Suna je, sampailah Rinko menangis dan terus balik. Lepas jumpa Rinko, Takeo terus pergi rumah Suna. Dah cerita semua benda, Suna bagitau lah dekat Takeo yang Rinko sebenarnya suka dia. Takeo jadi blur sebab Rinko selalu tunjukkan tanda-tanda yang dia suka dekat Suna. Masa tengah sembang-sembang, tiba-tiba Rinko datang rumah Suna. Kelam-kabutlah Takeo nak menyorok (ok, part ni kelakar).

Untunglah Suna, Rinko bakar kek/biskut untuk Takeo, dia pun dapat merasa sekali XD

Dah menyorok tu, Rinko masuk and luahkan semua benda kat Suna. Masa Rinko cakap dia suka Takeo tu, Suna asyik suruh Rinko ulang-ulang je sampai Takeo keluar dari katil. Terkejut Rinko. Tapi Rinko tak lepaskan peluang then terus luahkan juga rasa hati dia kat Takeo. Takeo pun buat benda yang sama. Lepas tu kira rasmilah jadi couple. Yang tak boleh blah, diorang luah perasaan dalam bilik Suna. Tak ada tempat lain ke nak luah. Hahaha. Haih, nasiblah Suna ni jenis yang tak ambil kisah.

Siri ni tak fokus kat watak utama je, diorang  fokus kat watak lain juga. Contohnya Amami Yuuka yang dah lama jadi stalker Suna sejak dari tadika lagi, tapi Suna langsung tak perasan. Yang dia perasan, setiap kali Valentine Day, mesti dia akan dapat surat yang tak ada nama (walaupun surat gadis lain berlambak-lambak dalam locker dia hewhew). Cumanya dia tak tahu surat tu dari Yuuka. Yuuka ni comel, tapi seorang yang sangat pemalu, lagi-lagi bila dengan Suna. Yuuka ada juga luahkan perasaan dia dekat Suna, tapi kena reject. Tapi Suna rasa bersalah dan teruk bila dia tengok Yuuka menangis, tak macam gadis-gadis lain yang kena reject.

Takeo dan Rinko ada juga hadapi pelbagai ujian untuk pertahankan hubungan diorang, tapi tak terlalu extreme pun. Macam biasalah, ada orang ketiga yang suka diorang. Saijo Mariya yang juga kawan sekelas Takeo simpan perasaan kat Takeo lepas Takeo tolong dia dalam  latihan larian untuk Hari Sukan sekolah. Tapi dia pendam je rasa hati dia tu, instead dia panggil Takeo “Master”, walaupun dia nak sangat panggil nama Takeo.

Watak sampingan

Oh, sebelum Rinko dengan Mariya, ada lagi sorang yang simpan perasaan dekat Takeo sejak kecil lagi, iaitu Sunakawa Ai, kakak Suna. Ai ni pelajar kolej. Dia suka dekat Takeo sejak Takeo cakap dia cantik macam bunga masa kecil (sebab kecil dulu Ai ni tomboy sikit). Cuma adik dia dan kawan sekolej dia, Oda Hayato yang tahu benda ni. Menangis jugalah Ai bila dapat tahu Takeo dah ada girlfriend. Tapi dia menyokong hubungan Takeo dan Rinko.

Masa Rinko kerja part-time dekat sebuah kedai kek, pembuat kek kedai tu, Ichinose Kouki jatuh cinta dekat dia, dan jadikan Rinko sebagai inspirasi dia untuk buat kek. Bila Ichinose dapat tahu yang Takeo ni boyfriend Rinko, Ichinose serta-merta suruh Takeo putuskan hubungan diorang, supaya dia dapat date dengan Rinko. Time ni aku geram betul, sesuka hati dia je suruh Takeo tu putus dengan Rinko. Dah lah susah orang nak suka dekat Takeo tu (emosi sikit hukhuk). Buat Takeo dalam dilemma je nak putus ke tak. Tapi akhirnya Rinko tetap pilih Takeo juga. Weweeeeee.

KESIMPULAN
Hurm, aku langsung tak review pasal animation and music langsung dalam ni kan? Dah tu, tak ada benda nak ulas pun. Even animation or music bagi aku so-so je, tapi anime ni best. BEST BEST BEST BEST BEST. Tengok, sampai lima kali aku ulang BEST tu. Nak ulang lagi ke? Heeeee. Jalan cerita seperti kisah cinta romance anime lain juga, just ideanya adalah hero yang tak handsome dengan heroin comel giler. Art dia pun comel je, menyerlahkan lagi kecomelan watak-watak dalam ni. Haih, semua best lah. Tak tahu nak cakap apa lagi. Hahaha.Kalau tak silap aku manga (komik) dia pun dah habis  Julai tadi. Tapi aku tak baca pun manga dia, cukuplah anime je, tu pun dah puas hati. Hiheeee. 8/10 bintang. Aku recommend sangat kat korang anime ni. ;D


-End the written while listened to : Ore Ska Band – Jitensha [Naruto Shippuuden OST – Ed 13]-


See you next in post! XD


Post a Comment