AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, November 24, 2016

[Review: Anime] Cardcaptor Sakura



Walaupun kaedah “bebas” ni banyak mejimatkan masa aku, tapi aku tetap rindu dengan struktur post yang dulu. Hati berbunga indah je tiap kali baca post berstruktur tu, hihi. So, untuk post kali ni aku teruskan balik gaya penulisan aku yang lama. Rindu weh :’D   Okay, kali ni aku nak review anime lama, Cardcaptor Sakura. Anime zaman kanak-kanak yang masih lagi fresh dalam kepala. Siapa membesar dengan anime ni, sep sikit~! :D   Actually, masa anime ni bersiaran kat NTV7 dulu, aku tak sempat nak tengok semua episode, sebab masa tu aku duk asrama (berapalah umur aku sekarang ni, hahahaha). Boleh tengok bila balik rumah je. Tu pun sebulan 2 kali je balik, means 2 kali je tengok. Tu pun kalau tengok, kalau mak ajak jalan-jalan, dah kurang lagi satu episode nak tengok. Huhu. Jadinya aku pun download lah all episode plus movie sekali, urm enam tahun yang lepas? Haaahaaa~ Kempunan kau, nak tengok Sakura sangat. Kahkahkah.

Genre : Mahou Shoujo, Romance, Comedy
Episode : 70
Sumber : Komik (Oleh CLAMP)
Studio : Madhouse
Tahun Disiarkan : 1988-2000
Star : 10/10
Fav Character : Yue (Tsukishiro Yukito)


SINOPSIS
Yang membesar bersama-sama Cardcaptor Sakura (CCS) mestilah tahu jalan cerita anime ni kan, tapi kepada yang baru-baru je nak minat anime, or kanak-kanak/remaja zaman sekarang yang tak kenal apa itu Cardcaptor Sakura, meh hakak bagi synopsis sikit. Cardcaptor Sakura ni mengenai budak perempuan bernama Kinomoto Sakura yang berumur 12 tahun dan tinggal di bandar fiksyen, Tomoeda yang berdekatan dengan Tokyo. Pada satu hari, Sakura secara tak sengaja lepaskan set kad magis yang juga dikenali sebagai Clow Cards, daripada buku di ruang bawah tanah rumahnya. Kad-kad tersebut dinamakan sempena nama penciptanya, Clow Reed. Setiap Clow Cards mempunyai kebolehan yang unik dan boleh berubah kepada bentuk alternatif sekiranya diaktifkan.

Sakura first time jumpa Kero

Penjaga Clow Cards yang muncul daripada buku tersebut, Cerberus (Kero) memilih Sakura untuk kumpulkan balik kad yang hilang. Kero bagi kunci buku yang boleh bertukar menjadi tongkat pada Sakura. Dari sinilah bermulanya cerita sakura sebagai Cardcaptor. Kad pertama yang Sakura kumpul adalah The Fly (Terbang), yang mana bentuk alternatifnya seperti burung gergasi berwarna putih. Bila dah berubah jadi kad balik, Sakura bole guna kuasa kad tersebut.  Contoh bila Sakura guna kad Fly, sepasang sayap akan muncul dihujung tongkatnya, dan membolehkan Sakura terbang.

Sakura ada kawan baik yang juga merupakan sepupunya, Daidouji Tomoyo. Tomoyo ni berasal dari keluarga yang berada. Mak Tomoyo adalah kawan baik mak Sakura (dah meninggal). Selain Kero, Tomoyo juga tahu rahsia Sakura sebagai Cardcaptor. Dan dia sangat-sangat teruja untuk reka battle costumes buat Sakura. Semua baju yang dia buat super comel tau. Hehehe. Setiap kali dia mencari kad dan bertarung, Kero bertindak sebagai pembimbing Sakura, manakala Tomoyo akan merakam setiap aksi pertarungan Sakura.


WATAK

Watak Utama

Terdapat enam watak utama untuk anime CCS ni, iaitu Kinomoto Sakura, Cerberus (Kero), Daidouji Tomoyo, Li Shaoran, Kinomoto Touya dan Tsukishiro Yukito. Sakura digambarkan sebagai budak perempuan umur 12 tahun yang comel dan mempunyai gaya potongan rambut yang unik (pada zaman aku kecil dulu). Selain tu, Sakura ni seorang yang baik hati, tak mudah mengalah, jenis mudah simpati, seorang penyayang, dan anak yang bertanggungjawab. Kecil-kecil lagi dah pandai masak, kemas rumah. Zaman umur aku 12 tahun seronok main power rangers dan digimon kot, XD. Sanggup rebut dengan adik aku power rangers pink. Hahaha. Sakura ni juga ada hati dekat Yukito, sebab tu bila Yukito ada dekat-dekat dengan dia, Sakura tetiba jadi seorang yang sopan, tak macam bila dia dengan abang dia.

Kero pula adalah penjaga Clow Cards dan juga Selector pemilik baru Clow Cards. Kero ni pada mula kemunculannya mempunyai badan kecil macam anak patung, da bersayap putih. Boleh terbang sana-sini,
selalu menyamar jadi anak patung dalam bilik Sakura (time abang dia masuk), suka makan benda-benda manis, dan juga penasihat Sakura. Bentuk sebenar Kero adalah singa jantan yang mempunyai sayap, tapi sebab kuasanya magisnya lemah, dia terpaksa menggunakan bentuk anak patung untuk bergerak ke sana-sini. Kero tunjukkan bentuk sebenarnya masa part kedua anime ni, bila Sakura dapat kumpul semua Clow Cards.

Cerberus @ Kero

Kawan baik Sakura, Tomoyo pula digambarkan seorang yang sangat baik, dan mempunyai rambut warna hitam yang panjang. Sebenarnya mak Tomoyo yang nak Tomoyo bela rambut panjang sebab ianya mengingatkan mak Tomoyo kepada mendiang Mak sakura. Aku suka sangat kalau kalau dapat kawan dengan Tomoyo, walaupun kaya, tapi sangat merendah diri. Dia tak guna pun kekayaan keluarganya untuk dapatkan kawan, sebab Tomoyo ni memang dah baik dan peramah, so senang je orang nak berkawan. Satu lagi part best pasal Tomoyo ni, dia sayang Sakura macam adik-beradik sendiri. Apa-apa pun, mesti dia dahulu kan Sakura. Susah nak dapat kawan baik macam ni weh. Kalau dapat tu, sangat-sangat beruntung tau. :D

Tak lama lepas jadi Cardcaptor tu, seorang budak lelaki dari Hong Kong, Li Shaoran berpindah ke sekolah Sakura dan ditempatkan dalam kelas Sakura. Identiti sebenar Shaoran adalah ahli keluarga puak Li yang mempunyai hubungan saudara jauh dengan Clow Reed. Dia percaya yang dia sepatutnya mewarisi Clow Reed dan mengumpul Clow Cards sendiri. Pada mulanya dia menjadi musuh Sakura dalam mengumpul Clow Cards, dan kad pertama yang Shaoran dapat adalah The Time (Masa). Tapi lama-kelamaan Shaoran jadi kawan dan ally Sakura. Dia sebenarnya jatuh cinta dengan Sakura (kyaaaaa~ XD), tapi Sakura tak perasan sebab perasaan dia terhadap Yukito still tebal.

Touya buli Sakura XD

Kinomoto Touya adalah abang Sakura, yang juga pelajar sekolah menengah tinggi. Walaupun selalu kacau dan sakitkan hati Sakura, Touya sebenarnya abang yang penyayang dan sangat mengambil berat akan adiknya. Yang paling best tapi sakit hati bila dia suka malukan Sakura depan Tsukishiro Yukito, kawan sekelasnya. Dia tahu adiknya ada hati kat Yukito, sebab tu lagi seronok usik adik dia. Touya ni ada beberapa kuasa magis, termasuklah kelebihan untuk nampak hantu/roh manusia dan makhluk halus, dan boleh sense sekiranya Sakura dalam bahaya. Tapi semua kuasanya dah bagi pada Yue, penjaga Clow Cards yang juga alter-ego Yukito, supaya Yue boleh lindungi Sakura dan dirinya, dan juga untuk selamatkan Yukito daripada hilang.

Kenapa Touya jadi kegilaan gadis-gadis yang menonton anime dulu? First, ada rupa. Yep, Touya seorang yang handsome, tinggi dan rajin bekerja (selain rajin usik adik dia haha). Sifat dia yang suka buli adik dia sebenarnya menarik perhatian penonton. More like bad guys laa dia ni. Tapi bad guy yang sebenarnya adalah good guy. Kalau ada peluang memang dia nak lindungi adik dia. Ada satu episode, dia sorang je boleh nampak roh mak dia, yang buatkan dia terkedu, and happy. :’)

(Atas ke bawah) Ruby Moon, Eriol & Spinel Sun

Part kedua anime CCS ni ada antagonist tau. Nama antagonist ni Hiiragizawa Eriol, pelajar yang datang dari England. Eriol sebenarnya adalah reincarnation (penjelmaan semula) Clow Reed, dan mempunyai semua memori dan kuasa magis Clow Reed. Eriol juga ada dua penjaga yang dia cipta sendiri seakan-akan Yue dan Cerberus iaitu Ruby Moon dan Spinel Sun. Ruby Moon dicipta seperti pari-pari yang mempunyai bentuk seperti manusia, manakala Spinel Sun mempunyai bentuk seperti harimau kumbang dan mempunyai sayap rama-rama (bentuk alternatifnya adalah kucing hitam bersayap rama-rama). Tujuan Eriol membuat kacau di Tomoeda adalah untuk membantu Sakura mengubah Clow Cards mejadi Sakura Cards, supaya kuasa magis kad tersebut tak hilang, dan menjadikan Sakura pemilik baru kad-kad tersebut. So, antagonist ke protagonist sebenarnya dia ni?

Yukito yang comel vs. Yue yang dingin

Favorite character aku dalam ni adalah Yue (bukan Yukito). Yue dengan Yukito sangat-sangat berbeza, bagai langit dan bumi. Yukito seorang yang sangat ceria, sentiasa tersenyum dan berfikiran positif. Yue pula tak suka senyum, muka masammmm je, dan tak suka Sakura. Apa yang aku minat dengan Yue ni, pertamanya adalah rupa. Eh, handsome, kenalah minat juga. Hahahaha. Yang keduanya, walaupun dia tak suka Sakura, tapi dia still jalankan juga tanggungjawab dia melindungi Sakura. Yue ni bertindak sebagai hakim kepada Sakura untuk jadi pemilik baru Clow Cards. Dan dia juga tunaikan janji pada Touya untuk jaga dia dan adiknya, dan untuk pastikan Yukito tak hilang. Yue tak suka dengan Sakura sebab Yue tak nak orang lain selain  Clow Reed jadi tuan dia. Betapa setianya dia dengan Clow Reed lepas Clow Reed dah tak ada beratus-ratus tahun.


ANIMASI
Kalau nak cakap pasal animasi pula, zaman dulu teknologi tak secanggih sekarang, tapi bagi aku graphic still cantik, action pun solid. Adalah sikit movement yang macam kaku, tapi apa aku kisah. Yang penting cerita best, yang lain belakang cerita. Hihihiiii. Masa scene Sakura nak guna kuasa kad pun cantik, everything fly, cahaya tak terlampau suram dan terang, and make me say WOW. Studio Madhouse memang pastikan setiap small detail ada pada anime. Contoh macam battle costume Sakura yang Tomoyo buat. Setiap detail tak tinggal pun. Kan costume Sakura tu ada macam-macam detail untuk tunjukkan kelainan. Everything is okay. Puas hati. :’D


MUSIC

OPENING
ENDING
1.       Gumi – Catch You Catch Me
2.       ANZA – Tobira wo Akete (Open The Door)
3.       Sakamoto Maaya – Purachina (Platinum)
1.       Hirose Kohmi – Groovy!
2.       Chihiro – Honey
3.       Kojima Megumi – Fruits Candy

Another point yang best bagi anime ni adalah lagu opening dan ending dia. Video opening not so much, biasa je, tapi lagu-lagu dia memang sedap. Zaman dulu siap rekod dengan radio sebelah tv tiap kali opening dia muncul. Jari dah siap sedia nak tekan button tunggu 10 minit nak rekod opening punya pasal XD. Zaman dulu punya obses dengan lagu jepun, lirik pun main hentam jelah, asal sama bunyi, kahkahkah. Lagu yang aku recommend kat korang, lagu Tobira wo Akete oleh Anza, Purachina (Platinum) oleh Sakamoto Maaya, dan lagu ending Fruits Candy oleh Kojima Megumi. Ni lagu popular meniti di bibir kanak-kanak awal tahun alaf baru tau, selain Pokemon dan Digimon. Tak ketinggalan Doraemon. Haha.


KESIMPULAN
10/10 bintang. Apa lagi yang perlu aku taip kalau dah feel aku begitu. Hehe. Memang puas hati. Tu aku cuma tengok anime je, tak baca manga (komik) dia pun. Dan terbaru aku dapat tahu, ada sambungan manga tapi dengan tajuk baru, Cardcaptor Sakura : Clear Card Edition. Baru je publish Julai tadi. Tak tahu ada masa ke tak nak baca. Hope jalan cerita pun top macam Cardcaptor Sakura juga lah. :)


**Okay, aku dah tau apa benda yang aku tak perlu nak review, that is SEIYUU. Sebab tak semua anime ada seiyuu kegemaran aku. >_<   Kalau ada benda yang aku nak taip pasal seiyuu, aku akan buat small segment after music, like this : **SEIYUU**


-End the written while listened to : Plingmin – This World is Yours [Gintama OST – Ed 10]-


Bye-bye!!!


Post a Comment