AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, November 15, 2016

[Review: Anime] Ace of Diamond


Review kali ni adalah mengenai siri anime yang berkisarkan sukan baseball (bola lisut) dan berlatar belakangkan suasana persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Seidou di Tokyo, Jepun. In reality, aku bukanlah seorang peminat sukan, apatah lagi peminat baseball. Tapi melalui siri anime ni, aku dapat tahu juga serba sedikit mengenai sukan baseball, daripada cara bermain, peraturan ketika bermain, term yang digunakan dalam baseball, cara mengira markah, sehinggalah bagaimana berlatih untuk jadi pemain baseball yang baik. Hurm, siapa kata anime hanya untuk budak-budak? Budak-budak pun belum tentu faham kalau tengok anime tau. Hiks. *Sengih sinis* Okay, aku akan review untuk dua season sekaligus.

 
Genre : Sport, Shounen, Slice of Life
Episode : Season 1 (75)/Season 2 (51)
Sumber : Komik (oleh Terajima Yuji)
Studio : Madhouse, Production I.G
Star : 4/5
Fav Character : Miyuki Kazuya


SINOPSIS
Ace of Diamond berkisahkan mengenai Sawamura Eijun, seorang pitcher baseball sekolah menengah, yang merancang untuk masuk ke sekolah menengah tinggi di tempatnya dengan kawan-kawan sekolahnya dan bermain baseball bersama-sama. Bagaimana pun, seorang peninjau dari sekolah berprestij, Sekolah Menengah Tinggi Seidou, menghampiri dan memberi tawaran kepada Eijun biasiswa dan peluang untuk bermain di peringkat kebangsaan. Eijun kemudian buat keputusan untuk lawat sekolah tersebut untuk lihat bagaimana latihan baseball dikendalikan.

Ketika melawat, Eijun melihat seorang pelajar dipersendakan oleh Azuma-senpai, pelajar berbadan besar dan mempunyai perut yang buncit. Kerana tak tahan melihat kejadian itu, Eijun sengaja perli balik fizikal Azuma-senpai dan disebabkan itu, Eijun dipaksa untuk pitch bola kepada Azuma-senpai. Pada mulanya, Eijun sengaja sasarkan balingan ke tempat yang salah, tapi lepas catcher, Miyuki Kazuya sedar dan bagi nasihat sikit dekat Eijun, Eijun mula ubah cara balingannya. Setiap kali Azuma-senpai pukul bola, ianya adalah foul ball. Dan balingan terakhir Eijun adalah strike ball, dan menyebabkan semua yang melihat terkedu dengan pitch Eijun.

Eijun dan Miyuki kali pertama berjumpa

After insiden tu, dan disokong oleh keluarga dan kawan-kawan sekolahnya, Eijun berpindah ke Sekolah Menengah Tinggi Seidou untuk bermain baseball dengan serius. Kat sekolah tu dia berjumpa dengan Furuya Satoru, pelajar yang sangat berbakat jadi pitcher dan batter (yang kemudiannya jadi rival Eijun), dan Kominato Haruichi, pelajar pemalu yang punyai bakat semulajadi dalam baseball.


WATAK

Watak utama

Watak-watak yang terdapat dalam anime ni bagi aku sangat harmoni dan menyokong antara satu sama lain. Kebiasaannya kalau kita tengok sport anime, memang dia ketengahkan sifat mengambil berat, kerjasama dalam pasukan, nilai persahabatan, dan betapa mereka sangat menyayangi benda yang mereka buat. Contoh dalam anime ni adalah baseball. Tak kira betapa susah pun latihan yang coach bagi, dorang akan buat sehabis baik untuk kejar cita-cita diorang sebagai pemain baseball profesional.

Sebagai watak utama, bagi aku Eijun adalah antara watak utama yang sangat annoying dan menyakitkan hati aku. Hahahahaha. Kenapa? Aku rasa nak sumbat sesuatu dalam mulut dia je setiap kali dia gelak besar tu. Buat sakit telinga je. Dah tu suka sangat tunjukkan kebodohan dia terang-terang pulak tu. Kesian sebenarnya kat pasukan dia nak cover malu. Huhu.

Walaupun perangai dia menyakitkan hati je, yang aku respect sangat dengan Eijun ni, dia tak mudah mengalah, dan terus berlatih untuk jadi pitcher terbaik buat pasukannya. Dia alami yips (please google kalau tak tahu) disebabkan insiden masa lawan dengan pasukan Sekolah Menengah Tinggi Inashiro. Tapi sikit-sikit dia berlatih untuk hilangkan yips tu, sampai dia berjaya. Another thing yang aku suka pasal Eijun, dia sangat respect kat semua senpai walapun rasa nak tendang je dia sebab macam kasar sikit dengan senpai. Haha.Eh jap, dia memang selalu kena tendang pun dengan senpai dia. Hihi.

Latihan kamehameha Eijun dan Furuya. XD

Rival Eijun, Furuya Satoru pun seorang pitcher dan digelar oleh pasukan lawan sebagai monster (raksasa) disebabkan balingan bola yang dia buat sangat pantas. Cuma batter yang betul-betul kuat dan ada natural talent boleh pukul bola dia. Susah nak tengok Furuya ni senyum tau, muka serius sepanjang masa. Cepat cemburu bila pitcher lain ada atas mound, sebab dia rasa mound tu dia punya je. Furuya ni tak tahan panas, dan cepat letih kalau main lama sangat bawah matahari terik. Dia berasal dari Hokkaido, tapi lepas dengar nama Miyuki, genius catcher, terus dia apply nak masuk Seido, sebab nak Miyuki tangkap fastball dia. Dalam musim kedua, Furuya merupakan ace dan diberi position nombor 1 dalam pasukan, yang mana membuatkan semangat Eijun lebih membara untuk bersaing dengan Furuya.

Watak utama seterusnya adalah Kominato Haruichi. Haruichi ni orangnya kecil je, dan seorang yang pendiam, tapi sangat tepat dalam pukulan dan natural talented player. Sangat pemalu, nak celebrate lepas dapat duduk atas base pun malu. Kena puji pun malu. Comel sangat bila mukanya merah. Hihi. Dia satu-satunya pemain yang guna bat kayu untuk pukul bola. Haruichi apply masuk Seido sebab admire dengan abangnya, Ryousuke. Tetapi kebolehan Haruichi sebenarnya melebihi kebolehan abangnya, cuma kelemahan Haruichi ni adalah kurang stamina. Walaupun pendiam, dia sebenarnya aim untuk ambil alih position Ryousuke dalm pasukan Seidou.

Haruichi kalau tengah serius, nampak mata sebelah je. Cool gitu~

Walaupun watak-watak dalam ni mostly di design biasa-biasa sahaja (dari segi paras rupa), tapi ada juga yang menarik minat aku. Nampak tak, aku pun tak memilih paras rupa tau. Hewhew. Aku tak tau lah kalau Miyuki Kazuya ni tergolong dalam kalangan insan ikemen, sebab bagi aku bila dia pakai baju sekolah, dia kelihatan biasa-biasa je. Tapi bila dia pakai topi baseball, aww comelnya ya ampuuuunnnn. *sparkly eyes* tapi bukan comel itu yang menarik perhatian aku. Tapi more to cara dia berkomunikasi dan handle player masa dia jadi catcher. Dalam season 2, Miyuki dilantik sebagai kapten kelab lepas senpai tahun 3 bersara dari kelab. Miyuki ni sangat teruk dalam batting, walaupun seorang catcher yang handal. Tapi lepas jadi kapten, dia terus bertukar jadi clean-up batter. Siap dapat homerun lagi, aku pun terkejut huhu. Aku tak tahulah bila masa dia berlatih batting tu (atau aku tak sedar langsung masa syok layan anime ni huhuhu), tapi effort dia untuk pastikan pasukan dia sentiasa menang dan dihadapan pasukan lain buatkan aku rasa amazing. It’s hard to find captain yang berusaha sendiri demi pasukan dia. Time dia injured pun, dia tahan je sakit masa perlawanan sebab tak nak bagi pasukannya rasa susah hati masa main. He’s indeed a captain.

The Captain

Watak pasukan lawan juga tak kurang hebatnya. Cumanya terlalu banyak watak buatkan aku jadi confuse. Seidou pun dah banyak watak, lepas tu ditambah lagi dengan watak pasukan lawan. Jadi aku pun tak berapa ingat sangat rupa dorang dan ciri-ciri istimewa mereka. Masa aku tengok season 2, aku boleh terlupa watak tu pernah ada dalam season 1. XD. See, buat aku confuse je. Tapi pasukan yang selalu muncul dalam anime ni adalah pasukan Inashiro dari Sekolah Menengah Tinggi Inashiro. Ada jugak watak yang hot pada pandangan pertama aku. Tapi,  just hot macam tu je lah. Tak minat pun. ;p

Pasukan Inashiro yang berlagak dengan bakat dan kebolehan mereka.



ANIMASI
Ace no Diamond ni dihasilkan oleh studio Madhouse dan Production I.G. Aku selalu sangat dengar Production I.G sebab studio ni sangat popular dan hasil kerjanya selalu buat penonton rasa kagum. Tapi aku tak pernah dengar pasal Madhouse. Sekali pun tak pernah. Then bila aku google and find Madhouse wiki and baca senarai anime yang dia buat, I’m shock! Okay, they are  great sebab most of their works excite me! Btooom!, Death Note, Hunter x Hunter (2011), Mahouka Koukou no Rettousei, even Cardcaptor Sakura wehhh. Ye ye, every opening and ending mesti bubuh nama studio dia. Tapi kalau jenis yang skip opening ending macam aku ni macam mana nak perasan? Hewhew. Some stories jadi bosan bila animation dia nampak bosan. Tapi tak bagi Ace of Diamond. Ada juga episod yang buat aku bosan, tapi animation dia cantik weh, nak bosan pun tak leh haha. Part dia tunjukkan how exactly baseball dimainkan, rasa berdebarnya nak tunggu pitcher baling bola, pergerakan bola yang sebenar. Amazing! Dan seperti selalu, aku jenis tak tahu nak tunjuk flaw animasi cerita, so anggap je aku puji melambung Madhouse and Production I.G sebab hasilkan anime yang awesome ni. Syabas! *Senyum lebar*


SEIYUU
Bagi aku, Osaka Ryouta betul-betul berjaya membawa dan menjiwai watak Eijun sebab boleh buat aku menyampah je tengok Eijun tiap kali menonton. Kakahkah. Mesti dia pun sakit jiwa nak hadam betul-betul watak Eijun ni. Hihi. Aku sebenarnya suka sangat dengan seiyuu yang bawa watak Haruichi dengan Miyuki. At first, aku ingat seiyuu Haruichi ni perempuan tau sebab suaranya lembut je ala-ala girly sikit. Tapi bila dapat tau je yang Hanae Natsuke yang bawa, oh my macam tak percaya lelaki pun boleh buat suara lembut macam tu. Lembut kat sini bukannya “nyah” eh. Lembut sopan-sopan gitu. Suara tu pun memang sesuai dengan watak Haruichi yang sekali imbas nampak macam budak perempuan. Suara yang dipinjamkan oleh Takahiro Sakurai pun memang ngam dan sesuai untuk watak Miyuki.

Dan sekali lagi my favourite seiyuu memunculkan dirinya dalam siri anime ni. Yay! *lompat keriangan* kali ni Yoshi pinjamkan suaranya untuk watak kapten dalam season 1, Yuuki Tetsuya. Tapi, walaupun dah bersara bermain baseball, Yuuki still lagi muncul dalam season 2 walaupun tak kerap. Dia macam jadi watak sampingan je bila dah masuk season 2 ni. Masa habis season 1 tu, aku sedih sebab rasa macam tak dapat dengar suara Yuuki lagi. Sobsob. Tapi bila dia muncul dalam season 2, hati terus mekar berbunga-bunga. Terubat rindu kat Yoshi. Hiks.

Belanja sikit Yuuki dengan pasukannya. :D



MUZIK

OPENING
Tom-H@ck ft. Masayoshi Oishi - Go EXCEED!! [Op 1 – Season 1]
Tom-H@ck ft. Masayoshi Oishi - Perfect HERO [Op 2 – Season 1]
GLAY - Hashire! Mirai [Op 3 – Season 1]

GLAY – HEROES [Op 1 – Season 2]
GLAY - Sora ga Aozara de Arutame ni [Op 2 – Season 2]
ENDING
Hikasa Yoko - Seeks Diamonds [Ed 1 – Season 1]
Mimori Suzuko - GLORY! [Ed 2 – Season 1]
DOP - Mirai e Tsunage [Ed 3 – Season 1]
Seidou High School Baseball Club - CLOUD NINE [Ed 4 – Season 1]
Seidou High School Baseball Club - PROMISED FILLED [Ed 5 – Season 1]
Seidou High School Baseball Club - FINAL VICTORY [Ed 6 – Season 1]

OxT - KIMERO!! [Ed 1 – Season 2]
Seidou High School Baseball Club - BLUE WINDING ROAD [Ed 2 – Season 2]
OxT - BLOOM OF YOUTH [Ed 3 – Season 2]
Sawamura Eijun (CV: Osaka Ryouta with Ooishi Masayoshi) - BRAND NEW BLUE [Ed 4 – Season 2]


Secara jujurnya, aku banyak skip opening and ending anime ni. Sebab most of them tak berapa menarik hati aku. First impression aku lagu ni macam tak sesuai untuk anime ni. Macam terlalu lembut untuk sport anime. Tapi bila lepas download and selalu mainkan ost Ace of Diamond ni, lagu jadi sedap didengar. Tapi bagi aku ianya masih lagi lagu yang biasa-biasa je. Sesuai untuk jadi halwa telinga masa buat kerja. It’s not in my favorite list.


KESIMPULAN
Anime ni bagi aku bagus untuk ditonton, lagi-lagi bagi mereka yang minat dengan sport anime. Korang boleh tambah satu lagi pengetahuan mengenai sukan ni. Banyak ilmu mengenai sukan baseball yang kita boleh dapat dalam siri anime ni. Babak dan jenaka yang diselit buatkan kita mudah terhibur. Cumanya kena banyak bersabar lah dengan stupidity Eijun. Hehehe. Okay, 4 star out of 5. It’s good, but they can do better. ;)


-End the written while listened to : Nogizaka46 – Yubi Bouenkyou [Magi: The Labyrinth of Magic – Ed 1]-


Jumpa lagi! Chris-senpai ni malu-malu meow pulak. XD





Post a Comment