AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, August 29, 2016

[Review: Anime Movie] Blood-C : The Last Dark



Genre : Supernatural, Action, Drama, Horror, Psychological, Mystery
Episode : 1
Sumber : Original (oleh Ohkawa Nanase)
Studio : Production I.G
Star : 3/5
Fav Character : None


SINOPSIS
Sambungan daripada animasi bersiri Blood-C. Secara kebetulan, Kisaragi Saya bertemu dengan anggota agensi yang dikenali sebgai SIRRUT. Pengarah SIRRUT merupakan sepupu Nanahara Fumito, dan mempunyai tujuan yang sama seperti Saya, iaitu membunuh Fumito kerana Fumito telah membunuh seluruh ahli keluarganya.


WATAK UTAMA
Kisaragi Saya (Seiyuu: Mizuki Nana)
Dalam filem, personaliti dan karakter Saya berubah 360° daripada dalam animasi bersiri. Pendiam dan sangat menakutkan. Dan masih lagi menggunakan pedang sebagai senjata utama ketika bertarung walaupun boleh menggunakan apa sahaja benda untuk dijadikan senjata.


Nanahara Fumito (Seiyuu: Nojima Kenji)
Walaupun masih dengan personaliti yang sopan dan lemah lembut ketika bercakap, Fumito sebenarnya adalah watak antagonis utama dalam siri dan filem Blood-C. Mempunyai sikap yang sadis dan kejam yang membiarkan pembelotnya mati dalam keadaan yang ganas dan mengerikan. Sangat obsess dengan Saya dan kebolehannya. Merupakan ketua dalam ekspermen yang dilakukan terhadap Saya. Juga merupakan pemilik Seven Heavens, organisasi yang menjalankan eksperimen untuk menjadikan manusia sebagai Furukimono.


Hiragi Mana (Seiyuu: Hashimoto Ai)
Pelajar sekolah berusia 17 tahun dan juga anggota SIRRUT. Dia menyertai SIRRUT untuk mencari bapanya yang hilang iaitu seorang wartawan. Mana merupakan penggodam yang sangat mahir dan membantu bapanya dalam mencari maklumat mengenai Seven Heavens. Bagaimana pun, dia menolak untuk menggodam selepas kehilangan bapanya, sehinggalah penyusupan yang berlaku di Sekolah Tinggi Swasta Tsuji.



WATAK SAMPINGAN
Mogari Kuroto (Seiyuu: Kamiya Hiroshi)
Wakil Sysnet, syarikat yang mengusaha IT yang popular di Tokyo dan penyokong kewangan SIRRUT. Merupakan sepupu Fumito, dan keluarga mereka adalah pelindung Shrovetide, perjanjian antara Furukimono dan manusia.


Amino Yuuka (Seiyuu: Asano Masumi)
Satu-satunya peserta eksperimen terhadap Saya yang masih hidup. Dalam filem ini, Yuuka berumur 28 tahun, dan merupakan ahli Seven Heavens dan melakukan tugas-tugas kesetiausahaan terhadap Fumito sementara mengejar matlamat politiknya.


Fujimura Shun (Seiyuu: Kaji Yuuki)
Bekas rakan sekelas Mana dan anggota SIRRUT. Berumur 18 tahun, dan menyimpan perasaan terhadap Saya, kerana merasakan yang Saya sangat cantik.


Matsuo Iori (Seiyuu: Nakamura Yuichi)
Pelajar kolej berumur 19 tahun, dan merupakan anggota SIRRUT. Tak mudah mempercayai Saya. Menyimpan perasaan terhadap Haruno.


Tsukiyama Hiro (Seiyuu: Hanazawa Kana)
Anggota termuda SIRRUT dan merupakan penggodam yang mahir. Berumur 13 tahun.


Yanagi Haruno (Seiyuu: Kaida Yuko)
Setiausaha Mogari di Sysnet dan koordinator SIRRUT. Berumur 24 tahun.


ORIGINAL SOUNDTRACK

Lagu Tema :
Metro Baroque – Mizuki Nana


ULASAN
Antara filem dengan siri berepisod, aku lebih suka siri berepisod. Kenapa? Sebab The Last Dark ni, best tapi kurangnya babak aksi. Pengakhiran juga  pun kurang  menarik, dan tergantung. Watak musuh  tak berapa agresif sangat dalam filem. Aku mempunyai harapan yang tinggi supaya Fumito mempunyai babak aksi terbaik sebab dia watak antagonis utama, tapi babak sebegitu tiada langsung. Watak-watak baru juga kurang  menonjol dan kurang  membantu menghidupkan cerita.
Namun begitu, tidak perlu risau, kerana walaupun banyak kritikan yang aku beri, tak bermaksud cerita ni tak bagus langsung. Terdapat pelbagai lagi babak yang menarik untuk ditonton.
Sekiranya korang pernah menonton siri animasi Blood-C dan tertanya-tanya apa yang terjadi seterusnya, The Last Dark ada jawapannya.


-Listening to : Fujishike Masataka – Walk On [Prince of Tennis - Ed OST]-


SCREENCAPS
AWAS! GAMBAR MENGANDUNGI BABAK MENGERIKAN!



















**All the pictures and sources are credit to Google and original artist/author**


Post a Comment