AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, August 28, 2016

[Review: Anime] Kimi ni Todoke 02


Genre : Romance, Comedy, Slice of Life, Shoujo
Episode : 12
Sumber : Manga/Komik (oleh Shiina Karuho)
Studio : Production I.G
Star : 4/5
Fav Character : Kazehaya Shota



SINOPSIS
Sambungan dari musim pertama. Kuronuma Sawako dan kawan-kawannya memulakan persekolahan sebagai pelajar tahun dua dan berada dalam satu kelas yang sama. Menjadikannya lebih menarik, Miura Kento yang duduk bersebelahan dengan Sawako menaruh minat terhadap Sawako, dan menyebabkan Kazehaya menjadi cemburu.


WATAK UTAMA
Kuronuma Sawako/Sadako (Seiyuu: Noto Mamiko)
Seorang gadis yang pemalu dan jujur dalam mencari kawan, tetapi disebabkan penampilannya seperti watak hantu dalam filem “The Ring”, ianya menyukarkan Sawako untuk berkawan. Mengagumi  Kazehaya kerana caranya yang mudah mesra dengan orang lain. Tapi perasaan kagum tu perlahan-lahan berubah jadi perasaan suka pada Kazehaya.


Kazehaya Shouta (Seiyuu: Namikawa Daisuke)
Pelajar lelaki yang sangat popular ketika di sekolah menengah, dan sangat ceria dan mesra dengan semua orang. Tak boleh lihat ada pelajar yang dipinggirkan, dan akan pastikan pelajar tersebut mendapat tempat dikalangan pelajar yang lain. Mula bersembang dengan Sawako dan membantu dalam setiap hal, tapi lama-kelamaan jatuh cinta pada Sawako kerana perwatakannya yang jujur.


Miura Kento (Seiyuu: Miyano Mamoru)
Pelajar satu kelas dengan Sawako dan duduk bersebelahannya dalam kelas Tahun Dua. Sangat berminat dengan perempuan, terutamanya Sawako, dan selalu memujuk untuk melupakan Kazehaya dengan menyatakan yang Sawako merupakan beban kepada Kazehaya.


WATAK SAMPINGAN
Yano Ayane (Seiyuu: Sawashiro Miyuki)
Kawan baik kepada Sawako. Boleh dikatakan paling matang dalam kumpulan dan mempunyai teman lelaki yang belajar di kolej. Perseptif dan pintar, dan cenderung untuk ambil maklumat yang perlu sahaja dan menyebabkan orang lain tertanya-tanya. Sangat mengambil berat mengenai hubungan Sawako dan Kazehaya.


Yoshida Chizuru (Seiyuu: Sanpei Yuko)
Kawan baik kepada Sawako, dan kawan dan jiran Ryuu semenjak kecil. Gadis tomboy, malah mengaku apabila Ryuu mengatakan bahawa mereka adalah adik beradik lelaki. Menjadi sangat-sangat sensitif pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi yang melibatkan Sawako.


Sanada Ryuu (Seiyuu: Nakamura Yuichi)
Merupakan kawan dalam kumpulan Sawako. Sangat pendiam dan jarang bercakap, tapi masih berkomunikasi dengan Sawako. Kawan baik Kazehaya semenjak sekolah rendah kerana menyertai kelab baseball bersama-sama. Menyimpan perasaan terhadap Chizuru.


Arai Kazuichi/Pin (Seiyuu: Ono Yuuki)
Guru kelas sementara bagi kelas Sawako, ambil alih ketika guru kelas jatuh sakit pada musim panas. Lebih dikenali sebagi Pin dikalangan pelajarnya. Jurulatih pasukan baseball sekolah. Mengenali Kazehaya sejak Kazehaya kecil kerana ayah Kazehaya merupakan jurulatih pasukan baseball yang disertai oleh Pin. Banyak simpan  rahsia mengenai Kazehaya ketika dia kecil.


Kurumizawa Ume (Seiyuu: Hirano Aya)
Gadis yang nampak baik dan mesra dikalangan pelajar-pelajar, dan menyimpan perasaan terhadap Kazehaya semenjak dari sekolah menengah lagi. Menyebabkan yang Kurumi mengenali Kazehaya lebih dalam, walaupun mereka sebenarnya tak rapat. Cemburu dengan Sawako sebab Sawako sentiasa dilihat bersama dan rapat dengan Kazehaya. Kurumi berusaha sedaya upaya supaya Sawako dan Kazehaya tidak menjadi rapat, namun usahanya sia-sia apabila Kazehaya memilih Sawako sebagai orang yang dia suka.


ORIGINAL SOUNDTRACK
  
 Opening : 
Sawakaze – Tanizawa Tomofumi

Ending :
Kimi ni Todoke … –  MAY’S


ULASAN
Syabas buat Production I.G kerana sekali lagi berjaya memikat hati aku menerusi siri animasi ini. Seperti musim pertama, musim kedua juga meninggalkan kesan yang amat mendalam buat penonton. Terdapat pelbagai emosi yang ditonjolkan, dan sejauh mana hubungan Kazehaya dan Sawako dipertontonkan. Pada penggemar romance and comedy genre, yeah, you should watch this. Highly recommended! 

Aku banyak kali frust kot tengok Sawako tak faham-faham perasaan Kazehaya. Ayane dan Chizuru juga memainkan peranan sangat penting dalam perkembangan hubungan Kazehata-Sawako. Begitu juga Kento. Peranan Kento sebagai kawan sekelas yang cuba memikat Sawako membuka mata Kazehaya untuk berterus-terang tentang perasaannya terhadap Sawako, walaupun dua-dua salah sangka dan rasa kena reject antara satu sama lain. Kalau nak tahu, animasi ni memang mementingkan nilai sesebuah persahabatan dan kekeluargaan. Banyak babak kelakar yang buat aku tak kering gusi. Lagi-lagi bila melibatkan Sawako dan Pin. Haih, macam mana Pin boleh jadi cikgu pun aku tak tahu. Haha.

Setting dan background yang santai dan sweet pula buat aku lebih menghayati jalan cerita. Seolah-olah terbuai dan tak bosan menghadap animasi comel ini. Dari segi muzik pula, opening dan ending tak menarik minat aku. More like, macam aku tak kisah pun. Melodinya sedang-sedang je dan bosan. Cerita dah menarik, tapi opening dan ending menghampakan. Tapi biasanya memang animasi romantik mempunyai lagu-lagu yang slow je melodinya, and most of them memang tak menarik perhatian aku. Lagu Tok Ti lagi sedap bunyinye. Hewhew (=.=)


-Listening to : Chihara Minori – Kyoukai no Kanata [Kyoukai no Kanata - OP OST]-


SCREENCAPS























**All pictures and sources are credit to Google and original artist/author**


Post a Comment