AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, August 23, 2016

[Review: Anime] Diabolik Lovers


Genre : Supernatural, Romance, Drama, Fantasy, Mystery, Harem
Episode : 12
Sumber : Permainan video (oleh Rejet)
Studio : ZEXCS
Star : 2/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Komori Yui merupakan gadis yang berfikiran positif tetapi menghadapi masalah dengan roh dan mengalami fenomena poltergeist. Pada tahun kedua sekolah menengah tinggi Yui, ayahnya terpaksa berpindah ke luar negara, dan Yui tak dibenarkan untuk ikut. Bagaimana pun, ayah Yui memberikannya alamat dan menyuruh Yui untuk pergi ke alamat tersebut dan mendakwa alamat tersebut adalah rumah “saudaranya”. Yui mengikut arahan ayahnya, dan sampai di sebuah rumah besar penuh misteri. Rumah tersebut didiami oleh enam orang adik beradik Sakamaki yang bukan “normal” pada pandangan Yui, dan mempelajari yang mereka berenam adalah pontianak (vampire). Yui kemudiannya terpaksa pilih salah seorang daripada mereka untuk minum darahnya. Bermulalah perjalanannya menuju ke kegelapan.


WATAK UTAMA
Komori Yui (Seiyuu: Suegara Rie)
Seorang gadis yang feminin dan sangat mahir memasak serta berperwatakan ceria dan optimistik. Yui ni jenis tak peka dengan keadaan sekeliling dan susah nak tangkap apa yang berlaku sebenarnya. Dia juga bermasalah untuk buat keputusan dalam kes-kes tertentu. Yui dilihat sangat tekad dalam situasi-situasi buruk, dan tak endahkan sindiran dari pontianak-pontianak yang dilemparkan padanya. Bagaimana pun, Yui selalunya membalas balik sindiran tersebut dengan layanan baik terhadap mereka. Selain itu, Yui juga mempunyai semangat yang tinggi, dan mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Tuhan. Pada mulanya, Yui tak percaya pada kewujudan pontianak, tetapi setelah tinggal bersama keluarga Sakamaki, Yui akhirnya percaya dan menerima kewujudan mereka.


 Sakamaki Shuu (Seiyuu: Touriumi Kousuke)
Anak sulung dalam keluarga Sakamaki, dan tuan rumah yang sekarang. Shuu merupakan anak pertama Beatrix. Dia selalunya dilihat tidur di ruang tamu, atau bilik muzik di sekolah. Selalu ponteng kelas, dan pernah ditahan beberapa kali di sekolah. Menurut pelajar lain, bilik muzik adalah kepunyaan Shuu. Pemalas dan tak ambil kisah dengan hal sekeliling kecuali muzik. Dia selalu dengar muzik walaupun tengah mandi. Shuu sangat sukakan pelbagai jenis muzik klasik dari bunyi piano kepada violin. Shuu sangat malas dan kurang motivasi untuk melakukan sesuatu. Dia dilihat bosan dengan kehidupannya selepas apa yang terjadi dalam hidupnya pada masa lepas. Walaupun anak sulung, Shuu langsung tak ambil tanggungjawab untuk jaga adik-adiknya dan hal rumah, dan tolak tanggungjawab tersebut kepada Reiji. Kadang-kadang Shuu nampak gatal dan selalu usik Yui mengenai pakaian dalamnya.


Sakamaki Reiji (Seiyuu: Konishi Katsuyuki)
Anak kedua dalam keluarga Sakamaki dan anak kedua kepada Beatrix, isteri kedua Karlheinz Raja Pontianak. Reiji seorang yang sopan santun. Tetapi, walaupun dia nampak sopan dan mempunyai gaya percakapan yang sotisfikated, kata-katanya lebih cenderung kepada sarcasm. Reiji banyak buat peraturan pelik, dan meminta keluarganya dan Yui untuk mematuhinya. Tegar macam mana pun, Reiji masih lagi tahu untuk berjenaka (walaupun hambar). Walaupun anak kedua, Reiji mengambil semua tanggungjawab anak sulung (Shuu) dan memastikan rumah sentiasa kemas, mengendalikan hal-hal rumah, dan menjaga adik-adiknya. Melalui peraturan yang dibuatnya, Reiji menjadi seorang yang tegas terhadap dirinya sendiri dan orang lain. Reiji seorang sombong dan penuh kemegahan yang inginkan kesempurnaan, dan tak sukakan kelemahan. Seorang sadis yang melampau seperti adik-beradiknya. Kadang-kadang dia buat atau cakap sesuatu untuk dapatkan reaksi yang menghiburkan. Selain bersemangat ketika bereksperimen dan membuat ubat (potion/drugs), Reiji juga amat gemar mengumpul barang-barang dapur dan tea set (set cawan the/kopi). Kerana minat mengumpulnya yang mendalam, Ayato suka memanggilnya tableware otaku.


Sakamaki Ayato (Seiyuu: Midorikawa Hikaru)
Anak ketiga dalam keluarga Sakamaki dan merupakan yang sulung daripada kembar 3. Ayato anak kepada Cordelia, iaitu isteri pertama Karlheinz, Raja Pontianak. Lebi dikenali dengan anak yang bermasalah dalam keluarga, Ayato sebenarnya inginkan perhatian dan kasih saying. Dia pandang rendah terhadap orang lain dan suka mengusik dan membuli orang lain. Kadang-kadang, Ayato suka menggunakan kata ganti diri Ore-sama (beta) dalam percakapannya, dan memberi gelaran Chichinashi (breastless/pancake) kepada Yui. Dia juga suka cakap besar tentang dirinya sendiri, dan kadang-kala menyuruh semua orang memanggilnya Ayato-sama. Ayato pengusik yang narsisisme (jenis kagum dengan diri sendiri) yang obses untuk jadi yang terbaik disebabkan masalahnya dengan ibunya pada zaman kanak-kanak. Ayato suka bermain dan gemrkan sukan, bola keranjang adalah kesukaanya. Ayato juga jenis yang susah untuk luahkan perasaannya, dan senang cemburu.


Sakamaki Kanato (Seiyuu: Kaji Yuuki)
Anak keempat keluarga Sakamaki, dan kembar nombor dua daripada tiga kembar. Anak kepada Cordelia. Perwatakan Kanato yang keanak-anakan dan mudah terganggu adalah disebabkan oleh dia dan kembarnya tidak dibesarkan dengan baik sebagai anak. Depan orang lain, Kanato nampak sopan dan lemah lembut, tetapi sebenarnya mempunyai mental yang tak stabil dan tunjukkan tanda kelakuan psikotik (gangguan jiwa) apabila marah. Kanato juga mudah menangis dan gemarkan manisan. Sifatnya yang paling menonjol adalah sentiasa ke mana-mana dengan anak patung beruangnya, Teddy, dan marah apabila ada orang cuba ambil, pegang atau bercakap dengannya.


Sakamaki Raito (Seiyuu: Hirakawa Daisuke)
Anak kelima dalam keluarga Sakamaki dan merupakan kembar yang bongsu dan anak kepada Cordelia. Raito merupakan lelaki yang terlampau miang. Disebabkan perangai miangnya, Raito selalu digantung persekolahannya. Merupakan masochist dan sadist yang melampau. Raito juga selalu ceria dan gemar berjenaka dengan Yui. Bagaimana pun, sikapnya berubah apabila dia tak dapat apa yang dia inginkan, selalunya Yui yang selalu ingkar bila dengannya. Raito tak suka bila Yui ingkar arahannya, dan selalu denda Yui atas sebab itu. Raito sangat bagus dalam membaca motif orang lain.


Sakamaki Subaru (Seiyuu: Kondou Takashi)
Anak keenam dan paling bongsu, serta anak kepada Christa, isteri ketiga Karlheinz. Subaru boleh disifatkan sebagai seorang yang suka menyendiri. Dia biasanya keseorangan dan tak kisah apa yang terjadi disekelilingnya. Seorang yang pendiam, dan selalu tidur dalam keranda, yang terletak dalam biliknya. Senang marah dan boleh jadi ganas sehingga pecahkan barang-barang sekiranya terlalu marah, tapi mampu menahan rasa marah bila berada atau berdekatan dengan Yui. Ada sisi tsundere dalam dirinya yang hanya dapat dilihat oleh Yui. Subaru juga jenis yang bermasalah dan ganas, serta suka rosakkan barang. Walaupun sadis, Subaru boleh juga jadi seorang yang sweet. Ibunya, Christa menggambarkan yang Subaru seorang yang lembut, yang menyebabkan dia menolong Yui untuk lari keluar dari rumah besar tersebut dan memberi Yui pisau belati perak, iaitu senjata yang boleh membunuh pontianak sepertinya. Subaru merasa dirinya seorang yang kotor dan jahil. Tujuan utama Subaru beri pisau belati tersebut kepada Yui adalah untuk membunuhnya. Sekiranya Yui tak boleh bunuh Subaru, Yui perlu bunuh dirinya sendiri.


WATAK SAMPINGAN
Ritcher (Seiyuu: Konno Jun)
Adik Karlheinz dan pakcik kepada adik-beradik Sakamaki. Ritcher merupakan pontianak yang pernah berkhidmat di bawah Cordelia. Tetapi sekarang Ritcher hanya memerhatikan Yui dan cuba untuk hidupkan kembali Cordelia menggunakan hati Cordelia yang telah diimplankan ke dalam badan Yui, tetapi gagal.


Cordelia (Seiyuu: Tomonaga Akane)
Isteri pertama Karlheinz dan ibu kepada kembar tiga Ayato, Kanato dan Raito. Dia dibunuh oleh anak-anaknya, tetapi Ritcher mengambil hatinya dan kemudiannya cuba untuk hidupkan kembali Cordelia menggunakan badan Yui.

Beatrix (Seiyuu: Hirata Mana)
Isteri kedua Karlheinz dan ibu kepada Shuu dan Reiji. Walaupun isteri yang kedua, tetapi Beatrix mengandung terlebih dahulu dari Cordelia, dan menjadikan Shuu dan Reiji sebagai anak yang paling tua dalam keluarga. Dibunuh oleh bapa Yui atas arahan Reiji.

Christa (Seiyuu: Tashiro Yuki)
Isteri ketiga Karlheinz dan ibu kepada Subaru. Christa dikenali sebagai “Mawar Putih” oleh semua pontianak kerana kecantikan dan kebaikannya. Karlheinz jatuh cinta dengan Christa lalu merogolnya. Christa kemudiannya dipaksa kahwin dengan Karlheinz dan mengandungkan Subaru selepas beberapa kali dirogol.


ORIGINAL SOUNTRACK

Opening :
Mr. SADISTIC NIGHT – Midorikawa Hikaru (VC: Sakamaki Ayato) & Toriumi Kousuke (VC: Sakamaki Shuu)

Ending :
Nightmare – Hayashi Yuki


ULASAN
Menggunakan tema pontianak dan bergenre kan supernatural dan mystery, Diabolik Lovers ni sebenarnya mempunyai konsep yang berat. Jadi sangat-sangat tak sesuai untuk ditonton oleh mereka yang bawah umur. Permulaan cerita nampak misteri lagi-lagi bila Yui masuk ke rumah besar tersebut dan sunyi sepi je tak ada bunyi. Perjalanan cerita yang lambat dan pencahayaan yang suram, buat aku bosan dan aku sebenarnya mengantuk juga masa tengok anime ni, tapi tahankan mata je. (O.O).

Dari segi watak, untuk peminat ikemen sekalian, siri animasi ni memang untuk anda \(^_^)/. Penuh dengan lelaki-lelaki kacak dan tampan, dan aku pun tak boleh resist! Hewhew. Biasanya kalau tema pontianak, watak lelaki memang tampan menawan ke acaner? Haha. Mulalah melalut ni (-.-). Kalau korang perasan, nama Karlheinz banyak kali aku sebut masa aku describe watak-watak tetapi tak ada langsung kan aku describe watak dia kan? Sebabnya dia muncul masa episod akhir je (kot). Memang rupa sebenar pun, nak tahu kena tengok anime ni sampai habis. Memang misteri habis. Dan aku nak sangat kalau watak Beatrix dan Christa diperkembangkan lagi. Sebab watak diorang pun tak banyak babak. Yang banyak cuma Cordelia. Mungkin sebab di pengakhiran cerita lebih tertumpu kepada babak nak hidupkan kembali Cordelia.

Dari segi OST, oh my. Seriously, aku memang tak minat kedua-dua lagu pembukaan dan penutup. Urm, entah lah, tapi memang tak minat. Lagi-lagi bila part Ayato bercakap (pendek je) di tengah-tengah lagu pembukaan. Mungkin bagi sesetengah penonton, diorang rasa tertawan dengan cara macam tu. Tapi tak bagi aku. Cakap bisik-bisik macam nak kena lempang dengan aku je. Hewhew (¯.¯“)┐

Secara keseluruhannya, aku bagi 2/5 bintang bagi siri animasi ni. Walaupun bosan dan mengantuk, OST pun out, tapi disebabkan kebanyakan watak kacak tampan menawan, aku consider lah 2 bintang. Pada yang nak tengok, aku tak halang pun, cuma tak recommended je. Yang musim kedua pun dah habis tayang dah. Mungkinkah musim kedua lebih baik dari yang pertama? Mungkin ya sebab ada tambah lagi jejaka kacak tau. So mungkin peluang untuk jalan cerita lebih menarik tu cerah. Haha.
**Banyak pulak aku membebel kali ni eh. Macam lama sangat tak dapat membebel. Kehkeh.**


-Listening to : STONE – Iroasenai Ano Sora e [Prince of Tennis OVA (Another Story 1) - Ed OST]-


SCREENCAPS




















**All pictures and sources are credit to Google and original artist/author**


Post a Comment