AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, August 14, 2016

[Review: Anime] Code Breaker



Genre : Supernatural, Superpower, Action, Romance, Comedy
Episode : 13
Star : 5/5
Fav Character : Ogami Rei
 

SINOPSIS
Suatu hari, semasa menaiki bas, Sakurakouji Sakura terlihat sekumpulan lelaki dibakar hidup-hidup dengan api berwarna biru, sedangkan seorang remaja lelaki yang sebaya dengannya tidak mempunyai apa-apa kesan terbakar dan  masih hidup. Esoknya, Sakura pergi ke tempat tersebut tapi  tak jumpa satu mayat atau bukti berlaku nya pembunuhan disitu. Yang ada hanya api kecil. Apabila dia pergi ke kelas, Sakura dapat tahu bahawa pelajar baru kelasnya adalah remaja lelaki yang sama yang berada pada malam kejadian. Sakura kemudiannya mempelajari bahawa Ogami Rei merupakan Code : Breaker yang keenam, pembunuh upahan istimewa yang mempunyai kebolehan unik, dah ahli organisasi rahsia yang berkhidmat untuk kerajaan.



WATAK UTAMA

Sakurajouji Sakura
Merupakan watak protagonist perempuan. Walaupun dilihat sebagai seorang remaja yang comel, elegan, sopan dan lemah lembut, Sakura sebenarnya adalah pakar seni mempertahankan diri. Dia sepatutnya menjalani hidup dan alam persekolahan yang normal, sehinggalah dia menyaksikan Ogami Rei membunuh sekumpulan lelaki dengan api biru. Disebabkan itu, Sakura membuat misi sendiri untuk menghalang Rei daripada membunuh, dan lebih banyak terlibat dengan dunia Code : Breaker, yang kemudiannya Sakura bertukar menjadi orang penting untuk organisasi tersebut. Sakura mempunyai kebolehan untuk meneutralkan semua kebolehan istimewa, dan dipanggil sebagai “rare kind” (golongan luar biasa). Sakura merupakan seorang yang penyayang dan sangat menghargai nyawa manusia.


 Ogami Rei
Watak protagonist lelaki. Kedudukan dan namanya di dalam Code : Breaker adalah Code : 06. Ogami banyak mempamerkan sisi yang berlainan. Di sekolah, dia berlakon menjadi seorang pelajar sekolah menengah tinggi normal, sopan, baik dan dilihat seorang yang pemalu. Tetapi, apabila berkerja untuk Eden, Ogami berubah sepenuhnya kepada pembunuh kejam, yang hanya membunuh mereka yang melakukan kejahatan. Walaupun  dia tidak ambil kisah mengenai orang lain, tetapi Ogami mengambil berat terhadap orang sekelilingnya dengan cara yang luar biasa. Apabila Ogami mengalami Lost Form, dia akan tertidur selama 24jam. Kod Hammurabi Ogami ialah “An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil.”


Heike Masaomi
Seorang Code : Breaker yang mempunyai nama kod Code : 02, dan bertindak sebagai juri yang memberi markah terhadap prestasi ahli Code : Breaker yang lain. Juga merupakan salah seorang Empat Pengasas Eden (Four Founders of Eden), dan dikenali sebagai Si Ajaib Heike Masaomi (Heike Masaomi The Wonder) serta mempunyai kebolehan untuk memanipulasi cahaya.Heike mempunyai beberapa sifat ganjil seperti meletakkan meja di pelbagai tempat, sama ada di lorong bilik darjah atau di tengah-tengah hutan, untuk duduk dan minum teh sambil membaca majalah lucah. Ahli Code : Breaker yang banyak berahsia dan tidak mempunyai bulu kening. Bentuk Lost Form Heike tidak diketahui (namun didalam manga, badan Heike berubah menjadi cahaya apabila mengalami Lost Form). Kod Hammurabi Heike adalah “ An eye for an eye, a tooth for a tooth, and eternal shackles for evils.”


Tenpouin Yuuki
Pemegang kod nama Code : 03 dan berkebolehan memanipulasi bunyi. Sangat sukakan barang mainan animasi Nyanmaru. Walaupun nampak ganas, Yuuki sebenarnya baik hati. Bila dia melakukan kesalahan, dia akan meminta maaf atas tindakannya, dan memberi hadiah kepada orang tersebut (hadiah biasanya mainan Nyanmaru  ( =.=)). Apabila melihat sikap Sakura yang melindungi Ogami yang seakan-akan Nyanmaru, Yuuki terus sahaja memanggil Sakura sebagai Nyanmaru. Ogami menyatakan bahawa Yuuki merupakan ahli Code : Breaker paling kejam. Apabila mengalami Lost Form, Yuuki akan berubah menjadi kucing warna merah yang boleh bercakap, dan mempunyai mulut lebih celupar ketika berada dalam keadaan itu. Kod Hammurabi Yuuki adalah “ An eye for an eye, a tooth for a tooth , and  the requiem of fury for evil.”


Fujiwara Toki
Ahli Code : Breaker keempat, dengan kod nama Code : 04. Kuasa istimewanya adalah kemagnetan. Toki mengalami heterochromia (perbezaan warna anak mata yang berlainan) dan merupakan perokok tegar. Sangat sombong dan berlagak serta kaki perempuan yang miang. Walaupun merasakan dirinya lebih hebat kerana kuasa dan kedudukan lebih tinggi dari Ogami, dia juga tunjukkan rasa hormat terhadap lawannya, dan selalu suka tunjukkan sikap bersaing. Bentuk Lost Form Toki adalah Toki versi kanak-kanak. Bila Toki berubah kepada bentuk Lost Formnya, dia suka gunakannya untuk keseronokan sendiri, dan suka ambil kesempatan terhadap wajah comelnya untuk sentuh dada perempuan. Kod Hammurabinya adalah “ An eye for an eye, a tooth for a tooth, and the steel hammer of justice for evil.” 


Hachiouji Rui
Juga dikenali sebagai “Ouji” (putera) dan merupakan Code : 05 dalam kumpulan Code : Breaker. Dia pernah diberi jolokan sebagai “Graceful God Guardian” di dalam organisasi Re-Code. Sangat kuat, contonya hantuk kepala Toki dan lain-lain dengan kepalanya tanpa cederakan dirinya sendiri. Salah seorang Code : Breaker yang terkuat selepas Heike. Ouji mempunyai personaliti yang baik dan mesra, serta sangat penyayang. Dalam komik, Ouji yang disangkakan lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila Ouji mengalami Lost Form, dia berubah menjadi ikan duyung. Kod Hammurabi Ouji adalah “ An eye for an eye, a tooth for a tooth, and the punishment of death for evil.”


WATAK SAMPINGAN

Hitomi
Bekas Code : Breaker dan pernah menjadi Code : 01, Code : Breaker paling atas dalam Eden, tapi ambil keputusan untuk keluar atas sebab-sebab peribadi. Hitomi mempunyai kebolehan untuk mengawal dan memanipulasi elektrik. Seorang yang santai dan melakukan semua benda mengikut rentaknya sendiri. Dia mempunyai kebiasaaan untuk menguap bila tengah berbincang sesuatu yang serius, dan suka bersembang benda lain dari apa yang dibincangkan. Memegang reputasi Code : 01, Hitomi merupakan seorang yang sangat kuat, hebat dan bijak serta seorang yang sangat baik. Apabila mengalami Lost Form, Hitomi senang merasa penat dan mudah tertidur. Kod Hammurabinya ialah “ An eye for an eye, a tooth for a tooth, and a harsh lightning strike of justice for evil.”


Yukihina
Seorang lelaki yang dingin dan tenang serta tak takut dengan apa pun. Merupakan pengikut Hitomi. Kuasa istimewa Yukihina adalah ais. Dalam komik, Yukihina bertukar menjadi wanita apabila mengalami Lost Form selepas menggunakan kuasanya.


Kanda Miyuki
Cikgu yang agak kelam-kabut di sekolah tempat Sakura dan Ogami belajar dan merupakan ejen Eden. Juga berkhidmat sebagai pembatu Ogami dan memanggilnya “master” (tuan).Tak diketahui kenapa dia memanggil Ogami master, tetapi Kanda melindungi Ogami apabila Ogami mengalami Lost Form. Kanda sangat mahir menggunakan senjata dan senjata api.


Takatsu Aoba
Rakan sekelas dan mungkin juga kawan baik Sakura. Mempunyai perwatakan yang ceria dan penyayang, tetapi beri gambaran seorang yang suka menyendiri dan berpura-pura bodoh. Identiti sebenar Aoba adalah ahli organisasi Code : Revenge (dibongkarkan dalam komik). Mempunyai padangan yang buruk terhadap lelaki, dan tak rasa boleh menjadi kawan baik. Aoba pada mulanya jatuh hati dengan Sakura, tetapi kemudian bersikap tsundere terhadap Ogami.


Fujiwara Nenene
Walaupun nampak muda dan bersikap seperti pelajar sekolah rendah, Nenene sebenarnya adalah kakak Toki. Dia digambarkan seorang yang keanak-anakan, dan naïf seperti budak 10 tahun. Sangat baik dan sopan terhadap semua orang.


Perdana Menteri Fujiwara
Bapa kepada Nenene dan Toki, juga merupakan Perdana Menteri Jepun. Dalang dan mempunyai kuasa tertinggi di dalam organisasi Eden, menjadikan Fujiwara sebagai target utama dalam cubaan membunuh oleh pembunuh upahan.


Sakurakouji Goutoku
Merupakan bapa Sakura dan diberi jolokan “The Raging Dragon of The East.” Sangat dihormati sebagai ketua Yakuza, dan berkata bahawa berlawan dengan yang kuat untuk melindungi yang lemah. Goutoko mudah jatuh sakit dan akan berdarah hidung setiap kali teruja dengan sesuatu. Sangat sayangkan Sakura dan berharap Sakura akan terus bersih dari dinodai dunia. Bila pertama kali jumpa Ogami, Goutoku dapat melihat disebalik senyuman Ogami dan memberi amaran sekiranya terjadi apa-apa pada sakura, nahas dia kerjakan Ogami.

Sakurakouji Yuki
Ibu kepada Sakura, dan mempunyai penampilan seperti pelajar sekolah, dan selalu disalah anggap sebagai adik Sakura. Dia sangat suka cosplay dan selalu memakai pelbagai jenis baju yang berbeza. Yuki akan menjadi ganas apabila minum minuman beralkohol. Ogami menggambarkan Yuki seorang yang buta cinta terhadap anaknya, kerana sentiasa menangkap gambar Sakura yang berharga (dari mula masuk sekolah sehingga pertama kali nak makan wasabi).Ironinya, dia berharap dapat menangkap lebih lagi gambar Sakura.


ULASAN
Permulaan cerita dah menarik minat untuk terus menonton episod yang seterusnya. Setiap episod tak mengecewakan. Jalan cerita mudah untuk aku faham. Babak berlawan pun hebat, bagi aku tak ada kurangnya. Tak bosan dan tak mengantuk, boleh habis tengok dalam sehari je, hehe. Watak berbeza dan menarik, lebih-lebih lagi Ogami dan Toki. Toki sangat-sangat comel bila hilang kuasa. Bayangkan budak buat gaya orang dewasa, haha. Dan terlebih comel bila hilang kuasa adalah Yuuki. Kucing merah. Kucing okeh. (I’m sorry I’m a CAT LOVER XXXD).
Disebabkan pengakhirannya yang tergantung, aku digoda untuk membaca komiknya sebab nak sangat-sangat tahu apa yang terjadi lepas tu. Ouji yang pada mulanya aku ingat lelaki adalah perempuan. Aku yang sebagai penonton dan pembaca pun tertipu dengan sikap dan penampilan Ouji. Bila rambut pendek nampak kacak, bila rambut panjang nampak jelita. Why, why? 
Aku terharu sangat bila dapat tahu yang pasangan Sakurakouji sebenarnya adalah ibu bapa angkat Sakura. Kalau nak tahu, bila baca komiknya, lagi banyak plot dan twist yang sangat tak tersangka-sangka. Siapa Ogami dan Sakura yang sebenarnya dan apa hubungan sebenar mereka. Dan pelbagai lagi watak yang ditambah untuk merancakkan jalan cerita. Haih, aku harap sangat ada season 2, 3, 4, 5. Komik tu dah habis kot. Tolonglah buat season 2 cepat-cepat. Tak sabar nih! (Padahal dalam external berlambak cerita tak tengok lagi. Haha)


-Listening to :
Fukuyama Jun (Liberta) & Yonaga Tsubasa (Nova) - Pieces of Treasure [Arcana Famiglia – Ed OST]-


SCREENCAPS 
Meh aku belanja lagi screencaps. Credit to Uncle Google. :)






















Post a Comment