AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, August 5, 2014

[Review : Anime] Psycho-Pass

Selamat Hari Raya!!! Masih lagi dalam mood berhari raya, tapi aku dah start kerja hari sabtu tadi. Huhu. Duit Raya terkumpul tahun ni adalah dalam RM200, tapi aku dah habiskan tadi beli speaker PC. Ngehehehehehehehehe. So sekarang aku nak review anime Psycho-Pass sebelum tidur~



Genre : Supernatural, Action, Sci-Fi, Thriller, Mystery, Psychological
Episode : 22
Star : 4/5
Fav Character : None


SINOPSIS
Siri anime ini berlatarbelakangkan Negara Jepun pada tahun 2113, di mana kerajaan mereka menggunakan Sistem Sibyl untuk mengukur keadaan mental penduduk, personaliti, dan kebarangkalian mereka untuk melakukan jenayah dengan menggunakan imbasan cymatic terhadap otak. Penilaian yang terhasil dipanggil psycho-pass. Mereka yang mempunyai psycho-pass yang kabur cenderung untuk menjadi latent criminal (penjenayah tersembunyi), dan sukar untuk bercampur dengan masyarakat. Berkisarkan pegawai baru yang mendaftar di Unit Satu Bahagian Penyiasatan Jenayah Biro Keselamatan Awam, Tsunemori Akane. Akane memburu penjenayah bersama-sama dengan kumpulan khas yang dipanggil Enforcers.


WATAK UTAMA

Kogami Shinya
Berumur 28 tahun dan merupakan Enforcer dalam Unit Satu. Mempunyai sikap yang dingin dan berahsia. Bekas pegawai yang terlibat dalam penyiasatan Kes Spesimen, yang menyebabkan Crime Coefficient (Pekali Jenayah) nya naik mendadak kepada tahap abnormal. Walaupun mempunyai cara yang kasar, Kogami merasa tenang apabila Akane ditugaskan sebagai pegawainya. Sebagai Enforcer, Kogami melakukan latihan fizikal secara meluas, supaya orang atasannya tidak perlu membunuh penjenayah.


Tsunemori Akane
Berumur 20 tahun dan merupakan pegawai baru yang ditugaskan di Unit Satu. Lulus dalam peperiksaan dengan markah paling tinggi untuk pekerjaan dalam beberapa sektor awam dan syarikat swasta. Membuat keputusan untuk menyertai polis kerana hanya jabatan itu yang tiada seorang pun yang mendapat markah yang tinggi sepertinya, dan percaya dia mampu melakukan sesuatu yang orang lain tak boleh lakukan. Bersikap tenang, menerima penuh masyarakat dan semangat untuk berjuang untuk melawan konflik mengelakkan dia daripada menjadi latent criminal walaupun masih baru. Ahli Sistem Sibyl sangat tertarik dengan peribadinya yang membolehkan dia mengetahui rahsia Sistem Sibyl, dan ingin menggunakan Akane untuk menangkap Makishima Shogo hidup-hidup. Akane bersetuju dengan syarat yang mereka tidak akan mengeluarkan arahan membunuh Kogami. Walaupun gagal, Akane dibiarkan hidup selagi dia tidak membocorkan rahsia Sistem Sibyl.


Ginoza Nobuchika
Pegawai veteran yang bekerja bersama Akane. Menyelaras kesemua Enforcer dalam Unit Satu. Kawan lama Kogami. Kebenciannya terhadap mereka yang mempunyai Crime Coefficient yang tinggi, dan berusaha untuk menghapuskan mereka daripada masyarakat datangnya daripada ketidakupayaan untuk menghentikan kawannya daripada menjadi latent criminal. Tak suka pada Enforcer Masaoka, ayahnya, dan selalu memberi peringatan kepada Akane supaya tahu batasannya ketika bekerja dengan Enforcer. Ketika misi pencarian Makishima, Masaoka mengorbankan nyawanya untuk selamatkan Ginoza, manakala Ginoza hilang sebelah tangan. Crime Coefficient Ginoza meningkat naik dan diturunkan pangkat menjadi kumpulan Enforcer yang diketuai oleh Akane.


Makishima Shogo
Merupakan manusia yang mempunyai sisi gelap yang obses dengan kekejaman, kebuasan, dan kesemua aspek buruk semulajadi manusia. Sebagai pendakwah, dia mempunyai karisma luar biasa dan tukang cerita yang berbakat. Makishima merupakan dalang bagi setiap kes yang disiasat Biro Keselamatan Awam. Walaupun mempunyai nafsu membunuh, crime coefficient Makishima tidak pernah mencecah tahap yang berbahaya, menyebabkan dia terselamat daripada Dominator. Dia menyatakan kerana apa yang dia buat dianggap tidak salah dan merupakan perkara normal, yang mana psycho-pass nya tidak pernah mengesan sebarang gelagat yang abnormal untuk dilaporkan ke Sistem Sibyl. Dibunuh oleh Kogami selepas gagal melakukan bioterorisme.


WATAK SAMPINGAN

Masaoka Tomomi
Enforcer paling tua dalam Unit Satu. Seorang veteran yang rajin dan jujur yang membimbing Akane dalam proses mempelajari sistem kerja dalam Biro Keselamatan Awam. Merupakan bekas detektif, dan bapa kepada Ginoza. Kebenciannya terhadap pertimbangan mutlak Sistem Sibyl menyebabkan pysicho-pass nya merosot dan kabur, dan diturukan pangkat menjadi Enforcer. Hubungannya dengan Ginoza tidak berfungsi seperti bapa dan anak, tetapi lebih kepada ketua dan orang bawahan. Walau bagaimanapun, Masaoka masih mengambil berat mengenai Ginoza. Mati ketika melindungi Ginoza daripada dynamite yang dilontar Makishima ke arah Ginoza.


Kagari Shusei
Enforcer yang dikesan sebagai latent criminal semenjak berumur 5 tahun. Suka beergurau dan kadangkala mengusik Akane. Walaupun benci Sistem, Kagari juga marah dengan tindakan penjenayah. Ketika penyusupan masuk Makishima, Kagari mendapat tahu bentuk sebenar Sistem Sibyl, bila dia ditugaskan untuk menjejaki orang bawahan Makishima. Dia dibunuh oleh Ketua Biro Keselamatan Awam menggunakan Destroy-decompose Dominator bagi menyimpan rahsia.


Kunizuka Yayoi
Satu-satunya Enforcer wanita dalam Unit Satu. Sangat tenang dan tenteram ketika menghadapi kes walaupun kes yang kejam dan buas. Bekas guitarist yang menjadi latent criminal selepas berinteraksi dengan pengganas bernama Rina. Merupakan kekasih Shion.


Karanomori Shion
Merupakan penganalisa dalam Bahagian Analisis Umum Biro Keselamatan Awam dan merupakan latent criminal. Menyediakan backup kepada Enforcer dan pegawai ketika menjalankan penyiasatan dengan menganalisa data dan bukti yang dihantar oleh mereka. Merupakan kekasih Yayoi.


SCREENCAPS
Tutup mata anda jika tak nak muntah. Sekian~
eaten alive onion head







Patik nak sangat bedak compact tu. So easy, tak payah bukak almari cari baju dah. Tekan-tekan je. Duk atas katil pun boleh tukar baju baru~
happy onion head

Ada unsur-unsur SAO disitu.




























ULASAN
Mula-mula ingat cerita ni boring sebab mungkin effect cahaya yang sentiasa suram. Tapi sebenarnya sangat best. Banyak bermain dengan psikologi. Permulaan cerita dah tunjuk macam mana Sistem Sybil ni berfungsi. Cuma tak banyak babak gaduh. Ada jugak babak yang mengerikan. Masa kawan baik Akane nak kena kelar tu, aku berharap yang Akane dapat tembak Makishima tu sebab takut kalau kawannya mati lepas diselamatkan oleh Kogami, (tapi mati jugak~).
help onion head
Yang Kagari punya kes pun still misteri. Tak tahu masih hidup atau betul-betul mati, sebab tak ditunjukkan kena tembak tu, sebab sebelum tu yang kena tembak orang Makishima, memang berkecai habis. Huhu. Masa part Masaoka berkorban untuk anaknya pun sedih, aku nangis kot. Sobsobsob. Yang part last tu, aku punya harap yang Kogami tak bunuh Makishima dan bergabung untuk menumpaskan Sistem Sibyl tu. (Kan tetiba jadi cerita aku pulak. Hahaha).
uhuhuh onion head
Kesimpulannya, BEST! Wajib tonton beb! K, bai. Nak tido. Zzzz~


Listening to : Ailee - Ice Flower (OST Queen of Ambition]


Post a Comment