AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, August 31, 2014

[Review: Anime] Beelzebub

Assalamualaikum. Salam kemerdekaan yang ke 57. Di sini lahirnya sebuah cinta~
Korang-korang semua mesti tengah sambut merdeka kat mana-mana kan. Panggung wayang ke, pantai ke, shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke. Kan kan kan? Aku je lah yang terperuk kat rumah ni sengsorang kena tinggal ngan mak abah aku. Sobsob. Tapi tak apa, dapat jugak aku siapkan apa yang patut untuk post hari ni. Lama aku prepare untuk review kali ni. Dari raya, sampai laa ni baru siap. Huhuhuhu.


Genre : Superpower, Action, Comedy, Adventure, Fantasy
Episode : 60
Star : 4/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Oga Tatsumi merupakan pelajar tahun pertama di Sekolah Tinggi Ishiyama, sebuah sekolah untuk pelajar bermasalah, dan digelar “samseng paling kuat”. Suatu hari, ketika Tatsumi sedang baring di tepi sungai, dia ternampak seorang lelaki terapung. Tatsumi menarik lelaki tersebut ke tebing sungai, dan lelaki tersebut terbelah dua, dan keluar seorang bayi lelaki. Bayi tersebut adalah Beelzebub, anak lelaki Raja Syaitan. Tatsumi dan orang gaji Beelzebub, Hilde, telah dipilih untuk membesarkannya. Tatsumi kemudiannya menjumpai simbol pelik yang terukir pada belakang tangan kanannya. Hilda menyatakan bahawa simbol tersebut merupakan mohor raja lalat, atau lebih dikenali sebagai jampi Zebub, dan berkhidmat sebagai lambang keluarga Diraja. Kemunculan lambang tersebut menandakan yang Tatsumi telah membuat kontrak secara rasmi dengan Baby Beel.


WATAK UTAMA

Oga Tatsumi
Pelajar tahun satu Sekolah Tinggi Ishiyama, dan merupakan ayah angkat kepada Baby Beel. Tatsumi dilihat mempunyai kualiti ibu bapa ideal bakal Raja Syaitan iaitu kuat, berlagak dan tak pernah fikirkan orang bawahannya. Tatsumi tak boleh berpisah dengan Baby Beel sejauh 15cm, kerana boleh menyebabkan kematian serta-merta kepada Tatsumi. Walaupun merupakan seorang samseng, dan berpeluang untuk bergaduh dan mempertahankan gelarannya, Tatsumi sebenarnya bukan seorang pembuli, dan tak pernah guna kekuatannya untuk menakut-nakutkan orang lain.


Kaiser de Emperana Beelzebub IV
Dikenali sebagai Beelzebub atau Baby Beel, dan merupakan anak bongsu Raja Syaitan. Dia dihantar ke dunia manusia oleh ayahnya dengan tujuan untuk memusnahkan kemanusiaan. Ketika menjalankan misi, dia menjadi anak angkat kepada Oga Tatsumi. Baby Beel mudah mengagumi orang lain, terutama mereka yang kuat kerana dia sangat lemah dan selalu kalah dengan bayi lain. Bukan seorang yang pintar, dan sukar menyelesaikan masalah yang mudah. Sangat takut dengan serangga. Mempunyai kegemaran untuk bermain dengan benda-benda yang “menakutkan” bayi seperti keganasan, mendedahkan tisu otot (pada model anatomi), mendengar muzik heavy metal, dan mainan syaitan. Sangat tak sukakan baju, dan selalu dilihat bogel ke mana sahaja.


Hildegarde (Hilda)
Syaitan yang berkhidmat sebagai ibu angkat dan juga tukang gaji kepada Baby Beel. Hilda selalu memaparkan sikap yang dingin dan impassive, tetapi menjadi seorang yang penyayang dan pelindung apabila melayan Baby Beel. Seelalu mengetahui keadaan semasa, dan senang memanipulasi orang lain untuk melakukan apa yang dia rasakan terbaik. Sangat gemarkan makanan pedas seperti roti habenero super pedas. Dia sangat ganas dan kasar seperti Tatsumi, sehingga mendapat gelaran Isteri Oga di Ishiyama. Suka mengusik dan menyeksa Tatsumi, terutama mengenai intelligence dan kemahiran ibu bapa yang rendah.


Furuichi Takayuki
Pelajar tahun satu Sekolah Tinggi Ishiyama. Dia satu-satunya dilihat merupakan pelajar bukan samseng di sekolah tersebut, dan mempunyai sedikit kebolehan untuk berlawan. Dia selalu menyatakan benda masuk akal dalam situasi Tatsumi, bertindak rasional dan ahli paling pasif dalam kumpulan. Furuichi selalu merungut mengenai Tatsumi, di mana dia dianggap sebagai samseng hanya keran keluar dengan Tatsumi. Mempunyai imaginasi liar yang lebih mengenai perempuan, dan selalu berfantasi benda-benda pervert sehingga digelar “creepichi”. Selalu bertindak cool depan perempuan, walaupun hakikatnya tak pandai berlawan. Orang pertama yang selalu berfikir untuk mengelak daripada masalah, daripada terlibat dalam pergaduhan.


Batim do Emuna Alaindelon
Syaitan pemindahan dimensi yang bekerja di bawah Hildegarde. Seorang yang lucu. Mempunyai kebolehan untuk membelah dirinya menjadi dua, dan membawa masuk orang lain dalam dirinya supaya dapat mengembara bersama-sama ke dimensi lain. Alaindelon mempunyai kekuatan fizikal yang rendah, tetapi mempunyai ketahanan yang luar biasa. Suka pada Furuichi Takayuki dan mempunyai seorang anak perempuan.


WATAK SAMPINGAN

1. TOUHOUSHINKI

Kanzaki Hajime
Pelajar samseng yang hampir mendominasi Sekolah Tinggi Ishiyama. Pelajar tahun tiga yang sadis dan ganas. Tatsumi cuba untuk menunjukkan kekuatan Kanzaki pada Baby Beel (supaya Baby Beel tertarik pada Kanzaki), tetapi Kanzaki dibelasah oleh Tatsumi dan menyebabkan dia masuk hospital. Selepas itu, Kanzaki hilang pengikut, kecuali Shiroyama Takeshi dan Natsume Shintarou. Gaya berlawan Kanzaki raw dan brutal, dan tak mempunyai apa-apa teknik, tetapi berkesan apabila berhadapan dengan samseng biasa.


Himekawa Tatsuya
Anak lelaki Kumpulan Himekawa, iaitu syarikat kewangan, dan merupakan pelajar tahun tiga Sekolah Tinggi Ishiyama. Himekawa menggunakan duit untuk menyelesaikan masalahnya. Selalunya dia memberi rasuah kepada kawan dan musuh untuk dijadikan ahli kumpulannya. Tapi taktik ini tak berguna ketika berhadapan dengan Tatsumi. Walaupun berkebolehan dalam berlawan, Himekawa selalu menggunakan taktik kotor untuk menang.


Kunieda Aoi
Berumur 17 tahun, dan pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Ishiyama, Aoi merupakan ketua ketiga Red Tails, kumpulan perempuan paling kuat di wilayah Kantou. Anak perempuan kepada penjaga kuil. Dia digelar Ratu, kerana melindungi kesemua pelajar perempuan di Sekolah Tinggi Ishiyama daripada lelaki. Menyimpan perasaan dalam diam tehadap Tatsumi. Aoi mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri yang dipelajari daripada datuknya, dan mahir dalam gaya shingetsu.  Dia juga bukan seorang pembuli dan memimpin Red Tails supaya tidak terlibat dalam sebarang pergaduhan yang tak bermanfaat di sekolah. Selain itu, Aoi merupakan swordswomen yang sangat mahir, dan mempunyai stamina yang banyak. Boleh menggunakan apa sahaja sebagai senjatanya ketika berlawan. Aoi juga boleh menilai kekuatan dan kelemahan musuhnya dengan cepat.


Tojo Hidetora
Pelajar tahun tiga dan merupakan ketua samseng paling kuat di Sekolah Tinggi Ishiyama, tetapi mempunyai soft side terhadap mahkluk kecil dan bayi. Bosan dengan orang yang lemah, dan selalu mencari pertarungan yang bagus. Mempunyai pelbagai pekerjaan kadang-kadang sehingga terpaksa ponteng sekolah. Gaya berlawan Tojo adalah brutal force. Dilihat mempunyai stamina yang sangat banyak. Tojo memberi ancaman serta-merta kepada mereka yang berlawan dengannya dan mempunyai semangat yang kuat untuk berlawan. Dia juga digelar Tora (harimau) oleh kawan-kawannya.


Shiroyama Takeshi
Orang bawahan Kanzaki Hajime yang paling setia. Pelajar tahun tiga yang tinggi dan kuat, namun mudah dikalahkan oleh Tatsumi. Walaupun dihina oleh Kanzaki, Shiroyama tetap bersama dengan Kanzaki.


Natsume Shintarou
Pelajar tahun tiga yang juga orang bawahan Kanzaki Hajime, dan bercakap menggunakan nada lembut. Shintarou mempunyai minat terhadap Tatsumi dan eksploitasinya.  Berambut panjang dan kacak. Suka membuat jenaka ringan ketika pergaduhan. Walaupun jarang terlibat dalam pergaduhan, Shintarou sangat kuat, dan dikatakan lebih kuat daripada Kanzaki dan Himekawa Tatsuya.


Tanimura Chiaki
Pelajar tahun satu Sekolah Tinggi Ishiyama dan merupakan ahli yang memimpin Red Tails. Jarang bercakap dan berlawan menggunakan sepasang pistol air yang diubahsuai yang disorokkan bawah skirtnya. Sangat setia kepada Aoi walaupun setelah Aoi meninggalkan Red Tails. Sangat mahir bermain video game.


Oomori Nene
Orang kedua yang mempunyai autoriti tertinggi dalam Red Tails selepas Aoi. Lebih aggresif daripada Aoi. Walaupun Nene selalu mengingkari dan secara terbuka tak bersetuju dengan Aoi, dia masih menjadi orang kanan yang setia dan bersuara lantang ketika Aoi memutuskan untuk meninggalkan Red Tails. Senjatanya ketika berlawan ialah rantai. Nene merupakan pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Ishiyama.


Hanazawa Yuka
Pelajar tahun satu Sekolah Tinggi Ishiyama dan ahli Red Tails yang kuat bercakap, dan selalu sebut benda yang memalukan. Sangat mahir berlawan dan tak takut berdepan dengan lelaki.


Jinno Kaoru
Berambut penjang dan merupakan pelajar tahun tiga Sekolah Tinggi Ishiyama, yang juga orang bawahan Tojo. Mempunyai sikap yang tenang dan dilihat gemar pada membaca, tetapi sangat kuat ketika berlawan.


Aizawa Shoji
Pelajar tahun tiga Sekolah Tinggi Ishiyama, juga orang kanan Tojo. Memakai cermin mata hitam dan sikap cool, dan seorang yang kuat ketika berlawan.


2. SIX HOLY KNIGHT (AKADEMI ISHIYAMA SAINT)

Miki Hisaya
Pelajar tahun satu Akademi Ishiyama Saint. Pernah berkawan dengan tatsumi dan Furuichi ketika di sekolah menengah. Merupakan kapten kumpulan karate, dan mahir dalam Hakkyokuken, serta pengamal seni mempertahankan diri gaya Izuma. Sangat kuat, dan boleh menjatuhkan Kanzaki hanya dengan menumbuk.


Izuma Kaname
Ketua Six Holy Knight, pemilik Izuma dojo, dan bekas presiden majlis pelajar. Izuma adalah guru yang mengajar Miki mengenai seni mempertahankan diri gaya Izuma. Izuma merupakan waris syaitan yang lari ke dunia manusia. Kebolehan berlawannya sama dengan Tojo dan Tatsumi, tetapi mudah dikalahkan oleh syaitan.


Shinjo Alex Rodriguez Ichiro
Pelajar tahun dua Akademi Ishiyama Saint. Merupakan kapten kelab tinu, dan dianggap peninju sekolah tinggi kedua terbaik Negara.  Dia juga diketahui menamatkan perlawanannya  menggunakan one-hit knockout terhadap lawannya. Shinjo juga bermain piano.


Sakaki Mitsuteru
Pelajar tahun dua Akademi Ishiyama Saint, dan selalu dilihat memakai uniform standard Akademi Ishiyama Saint.  Seorang yang kurang bercakap dan merupakan kapten untuk kelab kendo. Swordsman yang mahir sehingga boleh memotong beberapa helai rambut Aoi menggunakan pedang kayu. Walau bagaimanapun, Sakaki bukan lawan Aoi. Aoi mampu memotong pedang kayu Sakaki hanya dengan menggunakan pembaris. Sakaki kemudian percaya pelajar yang paling kuat di Sekolah Tinggi Ishiyama adalah Aoi.


Gou Hiromichi
Pelajar tahun tig Akademi Ishiyama Saint. Merupakan kaptem kelab radio dan terlibat dalam pertandingan ARDF (Amatur Radio Direction Finding) peringkat antarabangsa. Seorang yang kejam dan suka cari gaduh.


Nanami Shizuka
Pelajar tahun tiga Akademi Ishiyama Saint. Seorang yang menarik dan satu-satunya pelajar perempuan dalam Six Holy Knight (Enam Pahlawan Suci). Merupakan kapten kumpulan memanah dan bekas naib presiden majlis pelajar. Dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Izuma yang mana boleh bergurau dan bergelak tawa bersama-sama. Mengenali Tojo sejak kecil.


3. BEHEMOTH’S 34 PILLAR DIVISON

Behemoth
Bekas ketua tentera yang berkuasa yang berkhidmat di bawah Raja Syaitan dan En. Mempunyai penampilan seperti lelaki tua dan seorang yang sangat tenang walaupun diserang oleh musuh. Dia menghantar askar-askarnya ke dunia manusia untuk membunuh orang yang membuat kontrak dengan Baby Beel. Behemoth menubuhkan sekolah untuk En di Sekolah Tinggi Ishiyama yang telah roboh.


Jabberwock
Anak lelaki Behemoth, dan baru dilantik sebagai ketua skuad Behemoth’s 34 Pillar Divison. Seorang yang sombong, dan serta-merta menolak Tatsumi sebagai lawannya ketika berjumpa pertama kali. Dia mempunyai binatang peliharaan iaitu naga yang diberi nama Sodom. Tindakan melulunya menyebabkan dia mendapat gelaran Naga Gila. Dia mempunyai sikap panas baran yang melampau, dan seorang yang gila berlawan dan merasakan ianya suatu keseronokan.


Naga
Mempunyai ketinggian yang rendah dan sangat muda. Seorang yang sangat dingin, dan tak menunjukkan sebarang emosi. Juga dikenali sebagai Raja Naga Air.


Laymia
Penasihat Behemoth dan juga ketua Pillar Division. Ibu Lamia. Walaupun Lamia berada pada pihak Baby Beel, Laymia antara arkitek yang merancang untuk membunuh Tatsumi dan memisahkan Baby Beel dan kontraktornya.


Quetzalcoatl
Mempunyai penampilan seperti badut dan personaliti yang sangat sukakan keseronokan. Questzalcotl lebih gemar bermain game daripada terlibat dalam pertempuran sebenar dengan musuhnya. Boleh mengawal minda orang lain.


Basilisk
Nampak tak berapa sombong dari ketua Pillar yang lain, sehingga memuji kebolehan Tatsumi. Senjatanya adalah kapak gergasi.


Salamander
Mempunyai personaliti yang santai dan dilihat sebagai orang tengah disamping Jeneral Pillar yang lain.


Yata
Mempunyai personaliti yang tenang tetapi dingin, dan bersedia untuk membunuh sesiapa sahaja yang melanggar peraturan dan gagal sempurnakan tuga yang diberi.


Agiel
Syaitan yang sombong dan tak suka serta memandang rendah terhadap manusia. Suka bertarung dengan sesiapa yang berjaya membuktikan kekuatan mereka terhadapnya. Walaupun begitu, dia seorang yang kasual dan hanya suka mencari hiburan.


Odonel
Memakai kain pembalut di seluruh bahagian kepalanya dan lebih kurang pendek seperti Naga. Syaitan yang mudah difahami.


Hecadoth
Syaitan yang suka memandang rendah terhadap lawannya. Sangat dahagakan darah, kejam dan sadis, juga seorang yang agresif dan sombong.


Graphel
Suka berlagak dan overconfident. Memandang rendah terhadap kekuatan manusia dan syaitan yang lemah, dan tak takut menghina mereka, tetapi menerima kekuatan yang ditunjukkan Naga. Sangat setia deengan En dan bersedia berkorban untuk mengalahkan Tatsumi.


4. LAIN-LAIN

En
Merupakan anak lelaki Raja Syaitan dan abang kepada Baby Beel. Mempunyai personaliti seperti adiknya, seorang yang panas baran dan selalu menangis bila tak dapat selesaikan masalah. Sangat sukakan dan enjoy permainan video. Selalu bertindak sebagai seorang yang betul daripada orang lain, padahal seorang yang sangat pemalu, pemalas, dan selalu mengelak dari berjumpa orang lain termasuk pengikutnya. Mempunyai tiga orang orang gaji yang berkhidmat di bawahnya.


Yolda
Adik kepada Hilda dan juga merupakan syaitan pemindahan dimensi. Selalu bawa mop sebagai senjata utamanya. Sangat setia dengan tuannya (En). Selalu bercakap dengan nada yang ceria walaupun ketika mengancam untuk membunuh musuhnya. Seorang fighter yang berkebolehan dan mahir.


Isabella
Ketua kepada orang-orang gaji En. Mempunyai personaliti yang dingin dan tabah serta bertindak tenang. Selalu membawa buku jampi yang di guna untuk seru barang-banrang daripada buku tersebut.


Satura
Orang gaji En paling muda. Merupakan orang yang paling ceria dan gembira, dan selalu menunjukkan emosi ketika bercakap. Dia juga mempunyai sisi yang serius dan tak teragak-agak untuk membunuh mereka yang mengancam En. Senjatanya adalah dua pistol bersaiz sederhana yang mempunyai reben warna merah.


Lamia
Syaitan yang bertubuh kecil dan keanak-anakan. Merupakan anak kepada Laymia. Menyediakan khidmat sebagai jururawat ketika merawat Tatsumi. Boleh membaca minda termasuk Baby Beel, walaupun dia tak selalu melakukannya. Sangat melindungi Baby Beel dan mengagumi Hilda.


SCREENCAPS




































ULASAN
Permulaan anime ni hambar tapi kelakar. Sebab mungkin versi manga pada permulaannya versi komedi (macam shin chan). Tapi bila dah masuk pertengahan cerita, flow cerita dah boleh nampak. Cerita biasa je bagi aku, tapi impak komedi yang ada dalam cerita buat aku melekat kat monitor komputer.
admire onion head
Babak bertarung pun best, lagi-lagi yang bertarung dengan General Syaitan tu. Mula-mula aku ingat Furuichi tu seorang yang cool sebab muka handsome, tapi hampeh. Tak leh berlawan langsung! Haha.
Overall, 4 stars beb!


Listening to : Daisy X Daisy [Ft. Another Infinity] - Towa no Kizuna (OST Fairy Tail)


Post a Comment