AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, August 31, 2014

[Review: Anime] Beelzebub

Assalamualaikum. Salam kemerdekaan yang ke 57. Di sini lahirnya sebuah cinta~
Korang-korang semua mesti tengah sambut merdeka kat mana-mana kan. Panggung wayang ke, pantai ke, shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke. Kan kan kan? Aku je lah yang terperuk kat rumah ni sengsorang kena tinggal ngan mak abah aku. Sobsob. Tapi tak apa, dapat jugak aku siapkan apa yang patut untuk post hari ni. Lama aku prepare untuk review kali ni. Dari raya, sampai laa ni baru siap. Huhuhuhu.


Genre : Superpower, Action, Comedy, Adventure, Fantasy
Episode : 60
Star : 4/5
Fav Character : None

Monday, August 11, 2014

[FanArt] Digimon - Tachikawa Mimi



Hari tu aku kemas barang-barang aku, and aku terjumpa old sketching of Tachikawa Mimi, watak dari anime Digimon Adventure. Bila aku tengok-tengok balik, buruk rupanya sketching aku ni. Hahaha. Yang atas yang aku scanned sketch paper, dan artline and color malam tadi. Aku try guna soft shading, tapi cam tak jadi je. T_T


Ni lah sketch yang aku buat lepas zaman SPM. Aku pun tak ingat lepas SPM ke lepas STPM. Yang penting lepas tamat sekolah. Huhuhuhu.


Friday, August 8, 2014

[Review: Anime] Vampire Knight

Konbanwa! Sejak raya ni, sikit je post yang aku buat. Huhuhu. Raya tu memang lah busy, tambah lagi busy kembar aku nak kahwin, kemas rumah, bukak perabot sane sini, nak bagi lapang rumah lah katakan. Nak buat review pun tak lepas-lepas. Ni ada masa free sikit, dapatlah aku buat sikit. Vampire Knight ni aku tengok tahun lepas (kot). Ada watak yang aku sebut dalam ni, tapi aku tak buat summary pasalnya sebab dia ada dalam season 2 je, bukan season 1. So, kena tunggu aku review yang season 2 pulak. Hehehe. Lepas ni aku nak try buat preview untuk anime yang panjang sikit episodnya. Anime yang dah lama aku tengok pun aku nak bubuh sekali dalam ni, macam Cardcaptor Sakura, Digimon (walaupun korang dah tahu citer tu macam mana. Hahahahaha).



Genre : Supernatural, Mystery, Action, Romance, Comedy
Episode : 13
Star : 5/5
Fav Character : Kiryuu Zero

Tuesday, August 5, 2014

[Drawing] Mata Anime Gaya Vampire Knight.



Saja aku lukis mata Kuran Kaname dari anime Vampire Knight ni. Gaya mata anime ni bagi aku tak susah, tapi banyak step nak kena buat (dah lah aku ni jenis manusia pemalas. Muahahaha). Banyak lagi boleh diperbaiki. Ni pun sebab tengah kumpul gambar nak buat review, tetiba datang akal nak try buat mata diorang. Aku pun nak try mata anime gaya Haikyuu!! dengan Ace of Diamond, sebab mata diorang cantik. Hehehe.

Sama tak, sama tak? Hmmm... Tak berapa nak menjadi sangat. Maybe sebab bulu mata dia kurang kot. Hahaha~
Next time aku bubuh bulu mata banyak-banyak sikit. Biar penuh bulu mata je.
evil smile onion head


Listening to : Ailee - I'll Show You


[Review : Anime] Psycho-Pass

Selamat Hari Raya!!! Masih lagi dalam mood berhari raya, tapi aku dah start kerja hari sabtu tadi. Huhu. Duit Raya terkumpul tahun ni adalah dalam RM200, tapi aku dah habiskan tadi beli speaker PC. Ngehehehehehehehehe. So sekarang aku nak review anime Psycho-Pass sebelum tidur~



Genre : Supernatural, Action, Sci-Fi, Thriller, Mystery, Psychological
Episode : 22
Star : 4/5
Fav Character : None