AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, July 14, 2014

[Review: Anime] Zetsuen no Tempest - The Civilization Blaster

Yo! Hari ni aku ada banyak masa free, so aku ingat nak update anime review. Baru-baru ni, aku cari bahan untuk anime yang aku rasa memang sepatutnya letak genre psychology, sebab banyak sangat term psycho dalam tu, sampai aku pun rasa cam nak psycho orang~



Genre : Supernatural, Action, Romance, Drama
Episode : 24
Star : 3/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Berkisarkan mengenai remaja lelaki, Takigawa Yoshino dan Fuwa Mahiro yang adik perempuannya dibunuh secara misteri setahun sebelumnya. Mahiro berhubung dengan Kusaribe Hakaze, ketua puak Kusaribe yang terkandas di pulau yang tidak di ketahui  oleh pengikutnya. Mahiro bersetuju untuk membantu Hakaze dengan balasan yang Hakaze membantu Mahiro dalam mencari pembunuh keluarganya. Mengetahui niat rakannya, Yoshino menyertai Mahiro untuk menentang puak Kusaribe yang berhasrat untuk membangunkan Pokok Exodus, yang mana kuasanya boleh menghancurkan dunia.

WATAK UTAMA

Takigawa Yoshino
Seorang yang tenang dan santai. Menyertai Mahiro untuk menghentikan Pokok Exodus. Merupakan teman lelaki Fuwa Aika, dan tidak boleh terima kematian Aika yang dibunuh secara misteri.

Fuwa Mahiro
Anak usahawan yang berjaya, dan merupakan abang tiri Aika dan kawan baik Yoshino. Tak ambil berat mengenai nasib dunia, Mahiro hanya ingin membalas dendam terhadap pembunuh keluarganya, terutama sekali untuk Aika. Suka bertindak melulu. Mempunyai perasaan terhadap Aika.

Kusaribe Hakaze
Ketua puak Kusaribe, juga dikenali sebagai Magician of Genesis dan bertanggungjawab dalam melindungi Pokok Genesis, di mana merupakan sumber kuasa sihir untuk puaknya. Dikhianati pembantunya, Samon yang menghantarnya ke pulau yang tidak diketahui. Dia menggunakan kuasa sihirnya yang terakhir untuk mencipta sepasang anak patung kayu yang mana satu darinya dimasukkan dalam botol dan dicampakkan ke dalam laut, dan lagi satu disimpan. Anak patung tersebut dijumpai oleh Mahiro dan dari situ mereka berhubung dengan satu sama lain. Menyimpan perasaan terhadap Yoshino.

Fuwa Aika
Dibunuh setahun sebelumnya, bersama ibu bapa angkatnya. Merupakan adik tiri Mahiro dan teman wanita Yoshino. Aika merupakan kunci kepada kesemua misteri yang menyelubungi mereka. Ianya didedahkan yang Aika merupakan Magician of Exodus, sebelum kematiannya ketika Hakaze kembali pada masa ketika Aika dibunuh.


WATAK SAMPINGAN

Kusaribe Samon
Bekas pembantu Hakaze yang merampas kedudukan Hakaze dengan niat ingin membangunkan Pokok Exodus untuk menghalang kebangkitan Pokok Genesis.

Kusaribe Natsumura
Orang kanan Samon dan salah seorang ahli sihir yang terbaik dalam puak Kusaribe. Bertarung menggunakan lembing.

Kusaribe Tatsuma
Orang bawahan Samon dan ahli sihir puak Kusaribe. Pintar dan percaya dengan tujuan dunia. Disebabkan kepercayaan inilah dia sangat tak sukakan Hakaze sebab menolak tujuan tersebut kerana dilindungi oleh Pokok Genesis. Mempunyai tatu anak panah pada mukanya.

Hoshimura Junichirou
Ahli puak Kusaribe yang meninggalkan puak tersebut untuk mengelakkan konflik sebab tak suka pergaduhan. Menghadiri kolej dan bersikap natural. Pakar dalam seni mempertahankan diri. Tak ada sesiapa termasuk Hakaze yang boleh melepasi pertahanan Junichirou. Sangat fetish terhadap dada wanita.

Hanemura Megumu
Magician of Exodus sekarang. Kuasanya mula ada setelah kematian Fuwa Aika, dan dipilih oleh Pokok Exodus untuk menggantikan Aika dan menjadi lebih kuat bila puak Kusaribe cuba untuk menghidupkannya. Sihir Megumu hanya fokus pada kemusnahan dan tak memerlukan barang persembahan untuk diaktifkan.

Yamamoto Evangeline
Agen Jepun yang bekerja di bawah Hayakawa Takumi untuk menyiasat Mahiro dan hubungannya dengan Hakaze.

Hayakawa Takumi
Pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang mempunyai pengetahuan mengenai sihir, berdasarkan pertalian moyangnya dengan puak Kusaribe.


SCREENCAPS







































































ULASAN
Kalau lah korang peminat tegar Shakespear/Hamlet, korang mesti faham citer ni.
woa onion head
Aku jadi confuse sebab aku tak faham langsung quote yang dia ambil dari karya Shakespear/Hamlet. Memang nak kena tengok sampai episode last-last kalau nak faham jalan cerita. Yang bestnya, aku boleh teka yang Aika ni Magician of Exodus before diorang dedahkan identitinya sebenar. Aku selalu ada instinct Detective Conan kalau aku tengok cerita misteri. Hoho.
uhuhuh onion head
Siri ni, feelingnya berat (untuk anime). Sebab nak kena faham betul-betul apa yang cuba disampaikan. Fighting scene pun kurang. Flashback Aika pun buat aku frust sebab tergantung.
stress onion head
 Patut masuk dalam genre psikologi jugak ni. Sebab buat aku banyak berfikir. Haha.


Listening to : Hemenway - Dust


No comments: