Osu~
Kali ni nak review pasal anime Tokyo Ravens pulak. Aku habis tengok dalam 3 bulan lepas kot. Tapi citer ni tergantung. So maybe nanti akan ada season 2.
Genre : Supernatural,
Action, Romance, Comedy
Episode : 24
Star : 4/5
SINOPSIS
Dalam
peristiwa yang dipanggil Great Disaster, Jepun mengalami keadaan huru-hara
disebabkan oleh onmyouji (bomoh). Tsuchimikado Harutora dilahirkan di dalam
keluarga onmyouji tetapi tidak memiliki kuasa onmyouji. Dia hidup normal
seperti budak remaja lelaki biasa. Suatu hari, sepupunya yang dah lama
terpisah, Tsuchimikado Natsume, tiba-tiba muncul. Semasa mereka kecil, Harutora
pernah berjanji pada Natsume yang dia akan menjadi shikigami Natsume, dan
Natsume balik untuk meminta Harutora tunaikan janji tersebut. Pertarungan
onmyouji bermula sejak pertemuan itu.
WATAK UTAMA
Tsuchimikado Harutora
Lahir dalam keluarga onmyouji,
tapi tak ada kuasa langsung. Tetapi sebenarnya, kuasanya dikunci oleh bapanya
atas sebab tertentu. Separuh dari kuasanya di buka oleh Natsume supaya Harutora
dapat lihat roh untuk membantunya dalam pertarungan onmyouji. Harutora sangat
baik kepada setiap orang yang dia jumpa, dan cuba untuk kekalkan sikap mesra
dengan rakan sekelas dan gurunya. Sangat lemah dalam pelajaran dan selalu kena
dera dengan Natsume, supaya tak kena ulang tahun persekolahan balik. Identiti
Harutora sebenarnya adalah kelahiran semula bagi Tsuchimikado Yakou.
Tsuchimikado Natsume
Pewaris keluarga Tsuchimikado,
dan merupakan onmyouji tersohor yang menghadiri sekolah di Tokyo. Natsume
dianggap sebagai kelahiran semula Tsuchimikado Yakou, tetapi sebenarnya bukan.
Dia menyamar sebagai pelajar lelaki atas arahan bapanya. Natsume sebenarnya
seorang pemalu dan sangat rendah diri, dan cemburu apabila Harutora bercakap
dengan perempuan lain. Dia menyimpan perasaan terhadap Harutora semenjak kecil.
Menggunakan shikigami yang bernama Hakuto untuk berinteraksi dengan Harutora
pada awal cerita.
Ato Touji
Bekas samseeng dan kawan baik
Harutora di sekolah. Berkebolehan dalam mengesan roh istimewa dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam onmyodo. Mangsa Great Disaster dua tahun yang lalu,
dan menyebabkan dia mejadi separuh oni (raksasa), akibat daripada peristiwa
tersebut dan belajar untuk mengawal oni. Sebab utama masuk Akademi Onmyou
adalah untuk menyucikan oni dalam badannya.
Kon
Shikigami kepada Harutora. Roh
musang perak yang berbadan kecil, yang memakai baju ala-ala miko, dan
menggunakan wakizashi, yang berkhidmat untuk puak Tsuchimikado dari dulu lagi.
Di sisi Harutora sejak Harutora menjadi shikigami kepada Natsume. Tapi
disebabkan kesedaran dan kuasa rohani yang rendah, dia tak dapat dengar dan
lihat Kon. Mempunyai pemikiran dan boleh bertindak sendiri, serta sangat setia
dengan tuannya. Shikigami jenis Gohou.
Dairenji Suzuka
Twelve Divine Generals paling
muda dan digelar The Prodigy. Anak kepada Devine General yang telah meninggal
dan bekas ketua Twin Horn Syndicate (Sindiket Dua Tanduk), Dairenji Shidou.
Suzuka pada mulanya adalah penjenayah yang dikehendaki kerana mengkaji dan
menggunakan sihir terlarang. Dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman iaitu perlu
menghadiri Akademi Onmyou dan kuasa onmyouji-nya dikunci. Dia kemudian bertemu
Harutora dan menyertai kumpulannya dalam menumpaskan Twin Horn Syndicate.
Kurahashi Kyouko
Cucu kepada pengarah Akademi
Onmyou dan pewaris keluarga Kurahashi. Pelajar terbaik di akademi dan di antara
3 orang pelajar yang diketahui mempunyai shikigami jenis Gohou yang mengandungi
dua Yaksha (nature spirit) siri buatan manusia, dipanggil Hakuou dan Kokfuu. Menyimpan
perasaan terhadap Harutora sejak kecil.
Momoe Tenma
Merupakan pewaris keluarga Momoe
yang mempunyai syarikat Witchcratf Corps. Rakan sekelas yang berkawan dengan
Harutora dan Touji sejak hari pertama mereka mendaftar di akademi. Mempunyai
pengetahuan yang tinggi mengenai
pelbagai kejadian semasa dalam dunia onmyouji, dan kadangkala membantu Harutora
dalam pelajarannya. Seorang yang pengecut tapi banyak menghadapi pertarungan
bersama-sama dengan Harutora dan yang lain-lain.
Ohtomo Jin
Guru kelas Harutora. Seorang
yang aneh yang cenderung untuk lebih santai daripada apa yang diharapkan dari
seorang guru, hingga ada yang menyatakan dia jenis tak bertanggungjawab. Tapi
dia sebenarnya sangat bagus dalam memberi nasihat kepada pelajar, dan dikenali
sebagai aktivis yang membangkang polisi sekolah yang membebankan pelajar.
Merupakan bekas Divine General yang dikenali sebagai The Shadow.
WATAK SAMPINGAN
Kurahashi Miyo
Pengarah Akademi Onmyou, ketua
keluarga Kurahashi, dan nenek kepada Kyouko. Terkenal dalam dunia onmyouji.
Keluarga Kurahashi dikatakan sebagai puak yang terkuat yang mempengaruhi
politik onmyouji. Diviner yang mahir. Antara orang yang mengenali Yakou secara
peribadi. Mempunyai kucing yang digunakan sebagai utusan untuk menyampaikan maklumat
dalam jarak yang jauh.
Kogure Zenjirou
Pegawai/ Exorcist Bebas yang
juga merupakan salah satu Divine General yang dikenali sebagai Omnipotent
Sword, bekerja di bawah Agensi Onmyou bersama-sama dengan Kagami Reiji. Rakan
sekelas Jin dalam kelas ke-36 di Akademi Onmyou. Shikigaminya adalah sepasang Tengu
(gagak) yang dipanggil Karasu-Tengu.
Kagami Reiji
Onmyouji Kelas Pertama, juga
Divine General yang dipanggil Ogre Eater. Personality yang kasar dan tak ambil
peduli mengenai orang lain. Mempunyai parut besar pada dahinya. Merupakan
Pegawai/Exorcist Bebas. Kuasanya dikunci oleh Kurahashi Genji untuk
mengurangkan kuasa rohaninya, tetapi kuasa utama datang daripada oni yang dia
makan.
Kurahashi Genji
Ketua Biro Exotisme juga Ketua
Agensi Onmyou, dan Divine General yang dipanggil Heaven’s Bearer. Ayah Kyouko
dan anak Miyo. Seorang yang dihormati yang mempunyai keinginan yang kuat,
bercita-cita tinggi dan minda yang tajam.
Amami Daizen
Ketua Bahagian Penyiasatan
Sihir Agensi Onmyou, juga Divine General yang dipanggil The Divine Fan. Senior
kepada Jin semasa Jin bekerja di Bahagian Penyiasatan Sihir Agensi Onmyou.
Kawan lama Miyo, dan selalu panggilnya Miyo-chan. Pakar dalam sihir ilusi,
Kodama dan mengarah dua shikigami buatan manusia berkelas tinggi iaitu Kinji
dan Ginji.
Souma Takiko
Gadis misteri yang muncul
depan Havenly Altar. Dia menyatakan yang dia adalah seorang pelajar, tetapi
Harutora, Natsume dan Touji tak pernah nampak dan dengar nama dia. Ahli
Keluarga Souma yang terakhir mempunyai asal-usul Diraja dan menjadi Shrine
Maiden. Juga salah seorang ahli Twin Horn Syndicate yang lama.
Ashiya Douman
Salah satu onmyouji yang hebat semasa Era Abe no Semei. Pesaing Abe no Semei, dan bertarung dengannya
hampir seribu tahun lalu. Menunjukkan minat pada kelahiran semula Yakou dan
dilihat mempunyai hubungan dengan Twin Horn Syndicate. Dia bukan lagi manusia
tapi merupakan oni fasa 5. Dia memaksa dirinya berada pada fasa 3, sebab kalau
jadi fasa 5, dia bukan lagi menjadi Ashiya Douman. Kemudiannya menjadi
shikigami Jin.
SCREENCAPS
Tak banyak screencaps yang aku dapat kat pakcik google. Tapi ape pun, terima kasih.

ULASAN
Citer ni banyak menggunakan term onmyouji yang aku memang
tak faham. T_T. Babak pertarungan tak berapa menarik. Macam banyak hole je.
Tapi aku tak mengantuk pun tengok citer ni. Yang aku geram, kenapalah si
Harutora ni lembap sangat nak sedar yang Hakuto tu sebenarnya Natsume? Aku yang
tukang tengok pun boleh syak awal-awal. Banyak kot hint yang diorang bagi pasal
orang yang hantar Hakuto tu kat dia. Tak apalah, yang penting Touji nampak
handsome dalam ni. Ehehehehehehe.
Listening to : Miyano Mamoru - Orpheus (OST Uta no Prince-sama)
No comments:
Post a Comment