AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, July 12, 2014

[Review: Anime] Special A

Aku tak tidur pun malam ni sebab nak prepare sahur. Actually, aku kena tidur awal dalam pukul 10, 11 malam. Tapi tadi, mata tak ngantuk lagi. Aku kalau mata lepas pukul 12 still tak mau pejam lagi, memang aku tak tidur, takut terlepas sahur. Family aku yang lain, tahu bangun je lauk sahur dah siap. =.=



Genre : Shoujo, Romance, Comedy
Episode : 24
Star : 4/5
Fav Character : Takishima Kei


SINOPSIS
Hanazono Hikari selalu berada di tempat kedua selepas Takishima Kei. Semasa mereka berumur 6 tahun, bapa mereka yang sangat berminat dengan sukan wrestling memperkenalkan antara satu sama lain. Menganggap yang dia lebih hebat dalam wrestling, Hikari mencabar Kei, dan dikalahkan oleh Kei. Sejak dari hari itu, Hikari berazam untuk mengalahkan Kei sama ada dalam peperiksaan, sukan atau dalam apa-apa pertandingan. Untuk melakukan semua itu, Hikari mendaftar di sekolah yang sama dengan Kei sejak dari sekolah rendah. Kini dia menghadiri Hakusenkan, sekolah tinggi untuk golongan elite dan kaya. Hikari dan Kei merupakan Top 2 di sekolah di mana Kei masih berada pada tempat pertama.


WATAK UTAMA

Hanazono Hikari
Pelajar yang berada pada kedudukan nombor 2 dalam sekolah. Seorang yang bertenaga dan baik hati, tapi agak lambat dalam benda-benda kecil, terutama mengenai cinta (sampai Kei cium dia pun, dia ingat tanda terima kasih dari Kei~). Tak seperti rakan-rakannya, dia datang dari keluarga sederhana , dan ayahnya merupakan tukang kayu. Dia langsung tak sedar perasaan Kei terhadapnya, tetapi akhirnya sedar yang dia mencintai Kei.

Takishima Kei
Pesaing Hikari dan memegang kedudukan nombor 1 di sekolah. Sangat bagus dalam semua perkara dan selalu menang mudah. Kei jatuh cinta pada Hikari sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi Hikari terlalu mementingkan persaingan mereka dan tak sedar perasaan Kei. Cuba mengekalkan sikap cool dan tak ada perasaan, tapi mudah hilang sabar bila Hikari dalam masalah, atau rapat dengan lelaki lain. Anak kepada CEO syarikat Takishima Corporation.

Yamamoto Jun
Memegang kedudukan nombor 3 di sekolah. Merupakan anak penerbit muzik dan vokalis yang berbakat. Sangat posesif terhadap Tsuji Ryuu, dan mengambil berat mengenai Ryuu. Pemalu apabila berada di kalangan pelajar perempuan, yang menyebabkan dia mempunyai split personality, yang membolehkan dia menarik hati perempuan dengan mudah sekali. Pendiam dan jarang terlibat dalam apa-apa pertelingkahan.

Yamamoto Megumi
Memegang kedudukan nombor 4 di sekolah. Kakak kembar Jun. Sangat rapat dengan Ryuu sejak dari kecil lagi. Menolak untuk bercakap kerana nak jaga suaranya untuk menyanyi, dan menulis apa yang dia nak cakap atas sketchpad. Nyanyian selalu buat orang pengsan, tapi boleh menyanyi dengan baik di tempat yang terbuka dan jarak yang baik. Sangat teruk dalam aktiviti sukan dan tak suka aktiviti olahraga.

Karino Tadashi
Memegang kedudukan ke 5 dalam sekolah, dan merupakan anak Pengarah Akademi Hakusenkan. Suka mengembara berseorangan dan buat apa yang dia nak buat. Sangat suka makan manisan, lebih-lebih lagi yang dibuat oleh Toudou Akira. Mempunyai perasaan terhadap Akira, tapi tak tahu macam mana nak bagitahunya. Mula keluar bersama Akira selepas insiden perjumpaan perkahwinan.

Toudou Akira
Memegang kedudukan ke 6 dalam sekolah, sangat sukakan Hikari yang menyebabkan dia sangat melindungi Hikari, lebih-lebih lagi apabila Kei dan Hikari bersama. Sangat sukakan afternoon tea, dan tertarik kepada perempuan yang comel. Walaupun menyukai Tadashi, Akira dilihat selalu belasahnya. Akira merupakan anak kepada CEO syarikat penerbangan.

Tsuji Ryuu
Memegang kedudukan ke 7 dalam sekolah, dan merupakan anak kepada CEO syarikat kereta sport. Sangat sayangkan haiwan, sangat bagus dalam menguruskan kanak-kanak. Rapat dengan kembar Jun dan Megumi sejak kecil. Berada pada tempat ke 7 kerana bimbangkan Jun dan Megumi yang selalu tertidur ketika ujian, daripada dirinya sendiri. 


WATAK SAMPINGAN

Saiga Yahiro
Seorang yang riang tetapi mempunyai dark side. Kawan Akira sejak kecil. Menghadiri Akademi Koukusen. Menyimpan perasaan terhadap Akira dari kecil, tapi kemudiannya menyimpan perasaan terhadap Megumi. Yahiro merupakan pewaris kepada syarikat Kumpulan Kewangan Saiga. Tak seperti luarannya, Yahiro sebenarnya baik pada dalaman.

Ushikubo Sakura
Merupakan anak Ketua Kumpulan Pengeluar Perubatan Ushikubo. Merupakan pasangan Kei dalam perjumpaan perkahwinan. Tapi kemudiannya jatuh cinta pada Jun. Sangat benci orang yang tak jujur, dan moto keluarganya berdasarkan kepada kejujuran dan menghukum mereka yang tak jujur.

Ogata Aoi
Setiausaha junior kepada President Tsukishima, datuk Kei. Sering berfungsi sebagai utusan Presiden. Berusia 19 tahun, dan mempunyai sikap yang tenang dan dingin, selalu tak tunjukkan perasaan, tak pernah senyum, tetapi sebenarnya baik dan janggal dalam bersosial untuk perkara-perkara tertentu. Cuba membawa Kei berpindah dari Jepun ke London atas arahan Presiden.


SCREENCAPS





























ULASAN
THUMBS UP!!! Citer ni best, kelakar lagi-lagi part bila Kei ingat Hikari sedar yang dia suka Hikari, tetapi sebenarnya tak sebab Hikari memang dungu gila bab-bab cinta ni. Perfect guy is right word for Kei, sebab tu aku jatuh cinta dengan dia. Hahahahaa~ Mula-mula buat muka cool and city guy, tapi berubah jadi dumb face sebab Hikari jugak. Hehehehe. Aku tak berapa suka ending dia. Tak best. Sebab aku rasa, ending dia boleh jadi lagi best kot. Tapi memang banyak benda tak masuk akal dalam citer ni, macam bela gajah dalam apartment...
bird onion head
Tapi tu yang seronok dan kelakar. Seriously recommend dekat korang!


Listening to : 4Minutes - Welcome To The School (OST KDrama School 2013)


Post a Comment