AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, July 6, 2014

[Review: Anime] Shaman King

Pernah tak korang tengok anime ni masa kecik-kecik dulu? Ala, anime ni ditayangkan sekali masa zaman Cardcaptor Sakura ngan Digimon. Time tu, aku tak habis tengok. Macam banyak skip episod je. Huhuhu. So, dua tahun lepas aku download citer ni dan tengok sekali lagi. Hehehe.



Genre : Supernatural, Superpower, action, comedy
Episode : 64
Star : 5/5
Fav Character : Asakura Yoh

SINOPSIS
Berlatar belakangkan dunia shaman (bomoh), dimana manusia mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dan bertarung dengan roh. Siri anime ni berkisarkan mengenai Asakura Yoh, budak lelaki yang mempunyai kuasa shaman yang kuat daripada Keluarga Asakura. Yoh menyertai Pertandingan Shaman, acara semi-millenniel yang menarik shaman dari seluruh dunia untuk bertanding dan berpeluang menjadi Raja Shaman dan boleh menggunakan Great Spirit. Dalam proses untuk menjadi Raja Shaman, Yoh berkawan dan bermusuh dengan shaman yang lain, dan perlahan-lahan mempelajari apa sebenarnya Pertandingan Shaman, dan hubungannya dengan Asakura Hao.


WATAK UTAMA

Asakura Yoh
Seorang yang easy-going, santai dalam melakukan setiap benda, dan berkebolehan untuk melihat hantu, berkawan dengan Manta dan mendedahkan yang dia sebenarnya sedang berlatih untuk menyertai Pertandingan Shaman. Sangat malas untuk berlatih betul-betul, tetapi didorong oleh janji yang dibuatnya pada tunangnya, Anna, untuk berinya kehidupan yang senang selepas menjadi Raja Shaman, Yoh tetap menjalani latihan yang diberikan oleh Anna. Amidamaru adalah hantu penjaga Yoh, jenis seireri-class.

Oyamada Manta
Kawan baik Yoh, dan manusia normal pertama yang cuba untuk memahami Yoh. Sangat bijak dan rajin belajar, dan selalu membawa buku-buku yang tebal. Selalu panic dan over-exited. Fizikalnya kecil dan pendek, dan menjadi isu sensitive baginya. Walaupun bukan shaman, Manta boleh melihat roh dan kadang-kadang menggunakan Mosuke (kawan baik Amidamaru) untuk oversoul dalam masa yang singkat je (kalau lebih, pengsan, sebab tak ada kuasa shaman yang cukup untuk oversoul). Mosuke adalah hantu penjaga jenis manusia.

Kyouyama Anna
Tunang Yoh dan itako (perantara roh) yang kuat, mempunyai kebolehan untuk memanggil dan menyalur (channel) roh walaupun dari syurga. Agresif, tegas, dingin dan kasar. Selalu memberikan latihan yang susah untuk Yoh dengan tujuan agar Yoh menjadi lebih kuat fizikal dan mental, dan mampu bertarung dengan baik dalam Pertandingan Shaman. Anna mempunyai dua hantu penjaga iaitu Zenki dan Goki, jenis shikigami (demon).

Tao Ren
Seorang yang serius, berfikiran logik, dan suka emosi sendiri. Mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan ketegasan dan keyakinan pada luaran, tapi hakikatnya dia sanggup menggadai nyawanya untuk selamatkan kawan-kawannya. Bukan seorang yang penyabar, dan panas baran. Salah satu shaman yang kuat dan sangat mahir. Bason adalah hantu penjaga yang Ren guna untuk oversoul, jenis seireri-class.

Asakura Hao
Watak antagonist utama dalam citer ni. Kembar dan moyang kepada Yoh. Merupakan kelahiran semula kali kedua baginya. Peserta paling kuat dalam Pertandingan Shaman. Walaupun sentiasa menunjukkan kekejaman terhadap lawannya, Hao bersikap easy-going dan mesra, sama seperti personliti Yoh. Merupakan pengasas kepada keluarga Asakura seribu tahun yang lalu. Membunuh peserta Pertandingan Shaman beberapa bulan sebelum pertandingan bermula, dan mengumpulkan pengikut untuk membantunya menang dalam Pertandingan Shaman. Spirit of Fire adalah hantu penjaganya, jenis kami-class (god-class).


WATAK SAMPINGAN

Umemiya Ryuunosuke
Lebih dikenali sebagai “Pedang Kayu Ryuu”, adalah ketua geng yang selalu mencari “Best Place” untuk lepak bersama ahli-ahli gengnya. Gengnya dikenali sebagai Dead Enders dan sangat setia dengan Ryuu. Seorang yang bersemangat, dan beremosi yang sangat sayangkan kawan-kawannya, dan bersedia untuk berkorban apa saja, walaupun dirinya sendiri untuk mereka. Anna menyedari bakat Ryuu sebagai shaman dan memberikan latihan agar Ryuu boleh bertarung bersama-sama dengan Yoh. Ryuu punya hantu penjaga adalah Tokageroh, jenis seireri-class.

Horohoro
Seorang sentiasa ceria dan mempunyai sifat yang baik, tetapi menjadi serius dalam situasi yang membahayakan. Selalu bergaduh dengan Rend an nampak seperti tak boleh get along, tetapi sebenarnya sangat-sangat care dengan Ren. Sangat berahsia dan tak mahu bercakap mengenai masa silamnya. Kororo adalah hantu penjaga jenis nature spirit yang dimiliki oleh Horohoro.

Faust VIII
Generasi ke lapan lagenda Doktor Faust. Seorang yang sangat terperinci dan sabar yang berfikiran scientific, melainkan perkara-perrkara yang melibatkan Eliza, isterinya. Seorang sangat berdedikasi dan give up segala-galanya untuk isterinya, dan bersedia melakukan apa saja untuk melindungi Eliza. Faust nampak gila, tetapi doctor yang amat cerdik yang happy ketika selamatkan nyawa orang lain. Isterinya, Eliza merupakan hantu penjaganya, jenis hantu manusia.

Lyserg Diethel
Shaman muda dari England yang nak jadi detektif hebat seperti bapanya. Ibubapanya dibunuh oleh Asakura Hao, jadi motif utama Lyserg menyertai Pertandingan Shaman adalah untuk membalas dendam terhadap Hao. Mula-mula menyertai pasukan Yoh, tapi kemudiannya menyertai X-Laws, sebuah kumpulan yang focus untuk menghapuskan Hao, tetapi kembali kepada Yoh dan rakan-rakan, dengan tujuan untuk lindungi mereka. Hantu penjaga Lyserg adalah Morphine, jenis nature spirit.

Chocolove McDonnel
African-America shaman yang berasal dari New York, yang bercita-cita nak jadi pelawak. Suka berlawak jenaka, tetapi kebanyakan lawaknya tak masuk akal. Matlamatnya untuk jadi Raja Shaman dan pelawak yang terbaik, yang diilhamkan oleh Masternya. Chocolave percaya, yang ketawa adalah ubat terbaik, dan tak pernah putus asa untuk hasilkan jenaka yang diperlukan untuk buat orang ketawa. Hantu penjaga Chocolave  adalah Mic, jenis animal spirit.


HANTU PENJAGA

Amidamaru

Kororo

Zenki dan Goki

Mosuke

Bason

Tokageroh

Eliza

Morphine

Spirit of Fire


SCREENCAPS
Nostalgia bila tengok screencaps dia. Nak sekolah balik!!!~ sobsob
hell yes onion head





























ULASAN
One of an action anime that I really love! Sangat-sangat best. Boleh tengok sampai 2,3 kali kot. Masa nak buat review ni pun aku sempat lagi bukak episode last-last nak tengok scene diorang bertarung. Hehehe. Citer zaman sekolah dulu, tapi still anime kegemaran sepanjang zaman~ Best sangat bila tengok macam mana takutnya Yoh dengan Anna masa Anna datang lawat dia kat Tokyo. Kekekeke. Actually, citer ni tergantung. Kalau nak tahu citer penuh dia, kena baca manga la. Aku pun dok terkedek-kedek lagi nak habiskan manga dia. T_T. Aku siap baca chapter last dulu, yang Yoh dengan Anna dah kahwin dan dapat anak. Punya malas tahap gaban! Hahahaha~ Hope sangat yang diorang boleh remake anime ni dan sambung episode yang tergantung tu~
happy onion head
P/s : Aku recommend korang dengar lagu penuh opening kedua anime ni. Serius best! Aku siap boleh hafal lirik lagi~


Listening to : Hayashibara Megumi - Northen Lights (OST Shaman King)


No comments: