AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, July 7, 2014

[Review: Anime] Kimi ni Todoke

Review untuk kali yang kedua dalam 1 hari!! Aku hari ni ada lah sikit masa free, so aku buatlah lagi satu review. Aku, kalau boleh nak cepat-cepat habis buat review anime-anime yang aku dah tengok. Tak sabar nak share dengan korang. Hehehehehe.



Genre : Romance, Shoujo, Slice of Life, Comedy
Episode : 25
Star : 5/5
Fav Character : Kazehaya Shota

SINOPSIS
Kuronuma Sawako (dipanggil Sadako) selalu ditakuti dan salah faham oleh orang sekeliling disebabkan oleh penampilannya. Khabar angin tersebar di sekolah yang mengatakan dia boleh nampak hantu dan menyumpah orang. Walaupun mempunyai penampilan yang suram, Sawako sebenarnya seorang yang sweet dan pemalu yang dah lama ingin berkawan dan disukai ramai. Suatu hari, pelajar lelaki popular, Kazehaya Shouta menegur dan mula bercakap dengan Sawako. Semenjak hari itu, kehidupannya mula berubah. Dia berada dalam dunia baru, berkawan dan bersembang dengan pelajar-pelajar lain. Dia sangat-sangat berterima kasih pada Kazehaya yang membuka peluang untuk dirinya mempunyai kawan. Perlahan-lahan, bibit-bibit cinta mula berkembang di antara mereka berdua.


WATAK UTAMA

Kuronuma Sawako (Sadako)
Seorang gadis yang pemalu dan jujur dalam mencari kawan, tetapi disebabkan penampilannya seperti watak hantu dalam citer The Ring, ianya menyukarkan Sawako untuk berkawan. Mengagumi  Kazehaya kerana caranya yang mudah mesra dengan orang lain. Tapi perasaan kagum tu perlahan-lahan berubah jadi perasaan suka pada Kazehaya.

Kazehaya Shouta
Pelajar lelaki yang sangat popular ketika di sekolah menengah, dan sangat ceria dan mesra dengan semua orang. Tak boleh lihat ada pelajar yang dipinggirkan, dan akan pastikan pelajar tersebut mendapat tempat dikalangan pelajar yang lain. Mula bersembang dengan Sawako dan membantu dalam setiap hal, tapi lama-kelamaan jatuh cinta pada Sawako kerana perwatakannya yang jujur.


WATAK SAMPINGAN

Yano Ayane
Kawan baik kepada Sawako. Boleh dikatakan paling matang dalam kumpulan dan mempunyai teman lelaki yang belajar di kolej. Perseptif dan pintar, dan cenderung untuk ambil maklumat yang perlu sahaja dan menyebabkan orang lain tertanya-tanya. Sangat mengambil berat mengenai hubungan Sawako dan Kazehaya.

Yoshida Chizuru
Kawan baik kepada Sawako, dan kawan dan jiran Ryuu semenjak kecil. Gadis tomboy, malah mengaku apabila Ryuu mengatakan bahawa mereka adalah adik beradik lelaki. Menjadi sangat-sangat sensitive pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi yang melibatkan Sawako.

\
Sanada Ryuu
Merupakan kawan dalam kumpulan Sawako. Sangat pendiam dan jarang bercakap, tapi masih berkomunikasi dengan Sawako. Kawan baik Kazehaya semenjak sekolah rendah kerana menyertai kelab baseball bersama-sama. Menyimpan perasaan terhadap Chizuru.

Arai Kazuichi (Pin)
Guru kelas sementara bagi kelas Sawako, ambil alih ketika guru kelas jatuh sakit pada musim panas. Lebih dikenali sebagi Pin dikalangan pelajarnya. Jurulatih pasukan baseball sekolah. Mengenali Kazehaya sejak Kazehaya kecil kerana ayah Kazehaya merupakan jurulatih pasukan baseball yang disertai oleh Pin. Banyak simpan  rahsia mengenai Kazehaya ketika dia kecil.

Kurumizawa Ume
Gadis yang nampak baik dan mesra dikalangan pelajar-pelajar, dan menyimpan perasaan terhadap Kazehaya semenjak dari sekolah menengah lagi. Menyebabkan yang Kurumi mengenali Kazehaya lebih dalam, walaupun mereka sebenarnya tak rapat. Cemburu dengan Sawako sebab Sawako sentiasa dilihat bersama dan rapat dengan Kazehaya. Kurumi berusaha sedaya upaya supaya Sawako dan Kazehaya tidak menjadi rapat, namun usahanya sia-sia apabila Kazehaya memilih Sawako sebagai orang yang dia suka.


SCREENCAPS
Try cari Sawako dalam ghost-mode, tapi tak jumpa banyak.
scary onion head







































ULASAN
BEST!!! Walaupun aku minat anime ber-genre aksi, tapi citer ni betul-betul menarik minat aku. Aku tak ngantuk langsung masa tengok. Aku habiskan dalam 1 hari je, pagi sampai malam sebab tak sabar-sabar nak tau apa yang terjadi dalam episode seterusnya. Masa aku tengok tu, semua perasaan ada. Suka, marah, geram, sedih (dah macam aku watak utama dalam siri ni. =.=). Scene kelakar tu jangan katalah. Memang gelak sakan aku. Hehehehehe. Suka macam mana Kazehaya boleh malu bila bersembang dengan Sawako. Seronok sebab suka tengok Kazehaya. Sweet, comel, handsome~
love onion head
Kawan-kawan Sawako, Ayane dan Chizuru pun banyak membantu menghidupkan lagi jalan cerita ni. Flow cerita tak bosan, dan sentiasa ada up and down. Dan buat kita frust sendiri bila tengok. Aku ingat yang episode last diorang dah couple dah, rupanya belum lagi. Bila scene Kazehaya berdua dengan Sawako dan malu, aku cepat-cepat tepuk tangan sebab sukaaaaaaaaaa giler~
embarrassed4 onion head
Comel kot~ Nak kidnap buat adik boley????. Kehkeh (berangan lebey~~~)


Listening to : Fukuhara Miho - Let It Out (OST Fullmetal Alchemist : Brotherhood)


Post a Comment