AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, July 7, 2014

[Review: Anime] Guilty Crown

Okeh, hari ni aku nak review pasal siri anime Guilty Crown pulak.



Genre : Superpower, Action, Drama, Sci-Fi
Episode : 22
Star : 3/5
Fav Character : Ouma Shu

SINOPSIS
Siri anime ni berlatarbelakangkan tahun 2039. Ianya mengenai pelajar lelaki Sekolah Tinggi Tennouzu, Ouma Shu yang secara tak sengaja memperoleh kebolehan yang dipanggil “Kuasa Raja-Raja” (The Power of Kings), yang membolehkan dia menarik keluar item yang dipanggil “Voids” daripada orang lain. Shu menyertai kumpulan pembangkang, Funeral Parlor, di mana bermatlamat untuk memulihkan kebebasan Negara Jepun daripada organisasi antarabangsa yang dikenali sebagai GHQ. Shu juga perlu berdepan dengan beban kebolehan atas bahunya sendiri, dan masa silamnya yang misteri dan mengerikan.


WATAK UTAMA

Ouma Shu
Berumur 17 tahun, seorang yang janggal dan merupakan pelajar tahun kedua Sekolah Tinggi Tennouzu, serta ahli kelab Kajian Video dan Imej Moden. Penglibatannya dalam siri ini bermula apabila dia bertemu dengan Yuzuriha Inori. Memperoleh kuasa daripada “Void Genome”, dan kuasanya mampu menarik void daripada orang lain. Menjadi seorang yang sangat serius ketika bertarung.

Yuzuriha Inori
Vocalist kumpulan Egoist yang berumur 17 tahun. Ahli kumpulan pembangkang, Funeral Parlor. Menjadi pasangan Shu dan menunjukkan emosi yang berbeza dan akhirnya jatuh cinta kepada Shu. Kuasa voidnya adalah pedang.

Tsutsugami Gai
Ketua Funeral Parlor yang sangat berkarisma dan misteri yang berumur 17 tahun. Dia berharap revolusi berjaya dengan bantuan “Kuasa Raja-Raja” dari Shu. Seorang yang menawan tapi mudah memanipulasi orang lain. Dia dilihat mampu melihat Void dalam badan seseorang dan sangat pandai. Strategist yang sangat hebat, mampu mencipta perancangan yang kompleks yang mampu ramal tindakan orang. Gai asalnya merupakan bahan eksperimen untuk menghasilkan Adam dan Mana.


WATAK SAMPINGAN
Samukawa Yahiro
Rakan sekelas Shu dan merupakan salah seorang kawan baik Shu. Dilihat outgoing dan mudah bersosial, tapi sebenarnya adalah pengedar dadah yang menggunakan code name “Sugar”.  Kuasa Void Yahiro adalah sepasang gunting besar yang mencabut nyawa.

Tamadate Souta
Rakan sekelas Shu dan merupakan peminat Inori. Seorang yang baik, yang selalu ambil berat mengenai rakan-rakannya. Geram sebab Shu seorang yang introvert, dan berharap Shu lebih berterus terang dengannya. Kuasa Void-nya berbentuk seperti kamera, dan membenarkan Souta untuk buka apa sahaja.

Menjou Hare
Rakan sekelas Shu yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap Shu. Seorang yang baik dan periang. Kuasa Void Hare berbentuk seperti bandage dan bertindak memulih dan membaiki apa sahaja.

Kusama Kanon
Sangat serius dan mempunyai personaliti yang matang. Kawan Yahiro dari kecil, dan dilihat mempunyai perasaan terhadap Yahiro. Kuasa Void-nya adalah visor yang boleh melihat dan mengesan benda dari jauh.

Kuhouin Arisa
Presiden Majlis Pelajar Sekolah Tinggi Tennouzu. Seorang yang memilih dan bersifat mulia. Menyimpan perasaan terhadap Gai. Kuasa Void-nya dipanggil “The Coward’s Shield”, perisai berbentuk seperti disc yang dikawal oleh alat berbentuk seperti bola.

Shinomiya Ayase
Juruterbang Endlave yang lumpuh yang menggunakan kerusi roda. Menyimpan perasaan terhadap Gai dan sangat setia kepadanya, tetapi kemudiannya mula menyimpan perasaan terhadap Shu. Seorang yang baik dan berhati cekal. Kuasa Void Ayase adalah sepasang pendakap kaki yang istimewa, yang membolehkannya meluncur dengan laju di atas tanah, melompat dengan kuasa yang mengagumkan, malah mampu terbang.

Tsugumi
Hacker berusia 14 tahun yang mengendalikan maklumat peperangan. Codname-nya ialah Black Swan, dan main site dia adalah sfera holografik di mana dia menggunakan seluruh tubuh badannya sebagai interface, apabila menggunakan sensor suit istimewa. Dia juga mengawal Funnel untuk melakukan kerja yang Shu dan Inori tak boleh buat. Kuasa Void Tsugumi ialah pengimbas tangan, yang boleh mencipta manusia unjuran holografik.

Tsukishima Argo
Berusia 17 tahun dan sangat mahir dalam hand-to-hand combat dan menggunakan pisau. Keras kepala dan senang marah bila ada orang mempersoalkan autoriti Gai. Kuasa Void-nya adalah lampu suluh yang membutakan sasaran sementara waktu dalam sfera kegelapan.

Oogumo
Bertubuh besar dan seorang yang pendiam yang pakar dalam senjata api dan bahan letupan. Cedera ketika melindungi Haruka, dan kemudian dibunuh oleh Segai.

Shibungi
Lelaki berusia 27 tahun dan orang kedua yang mempunyai autoriti dalam Funeral Parlor selepas Gai.

Kido Kenji
Pembunuh dan pengganas yang terkenal dengan insiden Pengeboman Sky Tree. Kenji sebelum ini ditempatkan di Fasiliti Pengasingan Empat GHQ sebelum diselamatkan oleh Shu dan Funeral Parlor. Hacker yang mahir seperti Tsugumi. Kuasa Voidnya ialah Gravity Gun.

Funnel
Ianya mungkin adalah mekanikal, tapi ada pelbagai jenis ekspresi muka. Walaupun kepunyaan Tsugumi, tapi banyak menghabiskan masa dengan Inori.


SCREENCAPS
Thanks to Uncle Google! Aku tak susun ikut episod tau~












































ULASAN
Mula-mula aku confuse giler flow citer ni. Tak paham langsung pasal Void semua tu. Yelah, mula-mula episode je dah ada scene kejar-mengejar, tembak-menembak. Tapi babak pertarungan memang best. Kesian sangat bila pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Tennouzu diasingkan daripada penduduk lain. Aku pun tak ingat sebab apa, maybe penyakit kot. Err..genome crystal?
lonely onion head
Huhuhu. Lama dah kot aku tengok citer ni. Tahun lepas kot? Huhuhu. Tapi yang paling sakit hati bila Shu terpaksa tanggung beban sorang-sorang lepas dia dapat “Kuasa Raja-Raja” tu. Masa episode last-last tu, dia boleh rawat orang yang terkena virus genome crystal tu guna tangan kirinya, tapi kesannya dia yang tanggung penyakit tu. Tapi dia tak dapat nak selamatkan Inori. Sobsob. Citer ni, kurang babak kelakar, lebih kepada drama. Aku tak rasa aku ketawa pun time tengok citer ni. Ada jugaklah scene yang buat aku menguap panjang sampai berairmata~


Listening to : May'n - Chase The World (OST Accel World)


Post a Comment