AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, July 5, 2014

[Review: Anime] Free!

Helloooo!
hi onion head
Korang peminat sukan renang? Aku ada anime yang sesuai kalau korang suka sangat kat sukan ni. Actually, kalau korang tak suka pun, korang akan jadi terminat sekali tengok citer ni. PERCAYALAHHHHHHHH sebab aku pun tak minat sukan renang, tapi aku suka citer ni. Hoho~



Genre : Sport, Comedy
Episode : 12
Star : 5/5
Fav Character : Nanase Haruka

SINOPSIS
Bermula daripada empat orang budak lelaki, Nanase Haruka, Tachibana Makoto, Hazuki Nagisa dan Matsuoka Rin sebelum mereka menamatkan sekolah rendah. Mereka berempat memasuki pertandingan renang, dan menang tempat pertama, tetapi memilih haluan masing-masing selepas pertandingan. Beberapa tahun kemudian, Haruka, Makoto dan Nagisa bertemu semula apabila mereka mendaftar di sekolah tinggi yang sama. Tak lama kemudian, Rin, yang sepatutnya belajar di Australia muncul dan mencabar untuk berlumba dengan Haruka, dan menang. Selepas kejadian tersebut, Nagisa mencadangkan untuk menubuhkan Kelab Renang dan menggunakan outdoor pool yang dah lama dan tak digunakan lagi di Sekolah Tinggi Iwatobi. Haruka, Makoto, Nagisa, tak lama kemudian Rei menubuhkan Kelab Renang Sekolah Tinggi Iwatobi dan bekerjasama menjayakan kelab tersebut. Mereka kemudiannya memasuki pertandingan renang dan menentang Rin yang mendaftar di sekolah lain.


WATAK UTAMA


Nanase Haruka
Pelajar tahun kedua sekolah tinggi yang sangat suka berenang dan berada dalam air. Seorang yang kuat dan pendiam yang memaparkan ekspresi muka yang sedikit, dan susah untuk menyatakan perasaannya. Gayanya menawan hati ramai dan mempunyai pendirian yang kuat terhadap renang gaya bebas. Sangat sukakan air sehingga boleh tanggal baju (tinggal seluar renang je) walaupun Nampak air yang sedikit (contoh, akuarium yang kecik, tab mandi. =.=). Selalu disalah anggap sebagai perempuan kerana mempunyai nama yang feminin.

Tachibana Makoto
Kawan baik Haruka, juga pelajar tahun kedua sekolah tinggi. Tak macam Haruka, Makoto lebih mesra dan selalu bercakap bagi pihak Haruka. Baik dan bertimbang rasa dengan orang lain, tapi seorang yang lemah semangat dan senang takut (lagi-lagi dengan hantu). Takut dengan laut lepas insiden yang melibatkan seorang nelayan tua yang Makoto kagumi, tenggelam dalam taufan bersama nelayan yang lain. Gaya renang Makoto ialah kuak lentang (backstroke).

Hazuki Nagisa
Pelajar tahun pertama sekolah tinggi. Bersemangat dan tak takut bercakap apa yang terlintas dalam mindanya. Mengagumi gaya renang Haruka semenjak dari sekolah rendah dan mendaftar di sekolah tinggi yang sama dengan harapan dia dapat berenang dengan Haruka kembali. Mempunyai daya tarikan yang pelik terhadap mascot kelab, penguin Iwatobi-chan. Gaya renangnya breaststroke (kuak dada kot~??)

Ryuuzaki Rei
Rakan sekelas Nagisa. Kacak dan pandai, tetapi selalu di manipulasi oleh Nagisa atas sebab tertentu. Sangat-sangat tertarik dengan kecantikan setiap benda (nampak atau tak nampak), dan akan berusaha sedaya upaya mengelak dari melakukan benda-benda yang tak menarik perhatiannya. Ahli kelab olahraga sebelum masuk kelab renang. Dia masuk kelab renang sebab kagum dengan gaya renang Haruka. Mula-mula tak boleh berenang, tapi setelah dibantu oleh Haruka, dia berjaya. Hanya satu gaya renang je yang Rei boleh buat untuk berenang, iaitu gaya butterfly.

Matsuoka Rin
Pesaing Haruka dan ex-teammate pasukan renang sekolah rendah. Balik ke Jepun setelah belajar di sekolah menengah di Australia, dan terpisah dengan raka-rakannya kerana personalitinya yang berubah. Mendaftar di Akademi Samezuka, tetapi tak join kelab renang akademi tersebut pada mulanya. Rin sebenarnya lebih bagus renang gaya butterfly, tapi pilih untuk focus kepada gaya bebas sebab nak kalahkan Haruka.


WATAK SAMPINGAN

Matsuoka Gou
Adik Rin. Pelajar tahun pertama Sekolah Tinggi Iwatobi. Menyertai kelab renang sebagai pengurus, dengan harapan dapat mengubah abangnya menjadi dirinya sendiri. Sangat teratur dan penuh dengan azam. Muscle fetish, dan cenderung blushing bila berada di sekeliling lelaki yang dia kagumi (dari segi muscle!).


Amakata Miho
Guru kelas Haruka dan Mikoto, juga guru penasihat Kelab Renang Sekolah Tinggi Iwatobi. Digelar Ama-chan oleh pelajar-pelajarnya. Walaupun mempunyai personality yang aneh dan upbeat, kadang-kadang dia gunakan ungkapan sastera lama untuk menyatakan pandangannya.


Mikoshiba Seijuro
Kapten Pasukan Renang Akademi Samezuka, dan pelajar tahun ketiga sekolah tinggi. Mempunyai perasaan terhadap Gou. Bersemangat tinggi dan perenang yang sangat mahir.


Nitori Aiichiro
Ahli Pasukan Renang Akademi Samezuka yang sangat memuja Rin. Berkongsi bilik dengan Rin di asrama.


Sasabe Goro
Bekas jurulatih Kelab Renang Iwatobi yang terbiar, dan pernah melatih Haruka, Makoto, Nagisa dan Rin semasa di sekolah rendah. Sekarang seorang penghantar pizza separuh masa.


SCREENCAPS
Okeh, bersedia untuk tutup mata kalau korang malu nak tengok!!
evil smile onion head







































ULASAN
Suka giler citer ni sebab semua karakternya KACAK-KACAK BELAKA!!
embarrassed1 onion head
Walaupun aku tak suka sukan, tapi aku suka tengok cerita anime berdasarkan sukan, sebab mangaka-nya pandai mengolah cerita. Disebabkan tu juga aku taulah sikit term-term sukan renang ni (pastu aku dah tak ingat dah!) Banyak babak-babak yang best lagi kelakar, lagi-lagi bila tengok Haruka yang expressionless main tanggal baju je bila nampak air, walaupun air tu khas untuk akuarium kecik je~ Mula-mula aku tak suka kat Rin tu sebab ada gigi taring macam monster je~ 
oh onion head
Sebab watak dia macam jahat giler episode mula-mula tu. Hehehe. Sekarang dah suka dah~ Makoto pulak, memang baik giler dan sangat-sangat gentle dan sweet. Kalau aku ada abang, aku nak abang macam Makoto! Boleh aku ngada-ngada mintak itu ini. Hoho~ Sekarang ni aku tengah tengok season 2 anime Free! ni. Tunggu habis baru aku review ea~ 


Listening to : Nogizaka46 - Tsuki no Ookisa (OST Naruto Shippuuden)


Post a Comment