AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, July 15, 2014

[Review: Anime] Deadman Wonderland

Korang sangat sukakan anime bergenre kejam dan ganas? Deadman Wonderland sangat-sangat sesuai untuk korang. Tapi, AWAS! Kalau tak cukup berani, jangan tengok. Kang korang terbayang-bayang sampai masuk mimpi.


Genre : Superpower, Action, Sci-Fi, Thriller, Mystery, Psychological
Episode : 12
Star : 4/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Gempa bumi besar-besaran telah melanda Jepun, dan memusnahkan hampir semua tempat di Tokyo, dan menenggelamkan suku daripada bandar ke dalam laut. 10 tahun kemudian, Igarashi Ganta yang terselamat daripada gempa bumi tersebut yang tidak mempunyai apa-apa memori mengenai kejadian, menghadiri sekolah menengah di wilayah Nagano dan menjalani kehidupan normal. Semuanya berubah apabila seseorang yang pelik yang berlumuran darah dan menggunakan perisai terapung (di panggil Redman) menerusi tingkap bilik darjahnya.  Redman tersebut membunuh seluruh pelajar kelas Ganta, tetapi sebaliknya dia hanya menanam serpihan kristal merah dalam tangan Ganta. Selepas beberapa hari kejadian pembunuhan itu, Ganta diisytiharkan sebagai satu-satunya suspek yang didakwa membunuh rakan-rakan sekelasnya. Selepas perbicaraan tak adil yang dilakukan segera, Ganta dikenakan hukuman mati dan dipenjarakan di Deadman Wonderland, penjara yang bertemakan taman tema yang besar.


WATAK UTAMA

Igarashi Ganta/Woodpecker
Pada mulanya, Ganta tidak membahayakan dan merupakan pelajar sekolah biasa. Setelah dimasukkan ke dalam Deadman Wonderland, dia menjadi keliru dan takut dengan kekejaman dalam penjara. Semasa dipenjarakan, dia belajar untuk hidup dalam keadaan gila, tetapi masih berazam untuk menghentikan kezaliman Tamaki. Merupakan seorang pendendam, dan mencari pembalasan ke atas kematian rakan-rakan sekelasnya yang dibunuh oleh Redman. Mengikuti peraturan penjara dan cuba untuk mengelak dan terlibat dalam sebarang aktiviti yang memudaratkannya. Ganta boleh memanipulasi darahnya sendiri, dan menyebabkan dia menjadi salah satu antara Branch of Sin, dan dipaksa untuk berlawan dalam Carnival Corpse, pertandingan seperti gladiator. Senjatanya dipanggil Ganta Gun, di mana dia menjadikan darahnya sebagai peluru dan melepaskan tembakan menggunakan tapak tangannya.

Shiro/Wretched Egg
Kawan Ganta ketika kecil. Merupakan seorang albino, rambut seputih salji, kulit yang pucat dan bermata merah. Seorang yang periang dan kelam-kabut. Mempunyai banyak tenaga walaupun hanya makan gula-gula. Sangat sukakan manisan, lebih-lebih lagi biskut. Shiro sangat kuat dan menggunakan kekuatannya dengan banyak untuk memastikan Ganta selamat sebanyak mungkin selepas insiden zaman kanak-kanak mereka, di mana Shiro menjadi Aceman untuk Ganta.

Sakigami Toto/Mockingbird
Deadman misteri yang ditakuti semua termasuk Kiyomasa Senji. Deadman yang paling kuat dan yang paling psikotik. Toto dianggap individu seperti kanak-kanak yang sentiasa senyum sepanjang masa, walaupun dalam perlawanan merupakan seorang yang paling kejam dalam Deadman Wonderland. Kuasanya, Love Labyrinth membolehkan dia meniru dan menggunakan kebolehan Deadman yang lain.

Kiyomasa Senji/Crow
Sangat sukakan keganasan, dan frasa kegemarannya adalah dead center. Walaupun liar dan sangat laparkan pertarungan, tetapi mempunyai rasa penghormatan dan respek terhadap kekuatan dan keazaman lawannya. Senji malu apabila berdampingan dengan perempuan yang mempunyai dada besar dan badan yang cantik. Kuasa Branch of Sin Senji dipanggil Crow Claws, iaitu bilah sabit pada lengannya yang dicipta dari darah, untuk menyerang sepantas bunyi.

Takami Minatsuki/Hummingbird
Adik Takami You. Deadman yang mempunyai twist mind semasa kejadian gempa bumi apabila ibunya mati selepas cuba membiarkan Minatsuki mati. Padanya mulanya merupakan seorang yang pemalu dan baik, dan mengambil berat mengenai orang lain. Walau bagaimana pun, semua sikap tersebut hanyalah untuk menyembunyikan sikap sebenar Minatsuki, di mana merupakan sadistic psychopath, dan teransang bila melihat orang lain terseksa. Kuasa Branch of Sin Minatsuki adalah Whip Wing, mempunyai bentuk seperti penyebat yang memanjang dari rambutnya, dan boleh menghantar pukulan yang cepat atau menghentikan lawannya.

Takami You
Merupakan pencuri biasa, dan pemberi maklumat kepada Tamaki, You diupah untuk mengawasi Ganta, dimana ganjarannya menerima Cast Points yang banyak. Nampak mesra dan sopan, tapi sebenarnya kejam, licik dan paranoid, memandangkan kedudukannya sebagai perisik staf penjara. You rela masuk ke Deadman Wonderland semata-mata untuk mencari adiknya Minatsuki dan membeli kebebasan buatnya menggunakan Cast Points.


WATAK UTAMA

DEADMAN WONDERLAND STAFF

Tsunenaga Tamaki
Ketua Warden dan de facto yang kejam dalam Deadman Wonderland. Bersikap tenang, tetapi sebenarnya merupakan seorang yang sadis terhadap kerajaan Jepun. Sebelum kejadian gempa bumi, Tamaki merupakan otaku permainan computer. Menjadi gila apabila gempa bumi merosakkan permainan videonya, dan membunuh ibunya, yang menjadikan Tamaki mencipta kejuruteraan Deadman Wonderland sebagai permainan gergasi untuk terus bermain seperti sebelum kejadian gempa bumi.

Makina
Ketua yang kasar dan dingin di antara pengawal penjara. Berkhidmat sebagai ketua penguat kuasa yang tak teragak-agak untuk menghukum banduan. Sebelum berada dalam Deadman Wonderland, Makina merupakan Tentera Khas. Terkenal kerana sering membawa pedang berdekorasi ke mana sahaja, juga digunakan untuk menghukum banduan yang melanggar peraturan. Selepas mengtahui agenda Tamaki, Makina menarik balik kedudukannya dan untuk menjatuhkan Tamaki dengan bantuan dari Ganta dan Deadman yang lain.

Kasuga Kyouko
Pengawal penjara Deadman Wonderland yang juga merupakan pembantu Makina. Mempunyai perasaan terhadap Makina.

Takishima Rei
Merupakan seorang doktor yang berkerja di Deadman Wonderland. Dia mengendalikan tugas untuk membuang bahagian spesifik Deadman yang kalah dalam Carnival Corpse dan masih hidup.


SCAR CHAIN

Kengamine Nagi/Owl
Ketua bekas kumpulan pemberontak Deadman Wonderland, Scar Chain. Seorang yang tenang dan pemimpin yang concise. Hanya nak buat baik dan padam segala kejahatan dengan menjatuhkan Deadman Wonderland. Sebab dia buat semua ini adalah untuk melihat anaknya yang berada di luar Deadman Wonderland. Mempunyai kuasa Branch of Sin yang dipanggil Bloodshot Eyes of the Owl, di mana membenarkan dia untuk menjana semula bulatan darah yang meletup dengan impak yang kuat.

Koshio Karako/Game Fowl
Orang kedua yang mempunyai kuasa dalam Scar Chain. Mencintai Nagi dalam diam, dan menyertai Scar Chain untuk kebaikan Nagi. Bekerja sebagai jururawat sebelum masuk ke dalam Deadman Wonderland. Boleh menggunakan kuasa Branch of Sin nya untuk melitupi bahagian tertentu atau seluruh tubuhnya dengan darah, yang mana memperkukuhkan ketahanan dan kekuatan semulajadinya.

Rokuro Bundou
Ketua perisikan bagi kumpulan Scar Chain, tetapi sebenarnya perisik dan double agent bagi Undertakers. Bersikap tak ambil peduli dengan tingkahlaku yang seperti dirasuk, yang terbit dari obsesinya untuk meramal kebarangkalian daripada outcome berbeza terhadap sesuatu peristiwa, dan mendapat nama jolokan human calculator.


UNDERTAKERS
Undertakers atau dikenali sebagai Anti-Deadman Corps merupakan kumpulan penguatkuasa peraturan khas Tamaki atau polis rahsia yang terdiri daripada penjenayah paling teruk dalam Deadman Wonderland yang tak boleh diselamatkan lagi dan memenuhi syarat untuk menjadi Anti-Deadman.

Azuma Genkaku
Lebih dikenali sebagai Uber Monk, merupakan ketua Undertakers dan mengisytiharkan dirinya sebagai Ultra Buddhist Priest. Individu yang mempunyai sikap santai dan kurang sopan, tapi sebenarnya dia menyembunyikan sikapnya yang kejam, impulsive, personaliti ganas yang keterlaluan dan minda yang tak stabil.Percaya yang kematian sahaja yang boleh menyelamatkan individu.

Hibana Daida
Ketua Platun ketiga Undertakers. Dilihat seperti budak perempuan yang sopan dan berperangai baik, tapi sebenarnya antara yang paling sadis dalam Deadman Wonderland. Didera secara ekstrim ketika kecil oleh ibunya dan menyebabkan minda dia tak stabil.

Mouzuri Gazuchi
Ketua Platun Kedua Undertakers, seorang yang liar yang diabaikan ibunya, dan dibesarkan oleh beruang. Semasa berada dalam hutan, dia berkawan Doukoku Shinagawa, di mana Shinagawa membantunya membunuh sebelum mereka ditangkap. Ditangkap dan dikenakan hukuman ke Deadman Wonderland kerana membunuh pemburu dan mereka yang camping dalam hutan ketika berusia 10 tahun.

Doukoku Shinagawa
Pembunuh bersiri yang kelihatan seperti ular, dan merupakan pembantu Gazuchi. Mereka membina perkongsian bersama ketika membunuh, di mana Shinagawa membuat pakaian daripada rambut dan kulit kepala wanita yang dia bunuh ketika membantu Gazuchi membunuh.


SCREENCAPS
Tutup mata kalau korang tak kuat semangat.
ghost onion head











Bestnya dapat rumah besar camni.
happy onion head

































ULASAN
AMARAN!! Bagi sesiapa yang tak boleh nampak darah yang banyak dan tonton aksi-aksi yang mengerikan, yang mana korang akan muntah dan pengsan, better don’t watch this. Aku, nasib baik boleh tengok yang versi kartun, kalau real, mau pengsan tang tuuu jugak!
woa onion head
Mengerikan lah jugak. Tahap mengerikannya tu tahap yang aku boleh tengok lagi. Anime ni still tergantung, and tak tahu kalau dorang akan keluarkan season 2. Flow cerita still boleh faham. Masa aku tengok ni, perasaan kesian tu membuak-buak. Even though diorang ni banduan because of crime yang diorang buat tu, tapi tak seharusnya diperlakukan sebegitu rupa. Yang kes Ganta ni, dia tak bersalah, tapi didakwa bersalah bunuh rakan-rakan sekelasnya. Padahal dia yang saksikan pembunuhan tu. Tamaki tu jahat sangat kot. Nak enjoy dengan guna nyawa orang lain. Banyak main dengan psikologi dan emosi jugak citer ni. Tapi best!!!! Serious best! Hehehehe. Nak tengok? Tengoklah, tapi aku dah bagi amaran awal-awal tau~


Listening to : Harada Hitomi - Magenta Another Sky (OST Arcana Famiglia)


Post a Comment