Korang suka ikemen (lelaki handsome)?? Meh aku bagi korang satu anime yang penuh dengan ikemen~
Genre : Romance,
Shoujo
Episode : 12
Star : 3/5
Fav Character : Asahina Natsume
SINOPSIS
Hinata
Ema (jadi Asahina Ema) anak kepada pengembara terkenal, Hinata Rintaro. Satu
hari, Ema dapat tahu yang bapanya akan berkahwin dengan pembuat pakaian
terkenal, Asahina Miwa. Daripada mengganggu mereka, Ema membuat keputusan untuk
berpindah ke rumah kompleks Sunrise Residence yang dimiliki Miwa. Dari situ,
dia mendapati yang dia mempunyai 13 orang adik beradik lelaki tiri.
WATAK UTAMA
Asahina Ema
Berusia
16 tahun dan tahun kedua sekolah menengah. Selepas ayahnya berkahwin lagi, dia
tinggal bersama dengan 13 orang adik-beradik lelaki tiri. Mempunyai tupai yang dibela yang
diberi nama Juli. Ianya terbongkar apabila Ema dapat tahu bahawa dirinya adalah
anak angkat Rintaro.
Juli
Tupai
belaan Ema yang boleh bercakap. Dia Cuma boleh bercakap dengan Ema dan Louis.
Berada bersama –sama dengan Ema semenjak Ema kecil. Memanggil Ema dengan nama
Chi.
Asahina Masaomi
Anak
sulung keluarga Asahina, berusia 31 tahun. Bekerja sebagai doctor dan
berpengetahuan dalam perubatan. Walaupun nampak professional, dia sebenarnya
tak cekap sebab pengsan bila nampak darah. Dia sayangkan kanak-kanak, dan
berkongsi hubungan istimewa dengan adik bongsu, Wataru.
Asahina Ukyo
Anak kedua dalam keluarga Asahina berusia 28 tahun. Peguam yang berjaya dan bertindak sebagai “ibu” dalam
keluarga. Dia memasak, mengemas dan membantu adik-adiknya belajar. Mempunyai
sikap tenang dan boleh diharapkan, tapi boleh menjadi seorang yang banyak
bercakap.
Asahina Kaname
Anak
ketiga keluarga Asahina yang berusia 27 tahun. Mempunyai daya tarikan kaki
perempuan dan playboy, tapi sebenarnya seorang Sami. Mempunyai perasaan
terhadap Ema.
Asahina Hikaru
Anak
keempat keluarga Asahina berusia 26 tahun. Seorang cross-dressing novelist yang
suka melihat reaksi adik-beradiknya ketika berada dengan Ema. Dia pergi ke
Itali dalam masa yang singkat untuk mengumpulkan bahan-bahan untuk kerjanya.
Hikaru seperti tahu mengenai perasaan adik-beradiknya terhadap Ema, hingga buat
carta Brother’s Conflict sebagai hobi.
Asahina Tsubaki
Anak
kelima dan salah satu dari kembar tiga yang berusia 24 tahun. Pelakon suara di samping
adik kembarnya Azusa. Nakal dan suka mendesak, tapi rajin dan bersemangat
mengenai kerjanya. Sayang dan ambil berat mengenai Azusa. Mempunyai perasaan
terhadap Ema.
Asahina Azusa
Anak
keenam dan salah satu dari kembar tiga berusia 24 tahun. Pelakon suara di
samping abang kembarnya, Tsubaki. Seorang yang tenang dan less tenacious, dan
sering memastikan Tsubaki dalam keadaan baik. Mempunyai perasaan terhadap Ema.
Asahina Natsume
Anak
ketujuh dan salah satu daripada kembar tiga. Tak seperti Tsubaka dan Azusa,
Natsume merupakan kembar tak seiras. Merupakan CEO sebuah syarikat permainan
computer yang menghasilkan game kegemaran Ema, Zombie Hazard. Tinggal
berseorangan. Blunt way dalam percakapan tapi pandai mengambil berat mengenai
adik-beradiknya. Mempunyai perasaan terhadap Ema.
Asahina Louis
Anak
kelapan dari keluarga Asahina ynag berusia 21 tahun. Bekerja sebagai pendandan
rambut. Seorang yang cantik dan misteri, yang selalu memandang awan. Orang yang
boleh berkomunikasi dengan Juli selain Ema. Anak angkat keluarga Asahina.
Asahina Subaru
Anak
kesembilan keluarga Asahina yang berusia 20 tahun. Pelajar kolej tahun satu dan
aktif dalam sukan bola keranjang. Tak ada pengetahuan mengenai perempuan, so,
tak tahu macam mana nak berdepan dengan mereka. Akibatnya selalu berasa cemas
bila berhampiran dengan Ema. Mempunyai perasaan terhadap Ema.
Asahina Iori
Anak
kesepuluh keluarga Asahina berusia 18 tahun. Senior sekolah tinggi dan
mempunyai sikap keputeraan. Sangat popular dan dikenali sehingga ke sekolah-sekolah
yang lain. Menyambut kedatangan Ema ke dalam keluarga dengan baik. Mempunyai
pengetahuan mengenai bunga dan maksud bunga tersebut.
Asahina Yusuke
Anak
kesebelas dalam keluarga Asahina, berusia 16 tahun dan merupakan rakan sekelas
Ema. Mempunyai personality yang baik dan benci benda-benda yang tak betul,
walaupun merupakan seorang yang bermasalah. Mempunyai perasaan pada Ema sebelum Ema
jadi keluarga Asahina.
Asahina Futo
Anak kedua belas dalam
keluarga Asahina berusia 15 tahun. Berada dalam gred 9 dan merupakan idol yang
popular. Mempunyai personaliti yang jahat dan nakal. Bagaimana pun, dia boleh
dikatakan agak matang bagi usianya. Suka usik Ema kerana jadi beautiful-idiot
sister. Menyimpan perasaan terhadap Ema.
Asahina Wataru
Anak
ketiga belas dan yang paling bongsu dalam keluarga Asahina berusia 10 tahun.
Berada dalam gred 5. Sangat sweet dan jujur, tapi manja. Dia bersikap manja
disebabkan terlalu dilindungi oleh abang-abangnya.
WATAK SAMPINGAN
Hinata Rintaro
Bapa
Ema, seorang pengembara terkenal. Membuat keputusan untuk berkahwin dengan
Asahina Miwa, janda dengan 13 orang anak lelaki.
Asahina Miwa
Ibu
kepada keluarga Asahina, dan merupakan ibu tiri Ema. Bekerja sebagai pembuat
pakaian.
SCREENCAPS
Baru perasan yang Iori tak banyak scene dalam ni.

ULASAN
Penampilan
karakter sangat-sangat puas hati. Semua handsome-handsome. Tapi tak tahu
kenapa, aku boring tengok citer ni. Asyik menguap je, sampai nak tertido-tido.

Tapi habis jugak tengok dalam 2 hari. Apa yang aku harapkan, tak ada pun dalam
citer ni. Aku expect citer ni banyak scene kelakar dan gaduh2 manja antara adik
beradik lelaki, tapi kurang kat situ. Gaya percakapan macam matured dari usia.
Ikut hati nak bagi 2 bintang je. Tapi tambah lagi 1 bintang sebab karakter
handsome dan stylish. Kena dengan gaya aku. Lagi-lagi Natsume~

Dia tak berapa
nak handsome and stylish, tapi sikapnya tu buat aku interest dengan karakter
ni. Dingin, tapi mengambil berat. Romantik tak? Hehehehehe.
Listening to : Matsushita Yuya - Bird (OST Kuroshitsuji)
No comments:
Post a Comment