AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, July 14, 2014

[Review: Anime] Brave 10

One more before prepare untuk berbuka. Actually, aku tengah happy buat itu ini sebab ada banyak masa hari ni. Tetiba bos pulak mesej bagi kerja. Macam tau-tau pulak aku tengah melompat keriangan~ T_T



Genre : Supernatural, Action, Romance, Comedy
Episode : 12
Star : 4/5
Fav Character : Sarutobi Sasuke

SINOPSIS
Siri anime ni berlatarbelakangkan Zaman Negeri-Negeri Berperang (Warring States Period), lebih kurang setahun sebelum Pertempuran Sekigahara. Kirigakure Saizou, seorang Ninja Iga, dalam mencari hala tuju dalam hidupnya, bertemu dengan Isanami, seorang gadis kuil Izumo, yang diserang oleh pembunuh. Isanami yang selamat dalam kebakaran Kuil Izumo yang dilakukan oleh tentera Tokugawa Ieyasu, mengembara ke Shinshuu untuk mencari tempat perlindungan di tempat Sanada Yukimura. Dalam masa yang sama, Sanada Yukimura dalam usaha mengumpulkan 10 subjek yang mempunyai kehandalan luar biasa, iaitu Sepuluh Pahlawan Terhandal Sanada (The Sanada’s Ten Braves), yang akan bergabung kuasa dan membenarkan mereka untuk merubah sejarah.


WATAK UTAMA

Kirigakure Saizou
Ninja yang datang dari Iga. Dikhabarkan merupakan ninja yang genius, yang tak pernah disentuh walaupun sehelai rambut. Ditunjukkan bahawa Saizou seorang yang dingin, ninja yang cekap dalam membunuh secara besar-besaran, berubah apabila bertemu dengan Isanami yang berkeras untuk mempercayainya, dan terselamat daripada kegelapan dalam hatinya. Semasa meneghabiskan hari-harinya dengan Isanami, Saizou mula mengambil berat tentang Isanami, atau mungkin mempunyai perasaan terhadapnya. Senjatanya membenarkan Saizou menggunakan senkou (flash) yang membolehkan dia mempercepatkan pergerakannya. Berdasarkan Yukimura, Saizou membawa elemen cahaya tapi dinafikan oleh Saizou kerana telah mengambil banyak nyawa.

Isanami
Gadis kuil yang diselamatkan oleh Saizou dalam hutan, yang lari dari organisasi yang mengejarnya. Selepas kediamannya di Izumo dibakar, dia mengembara untuk mencari tempat perlindungan di tempat Sanada. Selalu berada dalam kesukaran disebabkan kushi mitama yang dimilikinya, Isanami sebenarnya menyesal menyakiti oarng disekelilingnya, dan membuat keputusan untuk melarikan diri. Antara Sepuluh Pahlawan Terhandal, dan membawa elemen kegelapan. Isanami sebenarnya adalah dewi kegelapan yang mengambil seribu nyawa, dan hanya Saizou yang boleh menghentikannya. Mempunyai perasaan terhadap Saizou.

Sarutobi Sasuke
Ninja yang berkomunikasi dengan haiwan dan mempunyai sikap yang tenang. Mukanya selalu merah bila bercakap dengan Isanami. Elemen dia adalah rumput.

Sanada Yukimura
Tuan yang mengumpulkan 10 pahlawan terhandal yang bersikap sambil lewa. Tetapi orang bawahannya sangat setia dengannya, terutama Rokurou. Mempunyai kuasa untuk bertarung dan menunjukkannya dalam pertarungan kecil antaranya dan Date Masamune.


WATAK SAMPINGAN

Anastasia
Puteri Eropah yang terkandas di Jepun, dan merupakan kawan Saizou ketika kecil. Untuk mengembalikan kehormatan keluarganya, Hanzou menipu dan menjadikan Anastasia sebagai barang untuk dipajak gadai. Mengkhianati Sanada dan pahlawan yang lain. Elemen Anastasia adalah ais.

Unno Rokurou
Orang bawahan Sanada yang paling setia. Berkebolehan untuk merekod dan melihat apa-apa sahaja menggunakan mata kanannya. Mempunyai kuasa gelombang bunyi. Elemen Rokuraou adalah air.

Yuri Kamanosuke
Menggunakan sabit besar dan berupaya untuk mengawal angin. Diselamatkan oleh Isanami selepas bertarung dengan Saizou, dan mengikuti Saizou untuk bertarung lebih lagi, dan kemudian dipilih oleh Sanada sebagai salah seorang pahlawan terhandalnya.

Juzo Kakei
Seorang yang tegang dan berpegang kepada tradisi samurai yang pakar dalam sniping dan setia terhadap Sanada. Sangat sayangkan pistolnya, sehingga memberi nama pada pistolnya satu demi satu. Elemen Kakei adalah metal.

Nezu Jinpachi
Ketua lanun yang mengawal Tasik Biwa. Orang yang menyerap persaudaraan dengan Kakei ketika mengembara. Suka minum sake, perempuan, dan kapalnya. Dia pernah tolak fakta yang Isanami seorang perempuan kerana mempunyai dada yang kecil. Pasangannya adalah harimau kumbang hitam yang diberi nama Veronica. Elemennya adalah memanipulasi kilat.

Benmaru
Budak lelaki yang ditemui oleh Sanada dalam perjalanan ke Kyoto. Pakar dalam perangkap dan bom. Elemennya adalah api.

Nyuudou Miyoshi Sekai
Orang yang mengambil Isanami ketika di Izumo ketika bayi. Bila dia tahu mengenai Isanami, dia menjadi keliru dengan jalan Tuhan, lalu pergi mencari Tuhannya sendiri. Selalu menganggap Isanami sebagai adiknya sendiri, dan akan melindungi Isanami, sejak kecil. Mempunyai otot dan kuasa yang besar yang boleh menghalang shuriken dan menghancurkan tanah. Elemennya adalah tanah.

Date Masamune
Komander yang mengawal di Oushu. Mempunyai eyepatch pada mata sebelah kanan dan berambut putih. Pernah menculik Isanami sebab nak musnahkan kushi mitama yang dikatakan dapat memadamkan huru-hara di dunia. Memberi perhatian yang banyak terhadap Sanada.

Hanzo Hattori
Ketua Ninja 5 Iga. Lebih pantas dari Saizou. Mencari dan mengejar Isanami kerana Isanami merupakan dewi kegelapan. Tapi disebabkan ketamakan dan berfikir yang dia boleh menjinakkan kegelapan, Isanami yang berubah kepada dewi kegelapan menelan Hanzou.


SCREENCAPS



Dengan kuasa pedang, akan menghukum mu!




















Don't come to my Sasuke!! Kata binatang putih itu.


I love you to Veronica~






































ULASAN
First thing yang aku fikir masa tengok citer ni adalah, Sasuke bersuarakan Sebastian (both have same seiyuu). Kukukuku.
Sebijik dengan Sasuke kot muka Saizou ni. Perangai pun lebih kurang sama je. Yang paling best, ada karakter nama Sasuke pulak tu dalam ni. Sandaime Hokage + Sasuke, jadi Sarutobi Sasuke.
Kekekeke. Kalau aku ingat mesti tak habis gelak. Anggap jelah creator diorang ni peminat Naruto. Huhu. Tapi citer ni best. Sayang sebab ada 12 episod je. Macam tergantung je ending dia tu. Sebab aku rasa, banyak watak yang boleh diolah lagi features diorang. Kalau boleh nak korek dalam lagi pasal karakter-karakter Brave 10 ni. Hope diorang boleh buat season kedua dan panjang sikit episodnya. Huhuhuhu.


Listening to : INFINITE H - Special Girl


No comments: