AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, July 17, 2014

[Review: Anime] Arcana Famiglia

Osu~
Nak tau tak, aku dari awal tahun lepas tengok anime Durara!, sampai la ni tak habis-habis tengok lagi. Aku baru tengok sampai episod 7 kot. Haha. By the way, aku just layan Runningman episod 204 - Snow White. Kelakar tak kelakar jugak lah. Kelakar part Jihyo kena paksa makan epal bagi pengsan. Haha. Korang cepat-cepatlah tengok kalau belum tengok lagi.



Genre : Superpower, Action, Comedy, Romance
Episode : 12
Star : 4/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Sebuah organisasi yang dikenali sebagai Arcana Famiglia melindungi kepulauan Regalo. Ahli-ahli Famiglia mempunyai kuasa misteri yang mereka dapat setelah membuat perjanjian (kontrak) dengan kad Arcana. Ahli-ahli Famiglia sangat setia kepada ketua Family, Mondo, Sumire (isteri Mondo) dan Felicita (anak perempuan Mondo). Semasa sambutan hari jadinya, Mondo membuat keputusan untuk bersara sebagai ketua Family dan nak beri gelaran Papa kepada mereka yang boleh mengawal Arcana. Untuk menentukan family yang dapat gelaran tersebut, dia mengadakan pertandingan yang dipanggil Arcana Duello, pertarungan antara pengguna Arcana. Kepada pemenang, Mondo janjikan gelaran Papa, keinginan pemenang tersebut akan ditunaikan dan mengahwinkan anaknya Felicita dengan pemenang.


WATAK UTAMA

Felicita
Satu-satunya anak perempuan ketua Arcana Famiglia, Mondo dan Sumire. Membuat perjanjian dengan kad Arcana The Lovers, yang membolehkannya membaca hati orang, dan The Wheel of Fortune, membolehkan dia merubah hubungan antara kontraktor dengan kad, tapi perlu dibayar dengan memorinya. Jika dia menggunakan kad Arcana ini, semua memorinya akan dipadam. Mempunyai Tanda Arcana pada dada bagi Arcana The Lovers. Bertarung dengan bapanya dalam Arcana  Duello dan menang, dan berhasrat yang bapanya akan terus menjadi ketua Family.

Liberta
Ahli perisikan yang mempunyai kontrak dengan Arcana The Fool, di mana apa sahaja yang dia cakap akan menjadi kenyataan. Sangat sukakan hero bertopeng dan mengagumi Dante. Budak lelaki yang sentiasa ingin tahu dan sukakan benda-benda baru. Memorinya dikunci oleh Dante kerana kuasa Arcananya tak dapat dikawal. Dia juga yang menyebabkan Dante menjadi botak. Tanda Arcananya ada di dahi.

Nova
Ketua Holy Grail, dan mempunyai kontrak dengan Arcana The Death, yang membuatkan orang lain tertidur. Sepupu Felicita dan anak saudara Mondo. Sangat berbakat walaupun di usia yang muda, dan menjadi orang atasan dalam Family. Dia menidurkan ibu bapanya selama-lamanya kerana terdengar mengenai perancangan pemberontakan terhadap Mondo. Tanda Arcananya ada pada tengkuk.


WATAK SAMPINGAN

Debito
Ketua bipolar The Coins. Tak suka dikongkong dan suka mengurat, termasuk Felicita. Suka cakap main lepas tapi sebenarnya mempunyai figura seorang abang yang baik. Menutup mata kanannya dengan eyepatch untuk menutup mata artifaknya yang digunakan untuk mengawal kuasa Arcananya, yang dibuat oleh Jolly. Kuasa Arcana Debito adalah The Hermit, yang membolehkan dia menjadi halimunan. Tanda Arcananya ada di kaki, berhampiran dengan buku lali.

Pace
Mempunyai kontrak dengan Arcana Strength, yang membuatnya kuat seperti raksasa. Sangat sukakan lasagna, dan mempunyai penglihatan yang sangat teruk. Merupakan ketua The Wand, dan seorang mood-maker yang ceria dalam family. Lebih gemar menggunakan penumbuk dari bercakap. Tanda Arcananya ada pada belakang tangan.

Luca
Pembantu peribadi Felicita. Dia, Debito dan Pace merupakan kawan sejak kecil, dan merupakan anak lelaki Jolly. Menjaga Felicita semenjak kecil lagi. Sangat hebat dalam kerja-kerja rumah, termasuk memasak. Mempunyai kontrak dengan Arcana Temperance, dan Tanda Arcana ada pada lidahnya.

Dante
Pengarah Arcana Famiglia. Merupakan kontraktor Arcana The Emperor yang memberi dia kuasa untuk memadam atau memanipulasi memori seseorang. Ketua Perisikan, dan merupakan bekas lanun yang diambil oleh Mondo. Sangat dipercayai dalam Family, dan boleh diharapkan. Seperti ayah kepada Liberta. Tanda Arcananya ada pada kepalanya.

Jolly
Orang kanan Mondo, dan orang kedua tertinggi (autoriti) dalam Family. Merupakan penasihat Family, tapi disebabkan tak mempunyai perasaan dan cold-hearted dari segi percakapan dan tingkah laku, kebanyakan orang di pulau mengelak darinya. Merupakan ahli kimia terbaik di kepulauan Regalo. Senjata utamanya adalah ilmu kimia. Kontraktor kepada Arcana The Moon, yang membolehkan dia membuang memori seseorang. Tanda Arcananya ada pada mata kanannya.

Mondo
Bapa Felicita dan ketua Arcana Famiglia. Kesemua ahli dalam organisasi menggelarkannya Papa. Dia nampak tegas pada masa tertentu, tapi dia sebenarnya seorang yang terbuka dan baik hati. Tak boleh kata tidak pada anaknya. Memegang kontrak dengan Arcana The World.

Sumire
Ibu Felicita. Menilik nasib ahli Family menggunkan kuasa Arcananya, Judgment. Ahli organisasi memanggilnya Mama. Mempunyai aura misteri disekitarnya, tapi Sumire merupakan wanita yang lemah lembut.


SCREENCAPS


Lasagna!!!!

La..sag..na..aa..~










Saper amik lasagna aku???!!!








Aladdin???
confused onion head






































ULASAN
Citer ni best, cuma tak seperti yang aku harapkan. Tak banyak babak pertarungan! T_T. Yela, biasanya kalau dah ada superpower tu, mestilah ada banyak bertarung. Aku pun tak tahu macam mana kuasa Luca berfungsi. Aku punyalah tunggu, tunggu, tunggu sampai episode last, tak ada pun. =.=
Liberta dan Nova banyak hidupkan cerita sebab suka gaduh. Karakter Pace pun sama, sebab sangat lawak, lagi-lagi kalau tak dapat makan. Hehehehee. Arcana Famiglia ni asalnya game. Cuma diadaptasi menjadi anime. Aku rasa kena main game dia kut kalau nak tahu kuasa diorang macam mana. Haha, malangnya aku bukanlah kaki game. Game Cake Mania tu pun sampai middle level dah stop. Kalau korang ada yang main game ni, boleh lah gitau aku how does Luca’s power function.


Listening to : Kuraki Mai - Summer Time Gone (OST Detective Conan)


Post a Comment