AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Wednesday, June 25, 2014

[Review: Anime] Ao no Exorcist

Ohaiyo~
Actually, dah berkurun aku habis tengok citer ni. Tapi masa tu tak ada idea pun nak buat review. Tak tahu pun camne. T_T



Genre : Action, Comedy, Drama, Fantasy, Supernatural
Episode : 25
Star : 4/5
Fav Character : Okumura Yukio


SINOPSIS
Mengisahkan mengenai Okumura Rin, remaja lelaki yang mempunyai kekuatan luar biasa, dan bersama-sama adik kembarnya, Okumura Yukio yang telah dibesarkan oleh Father Fujimoto Shiro. Satu hari, Rin mengetahui dia adalah anak kepada Satan, iblis yang paling kuat. Menyaksikan Fujimoto yang mati kerana melindungi dia, Rin akhirnya melakukan sesuatu yang penjaganya tidak benarkan dia melakukannya - menarik Pedang Kurikara (Pedang Pembunuh Iblis) yang mana ianya mengekang kuasa iblisnya, dari sarungnya. Daripada saat itu, Rin bukan sahaja memiliki ciri-ciri iblis seperti taring, telinga tajam, tanduk berapi dan ekor, tetapi juga kuasa yang menyalakan dirinya kepada api biru yang boleh memusnahkan apa sahaja yang ia sentuh. Pada hari pengebumian Fujimoto, Rin bertemu dengan rakan Fujimoto, Mephisto Pheles, yang bersetuju dengan keinginan Rin untuk menjadi Exorcist untuk menentang Satan. Rin kemudiannya mendaftar di True Cross Academy, di mana sebenarnya ia adalah Organisasi Antarabangsa Cawangan Jepun yang khusus untuk melindungi Assiah daripada iblis dan makhluk lain daripada Gehenna. Rin mengambil bahagian dalam kursus Exorcist, yang mana tidak ramai yang tahu kewujudannya. Lebih mengejutkan lagi, dia mendapati adik kembarnya, Yukio adalah senior dalam Exorcist dan salah seorang gurunya.


WATAK UTAMA

Okumura Rin
    Berumur 15 tahun. Anak lelaki kepada Satan yang lahir daripada manusia perempuan dan pewaris kuasa satan. Kuasanya telah dikurung dalam Pedang Kurikara (Pedang Pembunuh Iblis) olehMephisto Pheles, Pengetua True Cross Academy, yang membenarkan dia untuk hidup normal hampir 15 tahun.

Okumura Yukio
Adik kembar Rin. Dilahirkan sebagai manusia sepenuhnya. Berlatih secara rahsia untuk menjadi seorang Exorcist daripada umur 7 tahun untuk melindungi Rin, dengan bantuan Fujimoto.

Suguro Ryuji (Bon)
Seorang yang degil dan panas baran. Seorang yand rajin dan pelajar terbaik dalam kelas walaupun mempunyai penampilan dan sikap yang kasar. Waris kepada Cursed Temple di Kyoto.

Moriyama Shiemi
Anak perempuan kepada wanita yang membuka kedai barangan Exorcist. Baik hati dan sangat suka berkebun, tetapi kurang keyakinan diri. Berbakat menjadi Tamer dan boleh panggil roh Greenman yang boleh menghasilkan ubat-ubatan herba dan pendinding berasaskan tumbuhan (plant-related barriers).

Kamiki Izumo
Pelajar terbaik. Mempunyai sikap tsundere dan bersikap kasar terhadap orang lain, kecuali kawan zaman kanak-kanaknya, Paku. Sangat angkuh dan sukar untuk diajak berbual. Seorang Tamer dan boleh memanggil dua Byakko (musang) untuk berlawan bagi pihaknya.

Miwa Konekomaru
Seorang yang penakut tetapi cerdik. Boleh tampil dengan strategi yang kompleks dalam jangka masa yang singkat. Sangat setia kepada Ryuji dan Renzo, memandangkan mereka membesar bersama-sama di kuil di Kyoto.

Shima Renzo
Sangat periang, tetapi penakut. Sangat setia kepada Ryuji dan Renzo, memandangkan mereka membesar bersama-sama di kuil di Kyoto. Tergila-gilakan Izumo, dan sangat obses dengan perempuan. Bawa barangan Kirik (Khakkhara) untuk berlawan.


SCREEENCAPS
Antara screencaps yang aku dapat daripada Mr. Google. Aku tak susun ikut episod pun. Just nak tunjuk kan korang scene yang ada dalam anime ni.. ^^
























ULASAN
Konsep dan jalan cerita ok. Cumanya aku tak suka plot yang mana iblis kahwin dengan mak Rin dan Yukio tu. TAK SUKA. Citer ni banyak scene kelakar, for sure aku reverse balik part kelakar tu sebab nak gelak. Lagi satu, aku macam tak suka dengan Mephisto, Pengetua akademi tu. Baik, tapi..tapi..tapi..macam ada udang disebalik batu! Arggghhhh!! Rasa nak lempang je sebab sangat-sangat mencurigakan tindak-tanduk dia ni! (ter-emo lebih pulak~ =.=). Citer ni still tergantung, kalau korang baca manga dia, korang boleh tahu sambungannya. Aku? Dah tentu-tentu malas. Banyak lagi manga nak baca tau tau~ Movie dia pun best jugak. Nanti kalau rajin aku review movie dia. KALAU rajin. (n_n)


Listening to : INFINITE - Real Story


Post a Comment