AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, June 26, 2014

[Review: Anime] Accel World

Anime ni aku habis tengok bulan lepas kalau tak silap aku. Sebelum ni tak nak tengok sebab hero nya tak handsome (bias muka handsome. Sila note. XD). Adik aku cakap citer ni lagi best dari Sword Art Online (creator orang yang sama). Tapi aku tetap tak nak jugak tengok. Sebab heronya. HERO-nya. Muka handsome adalah kriteria yang perlu ada dalam setiap anime yang aku nak tengok (pfff, bajet gojes pulak aku ni nak semua kacak-kacak je~) Tapi, aku kalah jugak~ Bila aku mintak citer kat sepupu aku, dia kata citer ni best~ Sangat best. Dan secara tak perasannya, aku pun meng-copy citer ni dalam HD aku.
Arrggh!!!crying3 onion head
Macam mana pulak aku boleh terpujuk kata-kata sepupu aku ni~ depressed2 onion head



Genre : Action, game, romance, drama, comedy, sci-fi
Episode : 24
Star : 4/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Bertemakan dunia futuristic di Jepun di mana setiap rakyatnya menggunakan neuro-linker (pakai dekat leher) dalam menjalankan rutin setiap hari. Citer ni berkisarkan mengenai Haruyuki Arita yang selalu kena buli Sekolah Tinggi Junior Umesato yang menyebabkan dia mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah. Untuk melupakan apa yang dirasa dalam dunia sebenar, Haruyuki selalu log in permainan alam maya menggunakan Local Network sekolah dan bermain squash bersendirian. Kemahiran semulajadinya ketika bermain game menarik perhatian Naib Presiden Majlis Pelajar, Kuroyukihime yang cantik dan popular di sekolah. Koruyukihime kemudiannya memperkenalkan Haruyuki kepada program Brain Buster, dimana mempunyai kebolehan mempercepatkan proses kognitif manusia sehingga masa boleh terhenti. Haruyuki kemudian sedar, yang Brain Burst bukan program biasa, tapi merupakan Virtual Reality Massively Multiplayer Online (VRMMO – cek tak tau nak translate menda ni~) Fighting Game. Mereka yang mempunyai program Brain Burst bertarung untuk mendapatkan Burst Point yang boleh digunakan untuk kebolehan acceleration (pemecutan) dalam dunia sebenar.


WATAK UTAMA



Arita Haruyuki/Siver Crow
Mempunyai bentuk fizikal yang pendek dan gemuk, dan mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah. Walaupun bijak dan sentiasa berhati-hati dalam kehidupan sehariannya, Haruyuki selalu bertindak melulu bila melindungi Kuroyukihime. Brain Burst Avatar Haruyuki ialah Silver Crow, avatar pertama dan satu-satunya yang boleh terbang dalam dunia Brain Burst.


Kuroyukihime/Black Lotus
Cantik dan sangat popular di sekolah. Merupakan Naib Presiden Majlis Pelajar. Menjadi Burst Linker sejak umur 8 tahun. Brain Burst Avatar Kuroyukihime ialah Black Lotus dan merupakan Tahap 9. Black Lotus sebelum ni adalah Raja Hitam di Brain Burst, tapi di anggap sebagai pengkhianat selepas memotong kepala Raja Merah, kerana nak capai Tahap 10 dan berada dalam persembunyian semenjak itu. Sekarang merupakan Ketua Nega Nebulus (Black Legion). Sangat menghargai Haruyuki. 


Mayuzumi Takumu/Cyan Pile
Kawan baik Haruyuki dan Chiyuri semenjak kecik dan teman lelaki Chiyuri. Sangat bijak dan aktif, merupakan pelajar sekolah berprestij tinggi. Pernah menyalahgunakan peningkatan refleksi yang dia dapat semasa acceleration untuk mempunyai kelebihan dalam pertandingan Kendo dalam dunia sebenar. Berpindah ke Sekolah Tinggi Junior Umesato selepas dikalahkan oleh Black Lotus dalam Duel Avatar. Brain Burst Avatar Takumu ialah Cyan Pile, berbentuk seperti knight (pahlawan).


Kurashima Chiyuri/Lime Bell
Kawan baik Haruyuki dan Takumu semenjak kecil, dan merupakan teman wanita Takumu. Tahu mengenai Brain Burst melalui Haruyuki dan Takumu. Sangat mengambil berat tentang Haruyuki lebih dari seorang kawan. Install Brain Burst kat neuro-linkernya dengan tujuan untuk tunjuk kepada kawan-kawannya, macam mana nak enjoy Brain Burst. Brain Burst Avatar Chiyuri ialah Lime Bell, kelihatan seperti magic girl.


WATAK SAMPINGAN


Kozuki Yuniko/Scarlet Rain
Pelajar Tahun 5 yang panas baran, dan pintar menyembunyikan umur sebenarnya. Lebih gemar dipanggil Niko. Memainkan peranan tsundere, apabila menjadi sangat sweet pada mulanya, tetapi jadi seorang yang garang dan agresif. Brain Burst Avatar Niko ialah Scarlet Rain (Nickname – Immobile Fortress). Raja Merah kedua selepas Red Rider.




Kakei Mihaya/Blood Leopard
Naib Presiden Prominence (Red Legion). Bekerja sebagai pelayan di kedai kek yang juga serve sebagai secret base untuk Prominence. Selalu pakai maid outfit dan menunggang motosikal. Dingin, blunt dan sukar didekati, dalam masa yang sama seorang yang kelakar. Brain Burst Avatar Mihaya ialah Blood Leopard dan merupakan Tahap 6.



Ash Roller
Opponent pertama Silver Crow. Watak yang sangat biadap, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan terlalu agresif.



Noumi Seiji/Dusk Taker
Pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Tinggi Junior  Umesato, dan merupakan ahli kelab Kendo yang menggunakan Physical Burst command untuk menipu sama ada dalam pertandingan kendo, atau ketika peperiksaan, dengan tujuan untuk meraih status yang tinggi dalam kelompok masyarakat. Brain Burst Avatar Seiji ialah Dusk Taker.


SCREENCAPS
Antara screencaps dalam Accel World.




































ULASAN
Walaupun hero nya tak handsome, citer ni BEST! Thumbs up! Tak sia-sia aku meng-copy citer ni kan kan kan? Babak pertarungan sangat best, clean and clear! Komedi dia pun buat aku gelak. Cuma terkilan sebab citer ni tergantung. T_T. Tak tahulah kalau nanti ada buat season 2 ke. Aku tak baca manga dia. Tak larat lah eden sume manga nak baca. Nak habiskan anime dengan drama pun terkial-kial. Ok, nak download OVA dia pulak. Tengok entah bila~
lonely onion head


Listening to : CN Blue - I'm A Loner



Post a Comment