AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, June 21, 2014

GENRE ANIME

Konnichiwa minna-san!
Hari ni aku nak tunjukkan genre anime yang kita semua pernah tonton (Yo yo oo~ je kata nak buat post next year~ =.=). Actually aku pun baru tahu pasal benda ni sebab aku baru setahun lebih aktif menonton anime ni (walaupun dah download anime selama 3 tahun. Wuwuwuw T_T ). Ok, jom kita tengok genre-genre anime beserta contoh anime yang aku dapat hasil kaji selidik aku~ (n_n). Korang pun boleh tau apa genre kegemaran korang~


ACTION
-Berunsurkan aksi/pertarungan. Biasanya mix dengan genre lain seperti comedy, adventure dan fantasy.
-Anime : Bleach, One Piece

ADVENTURE
-Berunsurkan pengembaraan di mana, watak dalam genre ini mengembara dan menerokai tempat-tempat baru. Selalunya mix dengan action.
-Anime : Fullmetal Alchemist, Pokemon

BISHOUNEN
-Berunsurkan homosexsuality dan mempunyai hubungan sosial yang sangat unik. Biasanya mix dengan slice of life. Watak anime lelaki dalam genre ini digambarkan sebagai seorang yang sangat kacak dan bergaya (yang memang akan cairkan hati perempuan lah kalau pandang~).
-Anime : Ouran High School Host Club, Fruit Basket

COMEDY
-Berunsurkan jenaka dan komedi. Jalan cerita yang tidak terlalu serius. Penuh dengan babak yang akan membuatkan penonton gelak ketawa.
-Anime : Baka to Test to Shoukanjuu, School Rumble

CULINARY
-Berunsurkan bidang kulinari (masakan).
-Anime : Chuuka Ichiban!, Shokugeki no Souma

DETECTIVE
-Berunsurka penyiasatan sesuatu kes. Selalunya berkaitan dengan polis.
-Anime : Detective Conan, Psycho-Pass

DRAMA
-Berunsurkan suka duka kehidupan. Jalan cerita yang serius. Penuh denagn emosi, kejutan dan suspense.
-Anime : Death Note, Vampire Knight

ECCHI
-Berunsurkan nakal dan separuh bogel.
-Anime : Errrrrrrrr.......

FANTASY
-Berunsurkan dunia sihir, kuasa sihir dan raksasa. Biasanya mix dengan genre adventure, action dan history.
-Anime : Fairy Tail, Cardcaptor Sakura

GAME
-Melibatkan watak-watak yang bermain permainan berunsurkan kad, raksasa atau alam maya (internet).
-Anime : Sword Art Online, Yu-Gi-Oh!

HAREM
-Hampir sama dengan genre ecchi. Biasanya mix dengan genre komedi atau romance. Ada unsur fan service, cinta tiga segi dan fantasi.
-Anime : Love Hina, Gakuen Heaven

HISTORICAL
-Berunsurkan tempoh masa tertentu. Biasanya pada zaman Edo/Tokugawa di Jepun.
Anime : Rurouni Kenshin, Shounen Onmyouji

HORROR
-Berunsur seram tapi tidak terlalu menakutkan. Melibatkan banyak babak pertumpahan darah dan mengerikan.
-Anime : Blood +, Trinity Blood

JOSEI
-Berunsurkan wanita dewasa atau remaja perempuan. Selalunya bertemakan kehidupan wanita biasa. Genre yang sangat matang dan realistik.
Anime : Paradise Kiss, Honey and Clover

KID
-Berunsurkan tema kanak-kanak. Watak anime adalah kecil dan sangat comel.
Anime : Chibi Maruko-chan, Doraemon

MAGIC
-Seperti superpower tetapi lebih kepada anime yang keanak-anakan, seperti budak perempuan comel yang bertongkat sakti.
-Anime : Twin Angel, Da Capo

MAHOU SHOUJO
-Berunsurkan remaja perempuan yang mempunyai kelebihan luar biasa, melawan orang jahat dan menyelamatkan bumi.
-Anime : Sailormoon, Magical Girl Lyrical Nanoha

MECHA
-Berunsurkan robot-robot besar yang dikendalikan oleh pilot. Selalunya mix dengan genre action, dan melibatkan tema angkasa lepas, tentera dan fantasi.
-Anime : Mobile Suit Gundam, Evangelion

MILITARY
-Melibatkan bidang ketenteraan, dan biasanya mix dengan genre mecha dan action.
-Anime : Aldnoah.Zero, Kantai Collection

MUSIC
-Berunsurkan tema yang menunjukkan seni muzik sama ada digunakan untuk menyatakan perasaan atau sekadar hobi.
-Anime : NANA, Uta no Prince-sama

MYSTERY
-Berunsurkan misteri atau sesuatu yang tidak diketahui puncanya.
-Anime : Durara!, Darker Than Black

PARODY
-Mempunyai banyak babak parody daripada anime lain, dan biasanya mix dengan genre comedy.
-Anime : Gintama, Blood Lad

PSYCHOLOGICAL
-Genre ini cenderung untuk tinggalkan penonton dengan tanda tanya sehingga ke saat yang terakhir. Penuh dengan babak cemas dan mendebarkan.
-Anime : Code Geass : Lelouch of the Rebellion, Mirai Nikki

ROMANCE
-Berunsurkan cinta dan hubungan yang romatik.
-Anime : Kaichou wa Maid-sama, Romeo X Juliet

SCHOOL
-Genre ini biasanya mempunyai setting alam persekolahan.
-Anime : Ansatsu Kyoushitsu, Gekkan Shoujo Nozaki-kun

SCI-FI
-Berunsurkan sains fiksyen dan berdasarkan fakta semata. Melibatkan teknologi canggih, makhluk asing atau dunia futuristik.
-Anime : Eden of The East, Digimon Adventure

SEINEN
-Genre yang lebih fokus kepada lelaki/remaja lelaki.
-Anime : Akira, Ganzt

SHOUJO
-Genre berunsurkan cinta khas untuk remaja perempuan. jalan cerita ringkas dan ringan.
-Anime : Kimi ni Todoke, Sailor Moon

SHOUNEN
-Melibatkan aksi dan pengembaraan. Fokus kepada remaja lelaki.
-Anime : Shaman King, Dragon Ball Z

SHOUJOU-AI/YURI
-Berunsurkan cinta sesama perempuan, atau lebih dikenali sebagai lesbian.
-Anime : Strawberry Panic!, Candy Boy

SHOUNEN-AI/YAOI
-Berunsurkan cinta sesama lelaki, atau lebih dikenali sebagai gay.
-Anime : Junjou Romantica, Sekaichii Hatsukoi

SLICE OF LIFE
-Berunsurkan kehidupan seharian. Kadang kala mengenai kisah sebenar yang berlaku dalam masyarakat.
-Anime : K-ON!, Barakamon

SPORTS
-Berunsurkan sukan. Plot utamanya melibatkan watak untuk bertanding dalam perlawanan/pertandingan/kejohanan.
-Anime : Prince of Tennis, Kuroko no Basket

SUPERPOWER
-Bertemakan watak yang mempunyai pelbagai kelebihan atau kuasa luar biasa (Contoh : super speed, super strength, pelbagai jutsu, memanipulasikan magnet)
-Anime : Naruto, Code : Breaker

SUPERNATURAL
-Berunsurkan hantu, roh, iblis atau entiti alam ghaib.
-Anime : D. Gray-man, Ao no Exorcist

VAMPIRE
-Berunsurkan dunia pontianak, dan biasanya mix dengan genre horror, mystery dan action.
-Anime : Vampire Knight, Shiki


Favourite genre aku adalah action, comedy, superpower dan supernatural. Tapi aku tonton kebanyakan genre di atas ni..(n_n). Tapi, jangan pulak korang tanya pasal anime-anime di atas. Sebahagian daripada anime tu, aku tak tengok pun. Huhu. Okeh, bai.



Sumber :


Listening to : GRANRODEO - The Other Self (Kuroko no Basket OST)




No comments: