AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Friday, June 27, 2014

Editing, Drawing & Coloring

Aku asyik post review anime je kan? Berturut pulak tu, banyak pulak masa nak buat semua tu. Huhu. Well, aku memang tengah banyak masa pun masa tu. Hehehe. But, next week, I will be back to my old schedule. Busy. Busy. Busy.
help onion head

Aku pernah cakap kat post aku yang sebelum ni, yang aku ada jumpa talent baru kan? Talent menonton anime~ pfffff~ Apa punya talent daaaa~ Budak kecik umur 1 tahun pun dah pandai tengok anime. Tapi anime suara melayu lah~ Kekekeke.

Tapi talent sebenar yang aku nak cakap ni..sebenarnya..talent melukis. Dulu masa kecik-kecik, aku..pandai jugak lah melukis. Korang tau tak anime Digimon yang ada watak Mimi, budak perempuan yang pakai topi koboi tu. Aku dulu pandai lukis die tau. Full body! Tapi satu pose je. Hahahaha. Dah aku jumpa 1 reference je nak lukis die. Tapi jangan tanya lah mana pergi lukisan tu. Dah sebati dengan tanah agaknya kat tempat pembuangan sampah tu.
sigh onion head

Lepas tu aku masuk hostel. Hahhhh~ talent melukis entah hilang ke mana entah. Sampai aku lupa yang aku ni boleh melukis sebenarnya~
depressed1 onion head

Sampai laaaaaaa minat aku ni datang balik. Satu hari tu, aku google pasal Naruto kot. Tetiba aku jumpa pasal melukis dekat Photobucket. Dan aku terjumpa lukisan ni.





Pemilik lukisan ni, namanya Hidayatul. Tapi nama yang dia guna untuk online, Sawaii. Dia ada account photobucket dengan deviantart. Tapi dia kurang aktif sekarang ni sebab busy dengan study and aktiviti dekat IPTA. Masa aku tengok lukisan dia, aku terpegun. Dalam hati "waaaaahhhhhhh! Bestnya kalau dapat melukis macam ni!" (konon je). So, pendek kata, dia inspirasi aku untuk menceburi bidang lukis-melukis ni. Aku memang admire giler dia punya drawing. Makin hari makin cantik and always improving. Dia sangat-sangat popular dikalangan online artist tau (yang lukis anime je). Aku guna tutorial dia lah macam mana nak edit gambar tau. Sifu ni. Sifu lagi muda dari aku. Kekekekkee. Aku tau, ramai lagi yang pro melukis kat Malaysia ni, tapi entah kenapa, aku minat sangat kat die ni. Berharap sangat dapat jumpa dia.

Okeh, habis pasal Sawaii. Sekarang masuk bab aku pulak ye~
cheer2 onion head

Mula-mula, aku memang tak pandai melukis. Lagi-lagi guna computer. Kalau guna tangan dah tentu aku boleh melukis orang lidi banyak-banyak. Hehehe. Apa yang aku buat? First thing, aku belajar macam mana nak edit gambar anime. Korang pernah tak main tekap-tekap gambar masa kecik-kecik dulu? Ala yang korang letak kertas atas gambar, pastu korang lukis ikut line. Haaaaa~ method lebih kurang begitu ler~ Main tekap-tekap. Orang putih panggil trace. Aku panggil...trace and edit. Sebagai permulaan aku nak melukis katakan. (poyo itu semua~~~). Aku tunjukkan hasil gambar anime yang aku trace and edit

Kalau korang perasan, pic girl rambut hijau tu sama dengan yang ada kat dalam gambar ni kan? Aku guna random anime pic untuk edit jadi character yang aku reka. Girl rambut hijau ni, kepunyaan aku. Hasil dari imaginasi. Nama dia Echizen Sora.

Yang ni pulak masa aku nak buat chibi Sora. Aku guna chibi Lucy dari Fairy Tail

Aku guna dua gambar untuk jadikan 1 lukisan/editing. Background aku lukis sendiri. By the way, that boy bukan aku punya ya. Credit to Konomi Takeshi (Prince of Tennis) dan Kubo Tite (Inoue - Bleach).

Ni pun konsep lebih kurang sama dengan yang atas. Credit to Konomi Takeshi (Prince of Tennis) for male character and Amagami's creator (tak tau sape. T_T). Girl rambut merah tu aku punya. Nama dia Ryuzaki Ai.

Yang ni guna Lucy dari Fairy Tail. Credit to Mashima Hiro. Girl sebelah kiri tu, RPC aku untuk Fairy Tail, nama dia Erina Lavendalia.

Aku puas hati sangat hasil trace and edit untuk anime pic yang ini. (Puji diri sendiri. Hohoho~). Credit Arakawa Hiromu (Fullmetal Alchemist) for Riza Hawkeye.

Yang ni, ambil dari random anime pic. Terima kasih kat pak cik google (?). Credit kat owner pic ni. Pic yang aku trace and edit yang bawah ye~

Yang ni...ambil dari screencap Naruto Shippuuden, episod berapa, tak ingat. Tapi part ending. Credit to Kishimoto Masashi.

Ni pun ambil dari screencap ending Naruto Shippuuden. Credit Kishimoto Masashi.

How do I main tekap-tekap. Credit Konomi Takeshi for anime. By the way, background tu aku remake balik ea guna picture no 2.

Remake background and trace and edit my own Naruto RPC. Credit Kishimoto Masashi for the picture.

Penting bila trace and edit guna picture anime, jangan pernah cakap korang own whole picture tau. Credit kat sekurang-kurangnya mangaka (artist) dia. Yang korang own hanyalah watak imaginasi korang.
info onion head

Kadang-kadang, aku remake balik or artline and color gambar yang aku suka tau. Reason? Saje. Suka tengok. Hehe. Dan most of aku punya remake drawing, came from Prince of Tennis.

Aku suka giler tengok scene ni. Comel kan kan kan? Tu yang decided nak remake the whole scene. And sangat-sangat puas hati with the outcome.

Ni pulak, aku ambil part opening episod berapa ye, aku pun tak ingat. Uhuhuhu.

Ni masa aku baca manga dia. Saja nak try color. Hehehe.

One of my fav character. Comel.
admire2 onion head

Background tu shabby kan? Tak cantik! First time try buat pokok semak samun bagai~

Yang ni, tak ada dalam anime. Ada dalam manga je.

Sebby!!! Korang ada tengok Kuroshitsuji tak? Tak ada? Tengoklah, tengoklah..Korang mesti fall in love ngan mamat ni for sure~ Aku suka giler hairstyle dia dalam scene ni. Handsome kot~!
embarrassed1 onion head
Tu yang nak buat tu. Hehehehe.Tapi aku remake balik tak handsome langsung~ Gomennasaiiiiiiii

Lama jugak aku buat trace and edit ni. Dalam...lebih kurang 2 tahun? Lepas tu, aku dapat skill how to draw using mouse. Baru-baru ni aku ada beli graphic tablet (yang murah-murah je. Beta tak banyak duit. sobsob). So, kadang-kadang tu, boleh lah melukis sikit-sikit. Tapi terror lagi guna mouse kot. Hahaha.

Ni lukis guna mouse. Ni sebenarnya request from my friend. Konon lukiskan gambar muka dia version anime. Actually, ni the first drawing yang aku lukis sendiri semua termasuk background.

Ni request dari kawan dari USA. She with her sister ada buat komik berkisarkan magic girl. Ni watak utama dia. And she really like it!

RPC untuk Naruto. Tangan dia macam pelik je kan?
crying2 onion head

Ni watak dari anime D. Gray-man, Lavi.

Ni watak Echizen Sora yang aku lukis sendiri. Banyak lagi ruang boleh diperbaiki, kata aku dalam hati. Ngehehehehe. Aku lepas ni nak try lukis pokok pulak~ Pokok dalam background ni tak lawa.

Aku paling suka lukis mata tau. Paling susah nak lukis, rambut, tapi yang tu lah paling puas hati. Hehehee.

Antara mata yang aku selalu lukis. No 1 tu mata gaya Naruto, yang kedua mata gaya Prince of Tennis. Yang ketiga dan keempat aku reka sendiri.

Yang ni mata gaya Kaoru, artis Gempak Starz. Dia ada publish komik My Secret Bodyguard. Dari kecik lagi aku minat kat Kaoru yang feymes ni. Ni matak Flame, watak budak lelaki dalam komik tu.

Ni mata gaya Detective Conan. Tapi ni bukan mata Conan tau. Ni mata Amuro Tooru, ahli Organisasi Hitam, atau Codename nya, Bourbon.

Tapi sekarang ni, aku kurang masa nak melukis dah. Sobsob. Tapi minat ni tetap ada, dan insyaAllah takkan terpadam. Bila dikenang-kenang balik, aku ni, berbakat dalam bidang-bidang seni ni ye. Haha. Aku suka dan minat sangat menyanyi. Dan aku ada tulis lagu lagi tau~ Tapi aku tak publish kat mana-mana pun lagu tu. Tapi kan, aku tak tau main instrument langsung, hatta recorder~ So, lagu rasa empty without music. T_T. Ada sape-sapa nak sumbangkan music dorang? Hehehe.

Okaylah, masa untuk mem-busy-kan diri. Kalau ada masa terluang, aku datang update lagi blog ni. Tata
panda 08


Listening to : INFINITE - Rosinante


Post a Comment