AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, September 2, 2013

RunningmanFreak~

Assalamualaikum!~ 

Hi guys! Ahh..gila bersawang lah blog ni..T_T
Asyik ditinggalkan je..kan kan kan?
Sorry sangat sangat sangat~



As you can see at the top..topik hari ni adalah berkenaan dengan Runningman.
Mesti korang
-korang pun peminat tegar Runningman kan? Sama lah kiter~ haha..Aku memang dah jadi RunningmanFreak since Mac lepas..hehehe...Sebab show ni sangat-sangat lah kelakar dan sangat-sangat sepadan dengan jiwa aku yang memang suka benda-benda kelakar ni.

Macam mana aku boleh terminat kat program ni? Masa aku ikut kursus GCAP tu, most of the participants adalah peminat tegar K-Pop, K-Drama and Korean variety shows. So, dorang lah yang memperkenalkan aku dengan Runningman ni. Mula-mula aku memang tanam dalam hati aku tak nak lah minat artis-artis Korea ni sebab diorang punya muka, muka plastik. That's was my first impression to Kpop Idols sebab most of the Idols buat plastic surgery kan? So aku pun stereotype lah, fikir semua artis Korea sama. Tapi sebenarnya tak. Ada juga yang memang cantik and comel semulajadi. Cuma sebahagian je yang buat plastic surgery. Nak cantik kan~~~


Melalui Runningman juga aku kenal kebanyakan artis-artis Kpop sebab diorang selalu jemput guest untuk memeriahkan lagi show diorang ni. (n_n)..Sebelum aku citer pasal show ni, aku kenalkan dulu MC-MC bagi show ni.


MCs

1. Yoo Jae Suk (Yoo-ruce Willis, Yoo Hyuk, Yoo-mes Bonds & Grasshopper)
Yoo Jae Suk adalah main MC ataupun host utama dalam show ni. Kekuatan dia dalam show ini adalah kebolehan melarikan diri dengan pantas. Sangat meminati warna hijau, dan dipanggil Grasshopper (belalang) melalui program pertama yang disertai beliau. Salah satu tunjang utama dalam race mission dan musuh ketatnya adalah Kim Joong Kook. Yoo Jae Suk ni one of my favorite MC. (n_n)

2. Kim Joong Kook (Sparta-Kooks, Commander, Kookie, Tiger, Coach Kook)
Musuh ketat Yoo Jae Suk dan salah satu tunjang utama dalam race mission. Kim Joong Kook adalah the strongest man dalam show ni, dikenali kerana kekuatan dan skill beliau ketika menjalankan misi. Walaupun kuat, tapi beliau ni sangat lembik depan pempuan cantik terutamanya Kpop Idol dan pelakon wanita muda. Beliau juga tak berani nak marah artis-artis lelaki yang handsome dan jambu (pretty boys). Yang paling aku salute dengan beliau ni, beliau pandai membuat hipotesis dan deduction, dan ada skill dalam bidang penyiasatan. Hahaha, boleh jadi detektif..hihihihi~

3. Haha (Haroro, Roro, Penguin, Playboy, Kid)
Primary joker. Selalu kena ejek dengan MC yang lain sebab ketinggian beliau (beliau pendek) dan imej yang seakan watak animasi Korea, Pororo. Beliau juga selalu perasan yang beliau adalah tunjang utama dalam filem (berangan sendiri). Beliau juga dikenali sebagai playboy sebab selalu sangat confess kat guest perempuan. Tapi stop lepas beliau kahwin dengan penyanyi, Byul. Lepas dah kahwin, dia jadi rough kat female guest. Tak berapa nak berkenan sangat dengan cara beliau ni. Sangat-sangat bising dalam show. Kadang-kadang rasa nak terjun je dalam laptop nak sumbat mulut beliau..hahahahahaha~

4. Kang Gary (Monday Boyfriend)
MC yang paling jujur dalam show ni. Terlibat dalam loveline dengan Song Ji Hyo dan dikenali sebagai Monday Couple sebab sebelum ni diorang shooting setiap hari Isnin walaupun show ni ditayangkan setiap petang Ahad. Diorang jadi rapat setiap hari Isnin. Bila tiba hari Selasa, Ji Hyo buat tak tahu je kat Gary. Hehehehe. Kadang-kadang Gary ni seorang clueless sebab tak dapat nak tangkap situasi kejadian, tapi dalam pada masa yang sama, beliau juga adalah Dark Horse dalam show ni. Juga dikenali sebagai "The man Full of Surprise". Mula-mula aku tak suka juga bila dia jadi Monday couple sebab tak handsome. Kekekeke..tapi bila dah selalu tengok, dia sangat-sangat baik. Dan kelakar dan sangat sesuai jadi Ji Hyo's couple (dalam show ni je la). Hehe..

5. Lee Kwang Soo (Framer Kwang-soo, Kwang-vatar, Giraffe, Icon of Betrayal, Prince of Asia)
Maknae (paling muda) dalam show ni. Sangat-sangat tinggi macam zirafah. Sebab tu orang paggil beliau Giraffe. Masa mula-mula show ni, beliau suka sangat frame (buat cerita) orang lagi-lagi Song Ji Hyo. Ada je benda pelik yang dia bagitau. Lagi-lagi khabar angin yang memalukan dan tak masuk akal. Selalu kena buli dengan Kim Joong Kook. Masa mula-mula, rasa sangat-sangat kesian tau bila beliau kena buli. Lepas tu bila dah tau yang beliau ni Ikon Pengkhianat (kenapa rasa macam kejam je gelarannya bila alih bahasa melayu ni..-.-"), terus rasa "aahhh..memang patut lah beliau kena buli pun..." dalam hati aku..Tapi yang paling kelakarnya kan, dia ni sangat-sangat terkenal kat Vietnam, Thailand & Hong Kong. Sampai dapat gelaran Putera Asia. Tak tahu lah kalau kat Malaysia ni kan..

6. Ji Suk Jin (Big Nose Older Brother/Hyung, Sunflower, Impala, Race Starter)
MC paling veteran dan kawan baik kepada Yoo Jae Suk. Merupakan MC paling lemah dan terawal yang akan disingkirkan. Sebab tu beliau ni dikenali sebagai Race Starter (Pemula Perlumbaan). Bila beliau dah tersingkir, semua orang tau, perlumbaan baru bermula..hahahaha.. Bila beliau group dengan Kwang Soo, diorang ni dikenali sebagai Easy Brother~ Easy tu diambil daripada nama diorang Ea (Lee) Sy (Ji)...

7. Song Joong Ki (Flower Joong-ki, Brain Joong-ki, Active Young Man)
MC paling handsome dan smart dalam show ni. Beliau ni seorang pelakon. Sebaya dengan Kwang Soo. Seorang yang sangat optimistik ketika menjalankan misi. Juga salah seorang favorite MC aku. Tapi beliau ada dalam show ni sampai episod 41 je dan terpaksa tinggalkan Runningman, sebab terlalu sibuk dengan aktiviti lakonan. Masa beliau bagi speech at the end of episode 41, rasa macam sedih sangat bila tengok beliau nangis. Dah lah comel, tak sesuai betul bila menangis..T_T. After that, beliau muncul sebagai guest dalam episod 66 dan juga cameo guest dalam episode 71 & 97.

8. Song Ji Hyo (Mong/Blank-ji, Ace, Miss Blank, Bad Ji-hyo, Monday Girlfriend)
Satu-satunya bunga yang ada dalam show ni. Tapi lagi kuat dari Ji Suk Jin dari segi fizikal. Merupakan Ace bagi setiap misi dan mempunyai catching capabilities sama seperti Yoo Jae Suk dan Kim Joong Kook. One of my favorite MC. (n_n)


FORMAT RANCANGAN
Format rancangan realiti ni sangat-sangat berbeza dengan variety shows yang lain. Kalau yang dah memang peminat tegar, korang tau lah pasal formatnya kan? Yang belum tau, meh aku kongsi dengn korang. Untuk satu tahun pertama penyiaran rancangan ni, diorang guna konsep punishment (denda) kat MC. Kalau tak nak kena denda, diorang kena dapatkan satu bola dipanggil Running Ball. Untuk dapatkan Running Ball ni, diorang kena menang setiap game yang telah ditetapkan oleh penulis (krew produksi). Untuk episod yang terawal, mereka menggunakan bola berwarna untuk tentukan kumpulan mana yang akan disingkirkan. After guna bola berwarna, diorang guna bola yang ditulis nama diorang. So nama yang ada pada bola terpilih secara automatiknya tak akan didenda. Tapi tuk tahun 2012, 2013 ni..dah tak nampak pun diorang guna Running Ball tu. Dan konsep denda ditukar kepada konsep reward (ganjaran). Dan diorang guna emas tulen sebagai ganjaran kepada pemenang. Gila ah. Macam tu aku pun nak join show ni! Dan dikhabarkan pemilik koleksi emas paling banyak hasil ganjaran dari show ni adalah Song Ji Hyo~ Perempuan......hihihihi

Setakat ni, Runningman ada 160 episod yang telah ditayangkan. Aku tak sabar nak tunggu episod 162 sebab most of my favorite Idol ada dalam tu~ (n_n)

Okeh, jumpa lagi dalam entri akan datang~ Annyong~ Jaa na~ Ciao~ Tata~


Post a Comment